Hari ini..
buka sahaja FB, ramai yang post status sedih..
di hati ini..hanya tuhan yang tahu..
lantas aku tersenyum..benar, bukan kita seorang sahaja yang mengalami kesedihan ini, walau bibir bisa menguntum senyum, tapi luka di hati hanya Allah saja yang tahu..
Jatuh bangunnya kita, adalah satu coretan kisah hidup umpama lukisan di atas kanvas.
benarlah kata orang, mustahil manusia hidup tanpa masalah, mustahil dia sentiasa bahagia..
mereka pasti akan diuji, kerna putaran roda hidup itu tak selalunya di atas, tapi tidak jua lama di bawah..
kesempitan hidup itu,
seperti lagunya ,
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit..
muda sebelum tua..
kaya sebelum miskin.
lapang sebelum sempit..
hidup sebelum mati..
Faa,
merasakan hidup ini memang penuh dengan dugaan..
tapi coba ya, cuba kita kawal kesedihan itu, kita tahu arah mana yang mendatangkan bahagia, kita tahu apa yang bisa jadikan kita gembira, maka lakukan hal itu, jangan bebankan diri dengan melakukan hal-hal yang bisa membuat diri kita terus bersedih..cuba bantu diri sendiri, kerana yang bahagiakan kita bukan mereka, bukan dia, bukan jua kamu, tapi dirimu sendiri, dan juga Allah yang maha kuasa. Allah suka hambanya yang kuat, Allah suka hambanya yang mampu bersabar dalam menempuhi dugaan hidup.
ada kalanya, benar juga kata mereka, ada ujian , tanda Allah rindu, ada dugaan tanda Allah sayang..
kerana dugaan itu yang kembali merapatkan hubungan kita dengan Allah yang maha menciptakan..
kerana dugaan itu juga menyucikan kembali dosa seorang hamba yang dahulunya lalai dan leka dengan dunia, kini tunduk sujud pada yang Maha Esa dengan rasa rendah diri dan penuh dengan linangan air mata..benar, kerana amal ibadah kita terkadangnya tidak hebat, sehebat doa kita yang inginkan kebahagiaan yang melimpah ruah, lantas Allah datangkan dugaan itu, sebagai pengganti kekosongan amalan kita untuk dimakbulkan doa yang hebat itu. Jika kita suka meminta ganjaran yang besar, maka harus kita lakukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkan ganjaran itu.. :)
kita mampu, untuk mengubah duka menjadi suka..pinta lah pertolongan daripada Allah, dia lagi suka hamba yang meminta kepada-Nya, meminta hanya daripada Dia, bukan meminta kepada manusia yang alpa lagi hina..pinta bantuan itu daripada Allah, semoga dia makbulkan..
bersyukur!
mabrook, tahniah diucapkan kepada sahabat faa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan beberapa hari yang lalu. ya, kami sebaya, cuma rezekinya untuk nikah awal. bila ditanya kepada kita. "bila nak nikah?" faa hanya mampu senyum..
ajal maut, jodoh pertemuan itu semuanya di tangan Allah..
mana mungkin saya dapat mengagak bila tibanya masa..
lalu, doakan saya..:)
tipu ya kalau faa kata tak nak nikah, walaupun faa susah nak percaya golongan yang bergelar lelaki ni, tapi faa pun nak berumah tangga, bukan terlalu memilih, bukan tak ada yang sudi, tapi faa masih belum jumpa calon yang sesuai. siapa yang tidak mahu bernikah? sedangkan ia sunnah nabi yang wajar diikuti, tambahan pula, nikah muda itu orang kata rezekinya murah, rezekinya tambah banyak..tapi buat masa sekarang, fokus saya pada pelajaran dulu dech.insya Allah bila tiba masanya, akan saya jemput sahabat-sahabat semua. ^^
pernikahan itu, penyatuan dua insan, kalau bisa, biarlah kekal sampai bila-bila, sampai ke syurga, sampai kapan jua kita akan terus bersatu..lalu faa terfikir doank. siapa ya yang bakal menjadi pasanganku? kriterianya ada, tapi faa tidak memilih, cuma, dia perlu soleh, kerana akan menjadi tanggungjawabnya untuk memberi nafkah dan menanggung dosa-dosa faa..lalu wajib ke pria itu untuk membimbing faa sebaiknya, membantu faa dalam perihal agama serta memimpin tangan faa ke syurga. itu tujuannya pernikahan,untuk saling membantu,memburu cinta hakiki, menuju redha Ilahi..seperti indahnya pernikahan rasulullah dengan khadijah, cinta suci berpaksikan Islam.Nahh, itu satu impian. mudah-mudahan dikabulkan..amin..
iya dech, baru-baru..
sedikit berangin taufan dengan manusia..
maaf laa semuanya..
ada sebabnya, manusia pun ada pasang surut dia..
faa masih dalam mencari arah menuju cinta hakiki..
kalau dulunya faa lain, sekarang faa cuba membaiki diri..
susah juga yaa..
beri saya masa, saya nk jd solehah ,selain kesilapan saya, sila lihat diri anda juga..
salah silap anda..
terima kasih. ^^
salam sayang..
faaizmir.. :)
No comments:
Post a Comment