Jul 26, 2015

For le third - F A M I L Y

Mahirah :

Paling lama dah kenai dalam jaksa. Kami kawan baek, roommate !
Ingat lagi banyak benda dah kita buat sama-sama..beli baju sama apa semua.
Terima kasih sebab selalu ada waktu ore sedih suko semo.
Maaf la lepas tu dok kacip mano. Pakat busy blako loni. Huhu.
Thanks mahie for everything banyak sangat dah tolong sampai tak tido malam dulu jaga iols . adudu..
teeheee~ semoga terus sukses .
mintak halal blako deh.
Semoga panjang umur murah rezeki..
Semoga cepat kawen lah ye SST. :D

Adil :

Adikk ! Haha macam best ja panggil adik. Rasanya dalam jaksa adil paling tsiqah, paling macam anak bongsu. Terima kasih naa banyak bagi nasihat walaupun sokmo tak kena masa sampai sentap bagai. Kihkih.
Antara orang yang selalu panggil ana ustazah. Perli nauu. Haha.
Tapi ana tau adil bagus, rajin bab-bab agama ni semua boleh serah ke adil. Baguihh. Ana respect enta. Semoga bahagia sokmo deh ustaz adil. :)
maaf banyak-banyak dan terima kasih banyak.

Fazrul :

Ustaz jawa ni, first time kenal serious ingatkan budak first year. Macam junior. Ingat lagi lepas meeting pertama dengan ex pres alep omar, borak dengan adil, fazrul dan ikram dekat luar macam borak dengan adik-adik siap bahasakan diri akak. Akak sangat. --' haha. Fazrul ni kadang-kadang annoying pun ada. Sengal pun ada. Selalu gak cari pasal. Takkan lupa wehh kau cakap sebelum habis tenure jaksa kau nak buat kelas untuk rendahkan ego aku~ ya ampun. hahaha. Pastu apa lagi eh. Terima kasih fazrul sebab banyak tolong. Walaupun kadang-kadang geram bila cakap dengan ko, ko buat layan tak layan je. --' tapi waktu aku susah kau yang banyak tolong. Kau pun dah macam fedup dengan aku waktu sakit dulu. Haha sorryyy :'j

Terima kasih ye muhammad. Maaf banyak-banyak atas segalaaa salah silap. Maaf atas kekasaran kata. Aku hargai sangat segala pertolongan kau. :) terima kasih weh. Aku segan dengan kau sebenarnya, haha. Teruk nau. Semoga dipermudahkan hidup, dijodohkan dengan wanita solehah. (Setiapkali tgk komen dekat post kau, mesti kau cakap pasal zaujah so cepat-cepatlah kawen weh. Haha) nak dodol jawa so boh ! ;D sero eksaited ni nak gi Giso ke thailand. Semoga jadi lah deh.
Akhir kata, kau pun aku respek ah. Budak dekan, agama pun bagus, dah macam ustaz kontemporari dah. Kau macam perfect ah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kau. Semoga Allah balas segala kebaikan kau. Maaf salah silap deh. :)

Rasydan :

Dan !!! Mahu jerit bah aku. Haha. Firstly terima kasih banyak-banyak. Rasydan dah macam abang, dah macam kakak pun ada. Haha. Selalu bagi nasihat gituh. Pastu banyak membebel dengan kak jannah. Tapi aku hargai lah segala bebelan kau yang macam mak nenek tu dan. Haha. Kau pun selalu boleh masuk geng meroyan bila stress. Haha.
Mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan kau. Huhu. Kau selalu ambik berat tambah-tambah waktu aku malas time exam.
Boleh diaa gi amek hansdphone kita adoii. Terharu aku.
Bagus laa dandan.
Walaupun nampak je sengal tapi aku tau  kau baik. Kau kan abang.
Maka haruslah cakna soal aku, asma dan adik-adik. Aku kan adik. Haha.
Nasib baik jadi jaksa. So boleh la kau kenal aku yang baik hati ni. Ahaha. :D 
Terima kasih weh.
Jumpa lagi sem depan insya Allah. :)

Hafiz :

