Jul 3, 2015

Part 1 - Warkah buat insan bernama kekasih

Bismillah,
dengan nama Allah yang maha penyayang, ku coretkan kalam buat insan bernama kekasih yang mana identitimu saat ini  masih menjadi rahsia Yang Maha Mencipta.

Kerana hati mulai rindu,
Rindu ingin berteman,
Rindu pada seorang insan,
Rindu pada suami yang ditakdirkan berjodoh oleh Tuhan.

"Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara dihatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap.

Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina sekian lama disudut hatiku hanyalah untukmu."

Untuk insan yang dikasihi kerana Allah, walaupun hati ini sering diuji, sering saja mereka disana mengaitkanku dengan lelaki - lelaki, setiap kali itu juga hati mengingatkan untuk yakin dengan Janji Tuhan bahawa engkau telah tercipta untukku.

Dan setiap kali itu juga, bilamana timbul sedikit rasa suka kepada salah satu di  antara mereka, hati terus berbisik untuk hilangkan segala perasan itu, kerana aku bimbang rasa suka kepada orang yang salah akan lebih menjarakkan hubungan antara kau dan aku, walau kita belum bertemu. Tapi aku yakin kau ada dan akan hadir disisiku bila tiba masa nya nanti.

Setiap kali hati meronta minta dipenuhi dengan cinta tatkala melihat orang lain berbahagia bersama orang yang dipuja,
Aku jadi takut. Takut cinta yang didusta ini bukan yang selayaknya. Takut cinta tersalah diberi pada orang lain, bukan pada kau yang dijanji Tuhan sang pemilik hati.

Takut,

Seksanya menahan rasa suka. Terus, aku doa pada Allah, moga dipercepatkan pertemuan dan penyatuan kita. :)

Wahai kekasih,
Siapalah aku untuk mendambakan seorang lelaki yang rupawan hartawan mahupun sempurna segalanya, kerana aku juga bukan gadis sempurna dan tidak  sesolehah mereka yang dipuja.
Bukanlah aku dambakan lelaki puitis yang bisa memberiku sejambak bunga, tapi cukuplah hadirmu membawa cinta yang kukuh untuk kita satukan cinta itu dalam langkah bersama menuju Tuhan.

Aku bukanlah gadis rupawan, bukan juga hartawan, tidaklah pintar dan petah, mungkin tidak ada kelebihan padaku yang mampu membuatkan kau rasa beruntung memperisterikan aku.

Kerna aku hanya gadis biasa yang sentiasa cuba berusaha untuk menjadi teman terbaikmu di syurga.

Wahai kasih,
Mungkin pada pandangan manusia lainnya aku hanya seorang gadis yang bisa ditertawa, dan tidak gadis lainnya.gadis yang degil dan keras kepala, kata mereka. Percayalah, andai aku isterimu, kau tidak akan pernah melihat diriku yang dulu.

"Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji."

Wahai cinta, Demi Allah atas lafaz cinta aku berjanji untuk setia.

Maharku tidak akan membebanimu, hanya seberapa yang engkau mampu.
Jangan risau, tidak akan bermake-up tebal , cukup sekadar menutup wajah dengan kain hitam, yang akan dikhaskan hanya untukmu.

Janji ku untuk taat setia dan tidak akan aku bantah kata-katamu, selagimana kau berjanji untuk memimpin tanganku ke syurga.

Asas pernikahan kita itu Al-Quran, dan setiap kali ada masalah kecil atau besar atau apa saja yang melanda, mohon ingatkan aku untuk berpegang teguh pada KalamNya.

Wahai lelaki bidadara syurga,
Aku ini agak degil orangnya.
Agak sensitif.
Agak bernaluri halus.
Mudah menangis.

Mohon kau bersabar dan terus bersabar, tanpa ada rasa jemu ketika menasihatiku sepanjang bersamaku.

"Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran."

Mohon.. Jangan pernah hanyut dalam menempuhi medan tarbiah. Berjuanglah dalam mempersiapkan diri demi Allah.
Semoga terus mujahadah wahai khalifah!

Insya Allah, aku akan setia dan sentiasa menunggumu..
Walau siapa pun kamu,
Semoga doa kita akan menyatu,
Sehingga tiba saat itu.

Dan engkau jodohku.
Dan kau tercipta untukku.

Semoga Allah berkati kita.
Dimana pun kau berada, semoga Allah menjagamu.

Dengan lafaz cinta,
Aku akan sentiasa menanti dengan penuh Redha.

meniti hari dan usia,
Dengan penuh rasa cinta.
-kegembiraan kami-

No comments:

Post a Comment