Oct 30, 2013

Parlimen , hidup dan Kenyataan. bebelan panjang.

Assalamualaikum..

28/10- dapat broadband. akhirnya. lalu terlihat seekor lebah sedang berusaha untuk hidup,disekelilingnya terdapat sekumpulan lebah yang sudah mati. mayat lebah.
bagaimana kiranya kita bangun, dan melihat hanya kita yang masih bernyawa. di sekeliling semuanya mayat. ohmaii.

29/10- terpaksa memilih antara dua pilihan. debate or debat? then, faa x pilih mana-mana lagi keputusannya masih belum ada..lantas terkedu. berat untuk memilih. di saat diri terasa lemah. jatuh lagi air mata ke sisi dunia untuk seminit. seminit sahaja ok. haruslah sekejap. faa kuat. pfft

30/10- pergi parlimen. ya, jumpa DSAI. amek gambar. dengar persidangan. lalu pulang. keletihan amat.

pemilihan hidup. cuti sem ini bakalan pulang ke rumah. insya Allah.

kata hati : ya , terkedu dan masih terkedu. setelah sedaya upaya cuba menidakkan perasaan yang bercmpur baur antara sedih, marah, kecewa,dan sebagainya. ternyata hambaMu ini tidak kuat ya Allah. sering saja aku goyah dalam melaksanakan tugasku. ya, aku perlukan seseorang yang bisa memahami. mohon Kau datangkan padaku dia. tak perlu hebatnya dia kau beri. tapi cukup sekadar aku sahaja yang fahami dan dia memahami. tapi , masih tiada. ah, aku marhaen cuba berpijak di bumi nyata. tak faham kalimahku? usah fahami kesemuanya. hidup ini , cerita kita berbeda lantas untuk apa ternganga cuba mengerti sedangkan hidupku sendiri tidak ku fahami. letih. lelah aku dalam bayangan realiti yang tidak kukuh tujuannya. letih juga ya berperang dengan perasaan sendiri. sungguh, aku tak faham hidup manusia. perangainya mereka. banyak songeh. apa susah untuk mudahkan ? tak perlu kita susahkan tapi begitu lah. perasan perfect semuanya. yaaa ampun!

sungguh, paling aku tidak suka DIPAKSA. mohon jangan paksa aku kalau kau tidak mahu singa ini mengeluarkan taringnya. kalau tidak mahu dirobek jangan menyegah. mahu saja lari ke dalam gua. tapi apa lah sangat gua yang ada.

friendship. oh ya. beberapa minggu yang lalu, berlaku persengketaan antara aku dengan seorang sahabat. ya, aku terasa, dia terasa. lalu aku putuskan untuk diam. biarlah dia berbicara. aku diamkan. tak perlu bertengkar bertikam lidah lagi. cukuplah. aku sudah letih menderita.
kemudiannya, senyap. saat hari pemergian aku ke hilton hotel untuk public lecture, dia pm di fb.
ingin bertanya sesuatu, katanya. lantas ditanya, apa kami masih bersahabat. lantas tanpa banyak fikir aku bilang padanya,
"haruslah, sebab saya sayang awk."
terharu dia , barangkali. namun begitu lah, malas untuk dipanjangkan perbalahannya.untuk apa? yang lepas itu sudahlah.minta maaf dan memaafkan.lupakan. itu lebih baik

yang lainnya.. terpulang pada kalian, ingin bersahabat, silakan. tidak ingin, sila nyah dari hidup aku.
kerna hidup aku amat limited. masaku tidak boleh dibazirkan dengan memikirkan keserongan sikap kalian. annoyingnya tengok minah gedik ni. buat baik untuk riak nampak. syuh syuhh!
apa aku peduli.mungkin.

jangan paksa aku.

heh, rindu. tapi rindu pada orang yang tidak merindui. ingat. tapi pada orang yang langsung tidak mengingati.