Abam kawasan weh. Abam sado. Pegh duta jauhar. Ahahaha (gelak jahat)
Hafiz, sorang lagi pakcik yang aku dah anggap macam abang sendiri walaupun tak panggil kau abang. Thanks weh , kau pun banyak tolong aku. Aku rasa kau yang paling samseng skali first time jumpa waktu meeting dulu. Nak tengok pun macam takut je sebab macam samseng baru lepas gaduh .. Hahaha. Maaf lah banyak maki kau depan-depan. (maki dibaca - marah) kau kan budak kaunseling, so aku kasar dengan kau pun kau tau aku sebenarnya baik.haha. thanks jugak atas nasihat kau yang cool sokmo. Walaupun dah banyak kali aku baling botol dekat kau. Lol. Senang bekerja dengan kau. Sempoi sajo. Thanks bro. Semoga kau berjodoh dengan siput atau sesiapa je yang kau suka dan terbaik untuk kau. Aku respect gak kau dengan rasydan. Aku nampak la kau tu baik sebenarnya walaupun nampak je jahat. Tapi kalau meeting ke apa ke kau antara yang laju respond even selalu tak dapat datang meeting sebab training vb. Terima kasih. :) jumpa dekat acacia pulak nanti. :)

Jul 10, 2015

For le SECOND - F A M I L Y

Bismillah.
Rasa nak menaip sebelum tidur.
Asyik tangguh je nak buat entry ni sebenarnya.
Lepas tangguh, tangguh.
Lepas tangguh, tangguh.
Tangguh dan tangguh dan tangguh.
Dan begitulah.

Taip setakat yang sempat.

Disebabkan dah ada story #KK1BigFamily dekat blog faa yang lagi satu , so dekat sini nak buat ucapan untuk setiap mereka lah ya. (They wont read this pun actually)

First of all :

Kak Jannah :

Akak !!! *nangis*
Hewhewhew. :3
Manja nau maaflah kak. Firstly, nak ucap terima kasih banyak-banyak. Otak saya takleh digest macam mana first time saya punya first impression dekat akak. Tapi rasanya lepas tu banyak benda buat sekali. Sem lepas pun selalu je tido bilik akak. Wuu~ pastu selalu gaduh2 dengan kak jannah itu biasaaaa mohon jangan ambil hati gaduh2 manja. Siapa yang tak pernah gaduh dengan saya maknanya dia tak rapat dengan saya hahah. Akak banyak tolong saya..terima kasih banyak-banyakk kak jannah. Saya sakit pun akak belikan makanan. Terharu anaaa.. Pastu teman lepak dalam bilik jaksa sama-sama. Saya ingat lagi saya gaduh dengan sesape mesti ngadu dekat akak kehkeh pastu kena tazkirah free daripada kak jannah. haha. Pastu saya sakit pun akak caring gitu . lagi terharu bila birthday saya akak sanggup belikan sate makan sesama terharu sangaaat ! Ah boleh bikin nangis ni. Haha mata masuk habuk ! Saya rasa macam adik-adik sangat bila akak bawak gi baazar, saya nangis hari-hari pun akak laa yang selalu layan. Haha maluuu~ saya yakde kakak. Huhu. Walaupun ramai je kakak kakak angkat tapi kak jannah banyak sangat berjasa dalam hidu ini . ha gituh~ :') terima kasih kak jannah. Walaupun akak selalu blurr je muka orang cakap pun akak tak paham.. (tapi sekarang macam dah tak blur dah. Gud) tapi saya tetap terharu~
(dah lupa nak cakap apa tadi aherher nanti kalau saya ada nak tambah nak cakap apa saya tambah lagi pasni. Hewhew)

Mohon pasni jangan pernah lupakan saya. Semoga bahagia lah dengan siapapun jodoh akak dan semoga bahagia bersama keluarga tersayang.
Saya sayang kak jannah <3

Ainur :

