Mar 18, 2013

Safi Balkis perfect 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

belum terlambat kalau ana share pasal ni kan?
:P
bukan nak promote sangat, just nak share. asalnya daripada darjah 6 lagi ana guna produk clean and clear ~  leceh kan nak jaga muka? tu pun mak ana yang belikan setelah muka kelihatan seperti bangla dek kerana terlalu aktif bersukan. Masa sekolah rendah dulu ana aktif jugak bola jaring, bola baling and else. so bila macam tu, mak risau laa tengok anak dia yang sorang ni muka macam arang . aduyaii..so satu set produk clean & clear tu ana guna. lama lepas tu balik kampung, makcik ana puji , dia kata makin berseri, chewah ~ :D
bila naik form 3 , tangan gatal nak tukar, so guna satu produk ni, lupa nama apa, tapi tak menjadi pun.bahkan kulit terasa semakin kering ! ohmaiii..
pastu naik form 4, sekolah pulak tepi pantai, tambah-tambah ana main bola tampar. memang hangus laa muka.siap nampak berbelak lagi tau.pastu memang malas nak cuci muka masa tu. memang guna clean &clear balik, tapi camtu laa..malas dan malas. haha..

habis SPM, ana cuti lama jugak. pastu masuk ipta. masa first sem memang tak peduli pun penjagaan muka ni.lantaklaa kan, bukan datang kelas nak goda orang.kih3..bila cuti sem 1 tu, tetiba nak jaga muka.bukan apa, untuk kebersihan muka laa, sihat sikit kulit muka. poyo je kan? :p

dalam hati tak tau nak guna produk apa.sebab clean & clear ni macam dah tak berapa sesuai untuk kulit muka orang dewasa macam ana. *hahaha, perasan tua :D*

so survey laa website-website. macam-macam jumpa.pastu terbukak hati nak cuba product safi. pergi dekat satu kedai ni, ana macam nak tengok-tengok je laa kan dulu, pastu promoter dia kecoh la, ana baru pegang, dia dah amek dah buat resit dah.masa tu krim pencerah safi. bukan nak gun apun.makcik niii ! =.="
guna dua hari, pastu malas dah. sebab hati dah berkenan dekat safi balkis perfect 10 ni. kua2~
pastu pergi kedai, beli laa satu pek permulaan dia. macam intro laa.so ana ada pencuci, ada toner, ada krim siang, krim malam dan krim kecantikan :)

*sukaaaaa~



pastu, lepas dua minggu guna, cerah muka uols! takde laa putih melepak, tapi boleh laa..cerah laa jugak..
cara nak guna produk ni?

ana guna dua kali sehari,
mula-mula cuci muka dengan pembersih wajah..
pastu sapu toner..
agak-agak dah serap dalam kulit tu, sapu laa krim siang...
pastu nak keluar, sapu krim kecantikan pulak..sapu sikit je tau, sebab dia berminyak..
ana guna bedak maybeline untuk cover krim pencerah tu kalau nak keluar. takde laa berminyak sangat.
malam pulak, cuci muka, sapu toner and apply krim malam dia.

so far muka okay laaa...even jerawat ada naik sikit-sikit. hihi..
tapi sejak dua menjak ni ana malassssss nak cuci muka. >.<"

so muka agak laa teruk sikit lately, huhu..
ambik wuduk pun dah kira cuci muka laa kan? :D

tapi kalau makeup ke apa, lepas tu ana akan cuci muka, bahaya tau tinggal makeup dekat muka, chemical tu boleh rosakkan muka.

so korang semua ,
guna laa safi balkis perfect 10 ! haha~
harga dia takde laa mahal sangat. affordable laa. ^^
pastu mak ana cakap, untuk remaja macam kita ni, takyah guna lagi pun takpe serum atau kontur mata. nak guna pun boleh. scrub dia pun ana tak guna . malas lah. huhu~

so, sila lah jaga kulit muka anda , sebab kulit muka anda pun berhak mendapat kesihatan yang baik. eh eh.. krikk3

lagipun jaga muka ni tak semestinya untuk nak tarik perhatian orang ke apa, tapi untuk keselesaan kita laa kan, kang muka berjerawat, berminyak je..nak belajar pun tak selesa. mencegah lagi baik daripada mengubati kan uols~ :)

so that's all from me.
nak sambung study pulak.
^^

salam sayang,
faa izmir
18/3
10.54 mlm
mawar <3


No comments:

Post a Comment