*bukak paip air*

p/s : 5/11/13- ayah balik daripada sabah. seminggu pergi sabah. bawak balik mutiara-mutiara. haha :p
craving for secret recipe lagi lahh..:(

salam sayang,
faaizmir

Oct 24, 2013

Kepada mereka yang sedang bersedih, sabarlah..Beruntunglah mereka yang bersabar saat diuji.

assalamualaikum..

sekali lagi topik yang sama faa bawakan.
kerana apa?
kerana diri sendiri pun begini, sedih akan sesuatu yang tidak bisa diungkap.
Lantas faa ingin mengajak kalian untuk sama-sama bermuhasabah..
sama-sama merenung.

dalam hidup ini, dugaan itu penguat jiwa. memang faa akui, banyak dugaan yang faa dah tempuhi. dugaan jiwa, dugaan emosi yang mengajar diri ini akan erti ketabahan.

dugaan yang mengajar untuk bangun setelah jatuh.
untuk bangkit setelah ditolak.
untuk kekal positif selepas diinjak.

Buat sahabat yang sedang bersedih..
walau apa sahaja dugaan kita,
walau apa sahaja sebab kita berada dalam kesedihan,
apa pun, kapan pun, di mana pun kita semua.
kita harus yakin dengan ketentuan Allah..
jangan bersedih sahabatku sayang..

semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Apa yang kita sedang lalui ini semua ada hikmah yang tersendiri. Mungkin ada diantara kita yang tidak sanggup untuk melalui hidup yang sengsara, yang sering berduka. mungkin hidup faa tidak sederita kalian, mungkin faa tidak mengeti derita yang kalian rasakan..

tapi percaya lah, dugaan itu sebenarnya penguat bagi kita. Dugaan itu Allah beri sebab Dia nak menarik perhatian kita, supaya kembali dekat kepadanya. Mungkin sebelum ini kita sangat leka dengan dunia, mungkin kita sangat leka dengan sahabat-sahabat,sehingga kita mengabaikan Allah. :'(

lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita..

umpama seorang kekasih, cuba bayangkan, jika kekasih anda melupakan anda, sudah pasti kita akan bersedih, bukan? sudah pasti kita akan cuba untuk menarik perhatiannya agar kembali kepada kita.

coba jika kita berada di situasi di mana kita sangat mengasihi seseorang yang telah banyak kita bantu. seseorang yang selalu kita berada di sampingnya. seseorang yang selalu kita rindu untuk bertemu. tetapi orang itu sikit pun tidak berterima kasih kepada kita. Orang itu langsung tidak mahu bertemu dengan kita. Malah orang itu langsung tidak mempedulikan kita. lalu dapat kalian rasakan bagaimana pedihnya perasaan kita di kala itu? maka cuba bayangkan, Allah itu tuhan kita, yang telah menciptakan kita, yang telah membantu kita di saat susah dan senang. yang sentiasa dekat dengan kita walaupun kita makin menjauh..Allahu Allah, lihat betapa kuatnya cinta Allah pada kita.

:')

maka kenapa terus kita cari seseorang yang patut dicintai sedangkan kita sudah punya Allah?

kenapa kita harus bersedih di saat kita punyai yang Maha Agung?

muhasabahlah..

Allah uji sebab Allah rindu.
Allah uji sebab Allah sayang.

dalam ramai-ramai orang yang sedang leka dalam kesesatan di dunia ni,
Allah tarik kita untuk kembali ke jalanNya melalui dugaan..
Allah tarik kita daripada kesesatan..
Allah tarik kita daripada terus membinasakan diri..

usahlah bersedih sahabatku sayang..

Allah itu maha adil. bersabarlah.