Terima kasih ainur sebab :
- ainur ni dia bertindak dalam diam. Haha. Senyap2 dah tampal dah poster kebersihan.
-teima kasih sebab ambik berat :* belikan makanan siap tapaukan lagi especially waktu kfc masa cuti sem lepas.
-terima kasih sebab selalu teman hantar gi mana2, ingat lagi yang mps kknc hari tu. Huhu.
-terima kasih sebab jadi partner kebajikan yang berwibawa. Time gotong royong sokmo ainur first datang.
-terima kasih jaga i walaupun u takut2
-maaf sebab selalu usik ainur
-maaf if saya ada buat awak kecik hati tauu..huu bnyk gurau biawak. Sorry ainur :*
-ainur bagus sangat. Rajin + laju je buat kerja walaupun sengal jugak kadang2 budak ni. Haha. Tapi lawak hambar muka innocent ainur takleh blah. Geram betul nak cubit2.
-terima kasih banyak2 tau ainur. Maaf salah silap. Sayang awak~ <3
Haha. Apapun , terbaik lah ainur . selamat maju jaya, puan! *tabik hormat palapes #ehh.

Aisyah :

Ecahhhh yaaaa!
Haha mekcahh. First yang kenal dalam jaksa. Hewhew.
Aisyah bagus sangat. Walaupun slow sikit tapi aisyah macam mak-mak. Still ingat lagi tau sem satu kot saya lapar, aisyah ajak gi bilik. Ingatkan kenapa sebab dah pukul dua belas. Tengok2 ecah nak masakkan megi alahai gigihnya laaa. Nak gelak ada, terharu pun ada. Huu. Pastu sokmo teringat waktu MCSU, nak buat preparation dalam masa tiga hari tu rasa macam ecahhhhh letihnya! Tiap2 malam tido lewat walaupun ada kelas esoknya dan tiap2 malam jugak laaa duk dala bilik jaksa tu. Nasib ada kak jannah, rasydan dengan hafiz teman sekali. Pastu takleh lupa muka blurr aisyah main walkie talkie dengan rasydan and hafiz. Ya robbb. Apo "aisyah masuk aisyah masuk.."

"Ye aisyah ni..eh kenapa tak bunyi ni ana?"

Sebab aisyah tak on walkie talkie tu ikut line yang betul. Hahahaha lawak sangat ecahh. Pastu dah pandai tiap2 malam laa duk main walkie talkie bertiga dengan hafiz dan rasydan. Geleng kepala je lah den tengoknye. Haha. Btw, terima kasih bnyk2 aisyah. Aisyah pun selalu jugak tolong pastu sejak ada motor ni kemain ha merempit sana sini. Haha. First time naik motor dengan aisyah waktu bak gi pkp. Ya robbb lajunyaaa. Seronok sangat. Pastu waktu sebelum MPS aisyah bawak siap gi giant and tesco konon nak beli barang untuk MPS last-last tak jumpa dan rushing balik. Huu thanks sangat aisyah. Im so proud of you. Muka blurr macam baby je geram nak cubit cubit. Kalau badmood mulaa la muncung! Pastu teringat time kita gi kem dekat pusat pemantapan akidah tu. Pendengar setia sangat ecah huuu~ pastu gi kem bluewave dengan jaksa sekali. Seronok sangat~ cheq sukaa borak dengan aisyah. Baguih. Sebab ecah buat lawak hambar sokmo. Haha. Semoga terus bersemangat dalam buat study , dakwah dan kebajikan ! Semoga berjodoh dengan AA. Haha . gurau ja cah. Kim salam dekat tok naaa. :) sayang ecah.

Sakit kafarah dosa

Salam.

Selepas dua tiga entry yang entah apa-apah. Haha

Kembali berpijak di alam nyata pulak. Semalam (09072015)

Faa demam. Yup, demam yang tetiba makin panas teruk pastu rasa menggigil gigil gigi dia macam vibrate macam wave tau macam arus elektrik dapat rasa gelombang getar daripada muka sampai ke kaki lima enam kali.
(Err..korang faham tak ni)

Rasa macam dah nak mati dah ke iols. :'((

Duhh. Panas oh. Yang kelakarnya masuk bilik nangis-nangis pastu dekjah yang tengah tidur tu boleh pulak bukak mata sebelah pastu tanya,
"Bakpo? Demam ko?"

Haha nak tergelak faa. Nasiblah tengah sakit so takleh gelak. Then mak ayah datang. Tengok muka dah habis merah coz panas melampau teruslah bawak pergi klinik pastu pergi hospital.

