Alhamdulillah wal hamdulillah ..
bersyukur atas segala nikmat yang ana perolehi sepanjang hidup, walaupun terasa diri dah banyak melakukan dosa , tapi Allah masih lagi bagi peluang untuk ana menikmati setiap detik dalam hidup..
Alhamdulillah, :')
Hari ni ramai yang dah balik ke rumah masing-masing, but still , ana punya tiket lewat lorh , so balik lewat sikit. huhu. oh ya, I stand for Izmira okeyy. haha :D
firstly, ana bukan ustazah . =.=" ya, pemberitahuan untuk blogger sekalian. ana bukan ustazah , ilmu agama tak tinggi pun. ana hanya orang biasa yang nak menutup aurat dengan sempurna ,pernak melaksanakan syariat Allah dengan betul , menjauhi apa yang dilarang, melakukan apa yang disuruh..
jadi, ana pun tak perfect , pernah jugak ana buat sesuatu yang salah,selalu melakukan dosa,selalu jugak lalai. so ana bukan 100% baik, cuma ana mencuba untuk jadi orang yang baik. InsyaALLAH. :')
Nak berkongsi dengan uols, semalam I pergi Jalan Tar dengan Nas and Anis. selepas berlakunya 1001 conflict antara kami, I tau diorang sangat baik sebenarnya, *terharu meyy* tapi ye la, semua yang berlaku tu ada sebab Allah nak uji,bukan salah diorang , tapi memang I perasan , ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada pemahaman I, dan ada something yang Allah nak ingatkan I, dan satu pelajaran yang I dapat, yang pasti, ia mengajar ana akan erti ketabahan, InshaAllah lepas ni, if ada apa-apa masalah yang macam ni kat tempat kerja ke apa , inshaAllah ana boleh bertahan. tapi tu laa, I rasa malu uols, sebab I tak kuat dalam menempuhi semua dugaan yang lepas. *ohh ayat dramatik lagi* sobbss :') tapi I yakin, semua ni dugaan yang kecik je, masa akan datang nanti akan ada dugaan yang lebih besar. so I kena slow-slow jadi tabah, cuba hidup berdikari tanpa ada sesiapa yang menemani disisi. haha~ ayat hiperbola.tapi betul , seriously I cakap , zaman sekarang ni ,tak ramai yang boleh hidup sorang-sorang, tak ramai yang mampu berdikari..tapi Alhamdulillah Allah dah bagi kekuatan pada ana untuk hidup macam tu. yes,I still have my family, my friends..tapi tak setiap waktu kita bersama dengan mereka. Mungkin pada mulanya ana sedih gilaaaa sebab pergi mana-mana sorang, makan sorang, jalan sorang..tapi sebenarnya, itu laa yang dinamakan hidup. Mati nanti pun sorang-sorang jugak. Haha. but now alhamdulillah , I takde laa rasa sedih ke apa, sebab .. now I pegang macam ni je , Kenapa kita nak sedih kalau buat apa-apa sorang sorang ? padahal Allah ada setiap masa dengan kita, malaikat ada kiri kanan..so , be strong ~ buat rileks je . :) tapi jangan laa pergi jalan malam-malam sorang-sorang.. tu sangat lahh bahaya cik kak oii ! tengok keadaan la kan ? sediakan payung sebelum hujan, yang penting, apa-apa dugaan yang bakal terjadi pada masa akan datang , kita akan mampu untuk melaluinya~ insya Allah..
oh ya , semalam , masa dekat Jalan Tar.. I nampak ramai pengemis , I jumpa ramai budak-budak yang meminta sedekah @ sindiket , I nampak ramai gelendangan tidur tepi bangunan. terfikir, YA Allah, beruntungnya kita, sebab kita ada rumah, kita tak perlu nak meminta-minta..boleh makan apa yang kita nak, boleh beli apa yang kita nak. tengok, Allah dah bagi macam-macam nikmat kat kita. so , bersyukurlah !
Alhamdulillah walhamdulillah ~
Tapi bila buat kerja sorang-sorang ni , terasa nak ada partner pulak, kan kan ? haha..fitrah manusia berpasangan..buat uols yang dah ada suami tu, haa , untunglahh.. :p korang yang ada bf/gf tu..jaga elok-elok batas ye? kalau boleh, jadikan pasangan anda tu suami/isteri yang sah. jangan sekadar buat bf/gf anda macam lampn pakai buang je. haha~
ana tak suka couple, so ana memang tak pernah couple..kawan lelaki pun tak ramai..ada je kawan lelaki, tapi macam tu laa, setakat ni tak jumpa lagi orang yang ana rasa "different feeling" tu. haha~ orang tanya ana, " you nak kawen nanti macam mana ? tak kawan dengan lelaki, nak jumpa jodoh mcm mana? " I just jawab , " takpe, saya boleh mintak tolong abang saya carikan, dia mesti ada ramai kawan-kawan yang baik-baik. :P" HAHA~ tapi betul laaa..suruh abang carikan, dia lelaki, mesti dia lagi tau pasal lelaki ni. lagipun, belum sampai masanya lagi la, dan ALLAH pun tengah jaga ana, dan ana harap Allah jaga bakal suami ana sama macam Allah jaga ana. orang lain dating dgn pakwe makwe, I dating dengan Allah, 5 kali sehari pulak tu. jangan jelly uols ~ :)
p/s : buat bakal zauj , jaga diri elok-elok, nanti awak kena jaga saya pulak. haha ~ *kejam tak ayat?
Ahah ! peringatan kepada sesiapa yang view blog ana, then yang cakap blog ni panjang pulak membebel..aduhaii, ni bukan laa diari ke apa ,tapi nama pun blog, I nak bercerita kat uols, and also , ana anggap ni just sharing sambil ambik iktibar laa ok atas apa yang ana lalui..nama blog pun dah kata hati, so daripada korang kutuk ana , baik korang pergi blogwalking tempat lain, sebab kalau nak cari pasal TV, cari la kat kedi jual TV punya website. dan kalau korang nak baca cerita tentang hidup , haa~ sini laa tempat dia . :D
okayy , konklusinya , hidup ni kena tabah, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah. kita ingat , bila kita ada masalah, ada lagi orang lain yang ada masalah lagi berat daripada kita. ada lagi orang lain yang tak seberuntung kita. apa pun, hidup mestilah diteruskan ! Yakin dengan janji ALLAH. :)
tapi kalau tak tahan sangat tu, menangis lah, sebab menangis ni pun, boleh membantu.jangan pendam dalam hati, kang stress, gila pulak.. okayy ? oraitt ~
"dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
jom zikir !
subhanallah, wa bihamdih..
subhanallahal Aazim..
happy Chinese New Year ~ :)
salam sayang,
faa izmir :)
9 feb 2013
uitm s.alam
11.24 am
No comments:
Post a Comment