Oct 12, 2013

Hati yang terguris, umpama luka di jari yang terhiris.sudahlah hati, jangan menangis.

pernah tak kalian rasakan,
di saat tiada yang mengerti,
tiada yang tahu segala kata dan isi hati..
tiada yang dapat memahami tiap detik yang penuh erti..
tiada yang mendengar gelora geledak jiwa yang bersemi..
tiada yang dapat memberi pelukan di saat memerlukan,
tiada yang dapat mengucapkan, "ya, aku mengerti.."


lantas terduduk kita sendiri di sisi dunia,
mengharapkan ada yang bisa berhenti dan duduk memahami,
tapi itu mustahil, kerana mereka jua punyai masalah sendiri,
lantas untuk apa kita masih mengharapkan sesiapa yang tidak bisa?
kerna yang mendengar isi hati itu selain tuhan, adalah diri kita sendiri.
ya, hanya kita. hanya aku. hanya diri mu sendiri..
bukan dia, bukan jua mereka, bukan siapa-siapa.

ketahuilah duhai hati, 
jasadmu ini sudah letih bersedih.
mata sudah letih menitiskan manik jernih..
otak sudah letih memikirkan segala itu..
tangan sudah letih mengusap air mata..
badan sudah letih bersandar, berharap pada yang tidak pasti..
kaki sudah letih melangkah menuju ke arah yang tidak pasti..
lantas sekaliannya sudah letih, untuk apa lagi bersedih?

punya keluarga, tapi mana mungkin mereka fahami, 
mana sanggup aku dukacitakan mereka, mana sanggup aku bisa biarkan mereka bimbang.
lalu apa saja yang berlaku, apabila ditanya,"everything is alright'' jadi jawapan.
walau hati sedang hancur rapuh, walau jiwa sedang rapuh.
punya sahabat, tapi mereka pasti tidak bisa mengerti, walau semua kata tidak apa, suka duka kita kongsi, tapi hakikatnya mana mungkin mereka faham ,
derita ini aku yang rasa, derita ini hatiku yang luluh rapuh, hancur berkecai , jatuh luluh..

dulu aku punya sahabat setia,
apa-apa kongsi bersama,
tapi makin lama makin berubah ceritanya,
apa sahaja kata ku,terus dibangkang dia,terus dijaja cerita,
habis semua yang tidak terlibat tahu.
lantas untuk apa perlakuannya itu?
sedang dayusnya dia tak pernah ku jaja, 
egonya dia tak pernah ku cantas di depan mata. lantas aku memilih untuk melupakan,kerana yang duka itu lebih banyak daripada suka..
kerana jiwa merasa lebih sengsara di saat bersama dia.
itu cerita mereka,yang pasti roda hidup aku akan sentiasa berputar.

kadang-kadang, sering terfikir untuk berputus asa,
sering berfikir untuk hentikan sahaja putaran roda itu.
biar tak lagi sedih biar tak lagi sengsara..
sudah lah semua ini.
sudah lah.
sudah..
kata mereka, kita punya tuhan, ceritakan segalanya kepada Dia yang maha Esa.
ya, aku faham itu.
tapi sering aku malu nak mengadu, kerana hambaMu ini sering sahaja mengeluh.
moga tuhan kuatkan aku.


di saat tiada siapa yang mengerti.
di saat tiada siapa yang fahami..
aku cuba bangkit berdiri,,
walau sudah longgar sendi,
walau sudah berkecai hati..
aku masih lagi disini, memutarkan roda yang ditentukan ilahi...
aku masih sendiri..menanti insan jauh gandingan hakiki..

mohon ucap pada diri sendiri..
semoga tetap tabah,
semoga tetap teguh,
semoga tak mudah jatuh..



No comments:

Post a Comment