Masuk wad kecemasan hah. Nurse datang nak amek darah. Pastu kan tekanan darah rendah so darah mengalir perlahan je lah. Ngilu oh bila nurse tu tekan dalam. Haih sengal rasa besi tu. Pastu drip air. Pastu lega lah sikit cuma rasa nak gelak pun ada . haha.

Pastu balik. Dalam 5 jam jugak la duduk dalam wad. Sekejap je la. Nasib tak kena bermalam dalam wad. Tak sanggup laaa ana. Fuh~

Yang pasti, sakit sangat belakang. Macam nak patah. Pastu sakit pinggang & kaki.

Teringat pulak mek asma' yang selalu urut belakang. Hahaha. Kalau kat kk1 ni mesti kak jannah dah belikan bubur. Huhu. Rindunyaaa.

Bonda macam nurse. Terharuuu.
Siap belikan anggur, susu kambing, air zamzam lagi. Faa makan anggur je. Susu kambing dgn air zamzam tolak tepi. Hahaha.

Dan hari ni bonda masak laksa penang. Feveret ohh ! <3

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allah uji tanda Allah sayang. :)

Jul 8, 2015

Lelaki jangan syok sendiri.

Annoying.

Sikit pun tak reti nak appreciate orang. Mohon hargai orang.

I pernah cakap benda ni dalam previous entry.

Actually i dislike guys. Its not lah im a lesbian or what nauzubillah. Still straight tapi i dislike the way they act.

Guys, please..
Jangan mudah perasan.
Ingatkan perempuan je yang selalu perasan ni. Tapi lelaki pun lebih kurang je.

Walaupun kamu hensem, walaupun kamu rasa kamu digilai ramai, tapi tak bermakna bila i buat baik dengan you means i suka you. Oh please.

Terlebih perah santan sangat.

I dont like it when i buat baik dengan orang as a friend and diorang macam layan tak layan like nak cakap dekat kita, "eh minah ni suka aku ke nk buat baik ramah sangat ni.".

Ohmaiii meluatnya beruang! (/ ̄(エ) ̄)/

Perasan perasan perasan!

Siapa suka you? I tak suka you.
You rasa you hensem sangat ke? You rasa you baik sangat perfect sangat kaya raya ke? Heyy i tak suka you pun.
(Ha kan dah macam sis piyoona dah cara cakap)

Kemonlah bro.
To be honest, aku tak suka mana-mana lelaki pun. Kau ke, mamat kampung sebelah ke, anak lelaki pak dolah ke atau sesiapa saja lah. Aku takde berkenan dekat mana-mana lelaki. So kalau aku buat baik dengan kau, that means aku just anggap kau macam kawan je. Tak kisah lah perempuan ramai suka kau , kau sado, kau hensem sangat atau kau perfect macam mana pun.

Aku baik tak bermakna aku suka. Ala dengan semua orang pun aku baik. Aku pernah cakap aku suka kau ke?
Kau, atau kau, mahupun kau ! Jangan perasan sangat lah. Dah, pergi hantuk kepala dekat dinding sana.

Yang pasti suami aku nanti lagi hensem daripada kau, lagi sado dan lagi baik daripada kau ha. Amin. Haha.

Takde masa nak suka orang lah sekarang ni. Duk fikir result exam pun aku stress, apatah lagi nak hadap kaum adam yang lagi memeningkan kepala ni. Baik aku suka diri sendiri.

Dan sebab ni jugak aku takde pun kawan baik lelaki sangat. Kawan atas urusan kerja atau classmate. Tu je.
Sebab? Malaslah. Lain gender ni bahaya sikit kalau terlebih baik. Hanyut kelaut kang dengan khayalan fantasi apa semua tu. Well, aku tak suka lelaki ajnabi. Ha gituh.

Meluat mak.

Mohon istighfar ye sekalian manusia.
Selamat beribadat.

Tingkatkan prestasi, kurangkan syok sendiri.

#salamromadon

22 ramadhan // 9 Julai
Homesweethome

Jul 4, 2015

Part 2 : Warkah buat suami.

Salam.

Hai encik suami. Nama sape? Haha.
Part 1 dah guna ayat berbunga-bunga.
Part two ni steady je lah ya? :D
Saya cuba karang ayat seringkas yang mungkin sebab banyak benda nak cakap.

