Jul 10, 2015

Sakit kafarah dosa

Salam.

Selepas dua tiga entry yang entah apa-apah. Haha

Kembali berpijak di alam nyata pulak. Semalam (09072015)

Faa demam. Yup, demam yang tetiba makin panas teruk pastu rasa menggigil gigil gigi dia macam vibrate macam wave tau macam arus elektrik dapat rasa gelombang getar daripada muka sampai ke kaki lima enam kali.
(Err..korang faham tak ni)

Rasa macam dah nak mati dah ke iols. :'((

Duhh. Panas oh. Yang kelakarnya masuk bilik nangis-nangis pastu dekjah yang tengah tidur tu boleh pulak bukak mata sebelah pastu tanya,
"Bakpo? Demam ko?"

Haha nak tergelak faa. Nasiblah tengah sakit so takleh gelak. Then mak ayah datang. Tengok muka dah habis merah coz panas melampau teruslah bawak pergi klinik pastu pergi hospital.

Masuk wad kecemasan hah. Nurse datang nak amek darah. Pastu kan tekanan darah rendah so darah mengalir perlahan je lah. Ngilu oh bila nurse tu tekan dalam. Haih sengal rasa besi tu. Pastu drip air. Pastu lega lah sikit cuma rasa nak gelak pun ada . haha.

Pastu balik. Dalam 5 jam jugak la duduk dalam wad. Sekejap je la. Nasib tak kena bermalam dalam wad. Tak sanggup laaa ana. Fuh~

Yang pasti, sakit sangat belakang. Macam nak patah. Pastu sakit pinggang & kaki.

Teringat pulak mek asma' yang selalu urut belakang. Hahaha. Kalau kat kk1 ni mesti kak jannah dah belikan bubur. Huhu. Rindunyaaa.

Bonda macam nurse. Terharuuu.
Siap belikan anggur, susu kambing, air zamzam lagi. Faa makan anggur je. Susu kambing dgn air zamzam tolak tepi. Hahaha.

Dan hari ni bonda masak laksa penang. Feveret ohh ! <3

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allah uji tanda Allah sayang. :)

No comments:

Post a Comment