"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
FaaIzmir
2.33pm
Cafe Fakulti Syariah dan Undang-undang,USIM

Goodluck SPM 2013 ! GUA5 :)

Alhamdulillah !

akhirnya dah berjaya jugak sipakan video untuk adik-adik spm gua5. ^^

lega sebab lepas ni boleh fokus pada assignments yang bertimbun-timbun tu.

kepada adik-adik gua5, maaf laa, tu je sekadar yang termampu buat. maklumlaa kak faa ni bukannya reti sangat edit video. hehe.

hari ni pun dah selesai mengundi untuk fakulti dan kampus. goodluck kak Shida dan Abg Amirul. semoga menang. ^^

rushing ! ada kelas pkul empat. sepuluh minit je lagi. huhu.

ni link untuk video adik-adik spm gua5-ibest. semoga bersemangat la sikit lepas tengok ni. haha.

klik sini >> From Senior to Junior

got to go !

assalamualaikum. <3

faaizmir
FSU-USIM

Oct 16, 2013

Jalan Hidup seorang abid, di saat kaki harus terus melangkah.panduan kita agar jangan bersedih..

Hari ini..

buka sahaja FB, ramai yang post status sedih..
di hati ini..hanya tuhan yang tahu..
lantas aku tersenyum..benar, bukan kita seorang sahaja yang mengalami kesedihan ini, walau bibir bisa menguntum senyum, tapi luka di hati hanya Allah saja yang tahu..

Jatuh bangunnya kita, adalah satu coretan kisah hidup umpama lukisan di atas kanvas.
benarlah kata orang, mustahil manusia hidup tanpa masalah, mustahil dia sentiasa bahagia..
mereka pasti akan diuji, kerna putaran roda hidup itu tak selalunya di atas, tapi tidak jua lama di bawah..

kesempitan hidup itu,
seperti lagunya ,
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

sihat sebelum sakit..
muda sebelum tua..
kaya sebelum miskin.
lapang sebelum sempit..
hidup sebelum mati..


Faa,
merasakan hidup ini memang penuh dengan dugaan..
tapi coba ya, cuba kita kawal kesedihan itu, kita tahu arah mana yang mendatangkan bahagia, kita tahu apa yang bisa jadikan kita gembira, maka lakukan hal itu, jangan bebankan diri dengan melakukan hal-hal yang bisa membuat diri kita terus bersedih..cuba bantu diri sendiri, kerana yang bahagiakan kita bukan mereka, bukan dia, bukan jua kamu, tapi dirimu sendiri, dan juga Allah yang maha kuasa. Allah suka hambanya yang kuat, Allah suka hambanya yang mampu bersabar dalam menempuhi dugaan hidup.

ada kalanya, benar juga kata mereka, ada ujian , tanda Allah rindu, ada dugaan tanda Allah sayang..
kerana dugaan itu yang kembali merapatkan hubungan kita dengan Allah yang maha menciptakan..
kerana dugaan itu juga menyucikan kembali dosa seorang hamba yang dahulunya lalai dan leka dengan dunia, kini tunduk sujud pada yang Maha Esa dengan rasa rendah diri dan penuh dengan linangan air mata..benar, kerana amal ibadah kita terkadangnya tidak hebat, sehebat doa kita yang inginkan kebahagiaan yang melimpah ruah, lantas Allah datangkan dugaan itu, sebagai pengganti kekosongan amalan kita untuk dimakbulkan doa yang hebat itu. Jika kita suka meminta ganjaran yang besar, maka harus kita lakukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkan ganjaran itu.. :)
kita mampu, untuk mengubah duka menjadi suka..pinta lah pertolongan daripada Allah, dia lagi suka hamba yang meminta kepada-Nya, meminta hanya daripada Dia, bukan meminta kepada manusia yang alpa lagi hina..pinta bantuan itu daripada Allah, semoga dia makbulkan..

bersyukur!