1- sekarang musim kawen. Tengok org kawen kita pun rasa nak kawen. Tengok org ada boyfriend pun rasa nak ada bf. Haduhh. Nak kawen, tapi sebab taktau awak sape so saya sabor je la. Sape suh awak dtg lambat ha.

2- Majlis Kawen macam mana? Nanti kalau kita nak kawen, tak payah la buat majlis grand . buat kenduri kesyukuran simple2 je la ye? Baju beli yg ringkas2 je. Barang hantaran boleh beli yag simple pastu hias sendiri. Barang takyah mahal-mahal. Lepas kawen pun boleh kalau nak belikan saya yang mahal. Masa kawen rilek je ya. Save budget. Pelamin tak payah. Rumah mak ayah saya kecik je, sesak rumah kalau ada pelamin. Nak amek gambar takyah upah fotographer pun. Meh saya amek gamar awak (saya pandai jugak amek gambar ni) pastu mintak tolong je adik saya yang perempuan tu amek gambar kita. Takyah bazir duit beribu2 utk buat majlis grand. Kad kawen pun saya blh design sendiri. :D makeup pengantin mahal oh. Tapi saya boleh make up sendiri. Ala pakai bedak pastu lipbalm celak sket. Tu pun bukan nampak sebab saya mungkin akan berniqab. Jadinya muka tak flawless tak cantik bling2~ pun takpe, orang tak nampak. Haha.

3- mas kahwin dan wang hantaran? Abang cakap lagi murah lagi baik. Awak mampu berapa? Tapi jangan lah bagi seringgit pulak. Haha. Wang hantaran pun bagilah apa yang awak mampu. Mak ayah jenis tak kisah, bukan depa nak jual anak pun. Asalkan awak pandai amek hati diorang, jadilah menantu kesayangan yang baik ya.

4- Kenapa awak patut rasa untung sebab kawen dengan saya?

Entahlah. Susahlah soalan ni. Kalau tanya orang lain siapa faa ni , perangai saya macam mana..mungkin orang akan cakap dia ni keras kepala, banyak cakap,susah nak terima nasihat (dan segala perangai negatif) tapi percayalah, perangai positif saya lagi banyak daripada negatif. Kenapa awak suka saya? Saya yang patut rasa untung. ;)

5- Apa saya nak lepas kawen?
Selain nak bina keluarga yang bahagia, saya nak jaga Quran. Awak hafal Quran tak? Kalau tak pun takpe, yang penting tolong bagi sokongan dekat saya untuk terus jaga Quran. Biar tittle al-hafizah tu bukan sekadar nama. Kalau boleh anak-anak kita pun saya nak hantar tahfiz, biar semua jadi alhafiz dan alhafizah. Saya nak kerja, nak bantu orang lain yang susah, pastu saya nak bahagiakan keluarga mak ayah saya, nak bahagiakan awak.
Saya suka buat orang gembira. Suka kalau tengok orang senyum walaupun saya sekadar buat lawak hambar.
Mungkin sebab tu ibu bagi nama ' farhana' ? Maksud dia, kegembiraan kami. ^_^

6- ciri-ciri lelaki yang saya suka?

Err..lelaki macam awak :D u describe yourself please. :)

Saya takde rapat dengan mana-mana lelaki. Kalau ada pun kawan lelaki sekelas, satu persatuan atau kawan sekolah lama.
Tak suka lelaki sebab lelaki macam ramai kejam je (kecuali ayah abang dan lelaki yang baik-baik macam awak)
Selalu gaduh dengan lelaki -_-'

Btw siapalah kita nak demand. Tapi sejujurnya, dari dulu lagi kalau boleh nak lelaki yang jenis penyabar, tak cepat marah. Pastu kalau cakap pun lembut sopan je.. Sebab saya sensitif. Cepat terasa. kena perli sikit terus terasa. Sebabnya, saya selalu cuba layan orang baik-baik tapi bila saya buat baik dan dia tetiba je balas perli kutuk tak hargai orang, memang sampai bila-bila saya dah taknak dekat dengan orang tu. Jadinya, awak kena sabar, kena pandai kawal emosi. kena pandai pujuk kalau kalau saya merajuk. Haha. Saya suka lelaki yang berilmu. Yang arif ilmu agama. Sebab kalau ada apa yang saya tak faham, boleh tanya awak. :D

