Oct 30, 2013

Parlimen , hidup dan Kenyataan. bebelan panjang.

Assalamualaikum..

28/10- dapat broadband. akhirnya. lalu terlihat seekor lebah sedang berusaha untuk hidup,disekelilingnya terdapat sekumpulan lebah yang sudah mati. mayat lebah.
bagaimana kiranya kita bangun, dan melihat hanya kita yang masih bernyawa. di sekeliling semuanya mayat. ohmaii.

29/10- terpaksa memilih antara dua pilihan. debate or debat? then, faa x pilih mana-mana lagi keputusannya masih belum ada..lantas terkedu. berat untuk memilih. di saat diri terasa lemah. jatuh lagi air mata ke sisi dunia untuk seminit. seminit sahaja ok. haruslah sekejap. faa kuat. pfft

30/10- pergi parlimen. ya, jumpa DSAI. amek gambar. dengar persidangan. lalu pulang. keletihan amat.

pemilihan hidup. cuti sem ini bakalan pulang ke rumah. insya Allah.

kata hati : ya , terkedu dan masih terkedu. setelah sedaya upaya cuba menidakkan perasaan yang bercmpur baur antara sedih, marah, kecewa,dan sebagainya. ternyata hambaMu ini tidak kuat ya Allah. sering saja aku goyah dalam melaksanakan tugasku. ya, aku perlukan seseorang yang bisa memahami. mohon Kau datangkan padaku dia. tak perlu hebatnya dia kau beri. tapi cukup sekadar aku sahaja yang fahami dan dia memahami. tapi , masih tiada. ah, aku marhaen cuba berpijak di bumi nyata. tak faham kalimahku? usah fahami kesemuanya. hidup ini , cerita kita berbeda lantas untuk apa ternganga cuba mengerti sedangkan hidupku sendiri tidak ku fahami. letih. lelah aku dalam bayangan realiti yang tidak kukuh tujuannya. letih juga ya berperang dengan perasaan sendiri. sungguh, aku tak faham hidup manusia. perangainya mereka. banyak songeh. apa susah untuk mudahkan ? tak perlu kita susahkan tapi begitu lah. perasan perfect semuanya. yaaa ampun!

sungguh, paling aku tidak suka DIPAKSA. mohon jangan paksa aku kalau kau tidak mahu singa ini mengeluarkan taringnya. kalau tidak mahu dirobek jangan menyegah. mahu saja lari ke dalam gua. tapi apa lah sangat gua yang ada.

friendship. oh ya. beberapa minggu yang lalu, berlaku persengketaan antara aku dengan seorang sahabat. ya, aku terasa, dia terasa. lalu aku putuskan untuk diam. biarlah dia berbicara. aku diamkan. tak perlu bertengkar bertikam lidah lagi. cukuplah. aku sudah letih menderita.
kemudiannya, senyap. saat hari pemergian aku ke hilton hotel untuk public lecture, dia pm di fb.
ingin bertanya sesuatu, katanya. lantas ditanya, apa kami masih bersahabat. lantas tanpa banyak fikir aku bilang padanya,
"haruslah, sebab saya sayang awk."
terharu dia , barangkali. namun begitu lah, malas untuk dipanjangkan perbalahannya.untuk apa? yang lepas itu sudahlah.minta maaf dan memaafkan.lupakan. itu lebih baik

yang lainnya.. terpulang pada kalian, ingin bersahabat, silakan. tidak ingin, sila nyah dari hidup aku.
kerna hidup aku amat limited. masaku tidak boleh dibazirkan dengan memikirkan keserongan sikap kalian. annoyingnya tengok minah gedik ni. buat baik untuk riak nampak. syuh syuhh!
apa aku peduli.mungkin.

jangan paksa aku.

heh, rindu. tapi rindu pada orang yang tidak merindui. ingat. tapi pada orang yang langsung tidak mengingati.

*bukak paip air*

p/s : 5/11/13- ayah balik daripada sabah. seminggu pergi sabah. bawak balik mutiara-mutiara. haha :p
craving for secret recipe lagi lahh..:(

salam sayang,
faaizmir

No comments:

Post a Comment