mabrook, tahniah diucapkan kepada sahabat faa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan beberapa hari yang lalu. ya, kami sebaya, cuma rezekinya untuk nikah awal. bila ditanya kepada kita. "bila nak nikah?" faa hanya mampu senyum..
ajal maut, jodoh pertemuan itu semuanya di tangan Allah..
mana mungkin saya dapat mengagak bila tibanya masa..
lalu, doakan saya..:)
tipu ya kalau faa kata tak nak nikah, walaupun faa susah nak percaya golongan yang bergelar lelaki ni, tapi faa pun nak berumah tangga, bukan terlalu memilih, bukan tak ada yang sudi, tapi faa masih belum jumpa calon yang sesuai. siapa yang tidak mahu bernikah? sedangkan ia sunnah nabi yang wajar diikuti, tambahan pula, nikah muda itu orang kata rezekinya murah, rezekinya tambah banyak..tapi buat masa sekarang, fokus saya pada pelajaran dulu dech.insya Allah bila tiba masanya, akan saya jemput sahabat-sahabat semua. ^^
pernikahan itu, penyatuan dua insan, kalau bisa, biarlah kekal sampai bila-bila, sampai ke syurga, sampai kapan jua kita akan terus bersatu..lalu faa terfikir doank. siapa ya yang bakal menjadi pasanganku? kriterianya ada, tapi faa tidak memilih, cuma, dia perlu soleh, kerana akan menjadi tanggungjawabnya untuk memberi nafkah dan menanggung dosa-dosa faa..lalu wajib ke pria itu untuk membimbing faa sebaiknya, membantu faa dalam perihal agama serta memimpin tangan faa ke syurga. itu tujuannya pernikahan,untuk saling membantu,memburu cinta hakiki, menuju redha Ilahi..seperti indahnya pernikahan rasulullah dengan khadijah, cinta suci berpaksikan Islam.Nahh, itu satu impian. mudah-mudahan dikabulkan..amin..


iya dech, baru-baru..
sedikit berangin taufan dengan manusia..
maaf laa semuanya..
ada sebabnya, manusia pun ada pasang surut dia..
faa masih dalam mencari arah menuju cinta hakiki..
kalau dulunya faa lain, sekarang faa cuba membaiki diri..
susah juga yaa..
beri saya masa, saya nk jd solehah ,selain kesilapan saya, sila lihat diri anda juga..
salah silap anda..
terima kasih. ^^

salam sayang..
faaizmir.. :)

Oct 12, 2013

Hati yang terguris, umpama luka di jari yang terhiris.sudahlah hati, jangan menangis.

pernah tak kalian rasakan,
di saat tiada yang mengerti,
tiada yang tahu segala kata dan isi hati..
tiada yang dapat memahami tiap detik yang penuh erti..
tiada yang mendengar gelora geledak jiwa yang bersemi..
tiada yang dapat memberi pelukan di saat memerlukan,
tiada yang dapat mengucapkan, "ya, aku mengerti.."


lantas terduduk kita sendiri di sisi dunia,
mengharapkan ada yang bisa berhenti dan duduk memahami,
tapi itu mustahil, kerana mereka jua punyai masalah sendiri,
lantas untuk apa kita masih mengharapkan sesiapa yang tidak bisa?
kerna yang mendengar isi hati itu selain tuhan, adalah diri kita sendiri.
ya, hanya kita. hanya aku. hanya diri mu sendiri..
bukan dia, bukan jua mereka, bukan siapa-siapa.

ketahuilah duhai hati, 
jasadmu ini sudah letih bersedih.
mata sudah letih menitiskan manik jernih..
otak sudah letih memikirkan segala itu..
tangan sudah letih mengusap air mata..
badan sudah letih bersandar, berharap pada yang tidak pasti..
kaki sudah letih melangkah menuju ke arah yang tidak pasti..
lantas sekaliannya sudah letih, untuk apa lagi bersedih?