Awak tak hensem macam aaron aziz pun tak apa. Tak taff macam dia pun tak apa. Asalkan pada saya, sejuk mata memandang awak. Orang cakap, kalau akhlak baik, muka macam bangla pun boleh buat orang rasa sejuk mata memandang. :)

Saya bukan seorang wanita yang baik dan solehah. Tapi tengah try hard untuk jadi baik ni. Selalu lagho tapi tengah try la ni. Doakan ya. Selalu rasa jelesnya tengok perempuan yang tutur kata lemah lembut, yang boleh istiqamah jaga Quran. Yang baik melayan suami . nak jadi perempuan macam tu. Nak jadi bidadari syurga untuk awak. Awak bidadara saya bidadari. Awak arjuna saya puteri. Ecehh. Kemain berangan. Haha.

Saya tak pandai sangat masak. Tapi saya akan usaha. Saya jenis bersungguh-sungguh sket. Gigih lah orang kata hahaha. Tak suka menunjuk. Kadang-kadang dekat U ni orang selalu macam pandang serong, sebab saya tak nampak la warak pun. Suka usik orang.. (ampun ya rabb) tp tak bermakna saya jahat. takkan nak bagitau kita buat amal apa bc quran berapa juzuk etc2, kan? Pendek kata, sayaaaa akan cuba jadi isteri yang baik !

Yang penting, jangan la marah-marah. Cuba nasihat saya guna ayat lembut sket. Insya Allah saya boleh terima. Tak gitu? Ajak saya buat kebaikan. Tegur kalau ada kesalahan. Rumahtangga mawaddah warrahmah gituh~ <3

7- describe yourself.

Describe diri sendiri eh? Entahlah. Taktau nak describe mcm mana. Mungkin mudah marah tapi mudah sejuk. Garang tapi manja je sebenarnya haha.Orang jiwa sastera, mudah nangis pastu childish sikit kalau dengan orang yang rapat. Tapi sifat kepimpinan tu boleh la kot. Suka budak kecik. Boleh jadi ibu yang baik. Eceh. Haha. Insya Allah. Tak reti la nak describe. Discover sendiri la camne. Isteri sendiri kan? Heee~

Nanti, tak perlulah jadi skema sangat. Be yourself. Selain mengaji, solat dan qiam sama-sama mungkin kita juga boleh pergi memancing atau lumba drift kereta atau pergi travel dan sebagainya bersama-sama? ^^

Insya Allah. :)

Taktau lah apa motif buat post part 1 & part 2 jiwang karat macam ni.

Nak pujuk hati je kot. Sebab hati teruji skrg ni.
Janganlah jeles kalau tengok orang bahagia  dengan kekasih hati,

Kita lagi bahagia, sebab kita ada Allah , nabi dan family. ^^

Kepada bakal suami,
Hati-hati, hati. :)

Jul 3, 2015

Part 1 - Warkah buat insan bernama kekasih

Bismillah,
dengan nama Allah yang maha penyayang, ku coretkan kalam buat insan bernama kekasih yang mana identitimu saat ini  masih menjadi rahsia Yang Maha Mencipta.

Kerana hati mulai rindu,
Rindu ingin berteman,
Rindu pada seorang insan,
Rindu pada suami yang ditakdirkan berjodoh oleh Tuhan.

"Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara dihatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap.

Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina sekian lama disudut hatiku hanyalah untukmu."

Untuk insan yang dikasihi kerana Allah, walaupun hati ini sering diuji, sering saja mereka disana mengaitkanku dengan lelaki - lelaki, setiap kali itu juga hati mengingatkan untuk yakin dengan Janji Tuhan bahawa engkau telah tercipta untukku.

Dan setiap kali itu juga, bilamana timbul sedikit rasa suka kepada salah satu di  antara mereka, hati terus berbisik untuk hilangkan segala perasan itu, kerana aku bimbang rasa suka kepada orang yang salah akan lebih menjarakkan hubungan antara kau dan aku, walau kita belum bertemu. Tapi aku yakin kau ada dan akan hadir disisiku bila tiba masa nya nanti.