punya keluarga, tapi mana mungkin mereka fahami, 
mana sanggup aku dukacitakan mereka, mana sanggup aku bisa biarkan mereka bimbang.
lalu apa saja yang berlaku, apabila ditanya,"everything is alright'' jadi jawapan.
walau hati sedang hancur rapuh, walau jiwa sedang rapuh.
punya sahabat, tapi mereka pasti tidak bisa mengerti, walau semua kata tidak apa, suka duka kita kongsi, tapi hakikatnya mana mungkin mereka faham ,
derita ini aku yang rasa, derita ini hatiku yang luluh rapuh, hancur berkecai , jatuh luluh..

dulu aku punya sahabat setia,
apa-apa kongsi bersama,
tapi makin lama makin berubah ceritanya,
apa sahaja kata ku,terus dibangkang dia,terus dijaja cerita,
habis semua yang tidak terlibat tahu.
lantas untuk apa perlakuannya itu?
sedang dayusnya dia tak pernah ku jaja, 
egonya dia tak pernah ku cantas di depan mata. lantas aku memilih untuk melupakan,kerana yang duka itu lebih banyak daripada suka..
kerana jiwa merasa lebih sengsara di saat bersama dia.
itu cerita mereka,yang pasti roda hidup aku akan sentiasa berputar.

kadang-kadang, sering terfikir untuk berputus asa,
sering berfikir untuk hentikan sahaja putaran roda itu.
biar tak lagi sedih biar tak lagi sengsara..
sudah lah semua ini.
sudah lah.
sudah..
kata mereka, kita punya tuhan, ceritakan segalanya kepada Dia yang maha Esa.
ya, aku faham itu.
tapi sering aku malu nak mengadu, kerana hambaMu ini sering sahaja mengeluh.
moga tuhan kuatkan aku.


di saat tiada siapa yang mengerti.
di saat tiada siapa yang fahami..
aku cuba bangkit berdiri,,
walau sudah longgar sendi,
walau sudah berkecai hati..
aku masih lagi disini, memutarkan roda yang ditentukan ilahi...
aku masih sendiri..menanti insan jauh gandingan hakiki..

mohon ucap pada diri sendiri..
semoga tetap tabah,
semoga tetap teguh,
semoga tak mudah jatuh..



I'm still alive.

assalamualaikum,

alhamdulillah walhamdulillah~

hidup lagi hari ni... huhu. hari ni first day balik rumah sempena cuti raya haji~ !
home sweet home.
tapi sampai dekat jerteh tu, pergi imtiaz dulu, jumpa adik-adik faa.
sampai je dekat imtiaz, semua macam welcoming sangat~ :D
TERHARU! siyez..rindu korang. :'))

pastu, jumpa usrah. well well~ rindu jugak laaa kan, even baru sebulan lebih tak jumpa.

ignore my big size sweater :p


usim, so far alhamdulillah...

Faa lil bit busy dengan debate's practice dan latihan debat BM. :) 
Faa masuk kO-kurikulum, english debate. then my team are farouq , brother from nigeria and Farhad, brother from Afghanistan. they are all ohsem. my TLB9 members are all ohsem too :)

Faa sekarang lil bit busy dengan lawsoc jugak, kot. haha :D sibuk jugak dengan family day. yang penting, study first laa. tu first priority. kan dah panjang i membebel uols. 

farhad and farouq, the one above r me and tizam wa paan. and three below r muni, nad and me~
 

blb9 @Tl9

you know what, last week i went to shah alam, and i ate nasi ayam penyet at one of the food store there. balik je daripada shah alam, terus sakit perut. esoknya terus demam. i dont know why, since ayam seems very dangerous to be eaten now, i changed my diet from chicken to ikan keli. haha~
went to masjid sultan mizan in putrajaya, its so fantastic and beautiful thou~
feel blessed. ^^

selamat hari raya aidil Adha to all of you ~ yobo also, cannot meet you. :'(

btw, keep calm and be a lawyer~

first try :)


minal aidil wal faizin ^^
with love,
faa--
home sweet home ;)
12:15 am,13/10/13