Setiap kali hati meronta minta dipenuhi dengan cinta tatkala melihat orang lain berbahagia bersama orang yang dipuja,
Aku jadi takut. Takut cinta yang didusta ini bukan yang selayaknya. Takut cinta tersalah diberi pada orang lain, bukan pada kau yang dijanji Tuhan sang pemilik hati.

Takut,

Seksanya menahan rasa suka. Terus, aku doa pada Allah, moga dipercepatkan pertemuan dan penyatuan kita. :)

Wahai kekasih,
Siapalah aku untuk mendambakan seorang lelaki yang rupawan hartawan mahupun sempurna segalanya, kerana aku juga bukan gadis sempurna dan tidak  sesolehah mereka yang dipuja.
Bukanlah aku dambakan lelaki puitis yang bisa memberiku sejambak bunga, tapi cukuplah hadirmu membawa cinta yang kukuh untuk kita satukan cinta itu dalam langkah bersama menuju Tuhan.

Aku bukanlah gadis rupawan, bukan juga hartawan, tidaklah pintar dan petah, mungkin tidak ada kelebihan padaku yang mampu membuatkan kau rasa beruntung memperisterikan aku.

Kerna aku hanya gadis biasa yang sentiasa cuba berusaha untuk menjadi teman terbaikmu di syurga.

Wahai kasih,
Mungkin pada pandangan manusia lainnya aku hanya seorang gadis yang bisa ditertawa, dan tidak gadis lainnya.gadis yang degil dan keras kepala, kata mereka. Percayalah, andai aku isterimu, kau tidak akan pernah melihat diriku yang dulu.

"Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji."

Wahai cinta, Demi Allah atas lafaz cinta aku berjanji untuk setia.

Maharku tidak akan membebanimu, hanya seberapa yang engkau mampu.
Jangan risau, tidak akan bermake-up tebal , cukup sekadar menutup wajah dengan kain hitam, yang akan dikhaskan hanya untukmu.

Janji ku untuk taat setia dan tidak akan aku bantah kata-katamu, selagimana kau berjanji untuk memimpin tanganku ke syurga.

Asas pernikahan kita itu Al-Quran, dan setiap kali ada masalah kecil atau besar atau apa saja yang melanda, mohon ingatkan aku untuk berpegang teguh pada KalamNya.

Wahai lelaki bidadara syurga,
Aku ini agak degil orangnya.
Agak sensitif.
Agak bernaluri halus.
Mudah menangis.

Mohon kau bersabar dan terus bersabar, tanpa ada rasa jemu ketika menasihatiku sepanjang bersamaku.

"Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran."

Mohon.. Jangan pernah hanyut dalam menempuhi medan tarbiah. Berjuanglah dalam mempersiapkan diri demi Allah.
Semoga terus mujahadah wahai khalifah!

Insya Allah, aku akan setia dan sentiasa menunggumu..
Walau siapa pun kamu,
Semoga doa kita akan menyatu,
Sehingga tiba saat itu.

Dan engkau jodohku.
Dan kau tercipta untukku.

Semoga Allah berkati kita.
Dimana pun kau berada, semoga Allah menjagamu.

Dengan lafaz cinta,
Aku akan sentiasa menanti dengan penuh Redha.

meniti hari dan usia,
Dengan penuh rasa cinta.
-kegembiraan kami-

Jul 2, 2015

Sem 4 dah habis. Jaksa pun dah nak habis.

Salam.

Baru lepas tadarus makanya energi habis disitu.

Heh.

Alhamdulillah dah habis dah sem empat. Sekejap je. Orang lain pakat final year dah sem depan kita baru nak tahun tigaaa ada tiga tahun lagi ya robb.

Rasa macam nak sambung satu juzuk lagi pasni sekejap. Rehat lah dulu. Camne nak kejar bagi khatam ni. Go faaa go chaiyok2!

*faaizmir sedang merehatkan diri sambil fikir hari ni nak iftar makan apa. Haha lol.

Takde lah. Gurau je. Sebenarnya tak tido lagi seharian.nak rehat jap. Emosi tak stabil untuk update blog. Nanti lepas ni faa update ya. Ramadhan saaid !