bismillahirrahmanirrahim..
insha Allah, kali ni ana nak berkongsi sesuatu yang istimewa , yang mungkin boleh membantu mereka-mereka yang mengalami kesedihan yang sama, yang cuba untuk meniti di sirat dunia..
yang menatih untuk melepasi penjara hidup dan merangkak serta menagih redha Ilahi..
satu warkah dari bumi ambiya' yang banyak membantu ana..Alhamdulillah..
"Assalamualaikum ,
ukhtiku, lihat semula surah Al -Insyirah, mohon Allah
tabahkan hati..
kalau ikutkan perasaan tak puas hati, sedih pada orang lain
terhadap diri kita, memang sampai esok pun tak akan hilang. Kalau kita buat
baik , tapi diorang buat bodoh je, apa susah , abaikan je semua tu. membazir
masa kalau kita fikir pasal orang lain tapi orang tak fikir pasal kita. Kalau
kita cakap pun manusia bangkang, nak buat apa lagi layan ? manusia nak kita
puaskan hati mereka tapi mereka taknak puaskan hati kita? Kiranya mereka
cakap kita ego , kejam semua padahal
mereka yang ego. Kita mana laa mampu nak puaskan hati manusia ni.Awak dah mintak maaf kn ? lepas kan segala-galanya, serahkan urusan tu pada Allah, sebab orang yang meminta maaf dahulu atas segala perkara, ada lah orang yang disenangi para malaikat , juga disenangi Allah. Meminta maaf ni bukan perkara yang senang, kata maaf tu satu perkataan yang sukar untuk diucap, Nampak kan kat sini yang hati awak lembut? :)
tahniah ukhtiku,
sebab walaupun
manusia tak menghargai apa yang awk lakukan, tapi para malaikat mungkin gembira
dengan apa yang awak buat! meminta maaf adalah perkara yang sukar untuk
dilakukan, meskipun bukan sepenuhnya salah awak, meskipun awak terasa dengan
mereka,tapi awak dah minta maaf,subhanallah, awak dah melakukan perkara yang
betul! semoga Allah redho dengan awak, walaupun manusia benci awak..Allahumma
amin.. memang fitrah manusia sejak zaman jahiliah lagi, mereka nak mengambil
sesuatu tapi mereka taknak memberi. Mereka nak kita memohon maaf tapi mereka
taknak meminta maaf. senang je, nasihat mereka, tapi kalau mereka pun jenis
suka tegur orang tapi kalau orang tegur mereka sentap, kita biarkan je
mereka.Senyum je,golongan macam ni letih kalau nak layan. jangan baik sangat la
layan orang macam tu, nanti awak yang makan hati , awak buat salah, mereka
condemn, salah mereka, mereka tak tengok. Tapi awak jangan salahkan mereka, semua ni ujian Allah utk sukat sejauh mana kesabaran awak, bersabarlah, kukuhkan hubungan dengan Allah..walaupun mereka tak suka awak, masih ramai lagi orang lain yang boleh bersahabat dengan awak kan? kita ada berjuta-juta manusia dekat muka bumi Allah ni.Dekatilah orang yang solehah, insha Allah awak akan terpelihara dari segala keburukan, insha Allah..
Ingat,
Allah uji awak sebab Allah sayang awk, dia nak awak dekat
dengan dia, mungkin Awak leka dalam bersahabat sampai awk lupakan Allah.mungkin
amalan awak tak cukup,awk lebihkan sahabat awak drpd Allah, sebab tu Allah uji
mcm ni.So, think positif, lagipun segala yang berlaku ada hikmah,besar pahala
kalau awak sabar, besar ganjaran kalau awak sabar. so, banyakkan bersabar,
banyakkan solat,doa..mohon kekuatan daripada Allah, ni baru sikit, ramai lagi
orang kat luar sana yang ditimpa dugaan yang lebih berat. Jadi ukhtiku, ingat
tiga perkara, Senyum, sabar dan solat . 3S, insha Allah, everything will be
fine.yakin dengan janji Allah, dia bagi ujian yang mampu dipikul oleh hambanya,
jadi awak mesti mampu! be strong , Allahu yusahhilna, insha Allah Amin..
kalau awak rasa orang tak sayang awak, takpe, Allah sayang
awak, Allah sayang hamba-Nya..kalau Allah tak sayang awak, Allah takkan uji
awak, Allah akan biarkan awak lalai..pergi disko,pergi pub apa semua..tapi
sekarang Allah sayang awak, Allah jaga awak, SUBHANALLAH, Allah masih kurniakan
awak segala nikmat dan yang terbesar, nikmat Iman.bersyukurlah atas kurniaan
Allah ni, usap air mata awak , tabahkan hati, bergembiralah, memang dunia
merupakan penjara bagi orang-orang muslim, biarlah awak tak gembira,tak jadikan
dunia sebagai tempat bahagia kerana tempat bahagia bagi awk mungkin di syurga,
Insya ALLah..be strong ! Family awak still sayang awak , sahabat-sahabat awak
yang lain dalam golongan hufaz still sayang awak , dan saya sentiasa ada di
sini untuk menyokong awak, inshaAllah.. :)
saya tahu awak kuat, awak hufazul Quran, awak ada Quran
dalam hati, awak insan yang terpilih,tergolong dalam golongan ulul albab, Awak
ada kelebihan tu, awak patut gunakan kelebihan yang awak ada untuk dekatkan
diri awak pada Allah. bertahan lah, dunia ni kejap je, kematian makin
menghampiri..jangan putus asa sekarang , Allah kan suka hambaNYA yang kuat, so
awak jangan mengalah, awak jangan putus asa ! awak kena jadi kuat, awak kena
buktikan pada Allah taala sebagai cinta utama bahawa awak kuat ! awak kena
contohi kekuatan baginda rasulullah, awak kena contohi kekuatan serikandi
Muslimah, fatimah azzahra, khadijah, sumaiyyah, rabiatul adawiah, dan ramai
lagi muslimin muslimat yang kuat iman, kental hatinya di dunia ni. ganjarannya?
Akhirat kelak..inshaAllah..jadi ukhtiku sayang , la takhof wa la tahzan,
innallaha ma'ana..jangan takut untuk hidup berseorangan, sebab Allah,para
malaikat ada bersama kita. :') ikhlaskan hati untuk redho dengan ketentuan
ilahi, semoga enti menjadi seorang muslimah yang tabah hati , bangkit dari
kelalaian dunia, awak sangat bertuah , bertahanlah, bersabarlah untuk sedikit
waktu lagi, insyaAllah boleh! bersabarlah, tunggu tibanya waktu itu , i will be
there with you , insha Allah.. :)
Allahumma solli 'ala muhammad..Allahu akbar, ku titipkan doa
daripada bumi anbiya' ini, semoga Allah menjagamu.
Salam ukhuwah, salam Mahabbah.
musafirIlahi
5-2-2013 "
p/s : Jazakillahu khairan kathira , :') warkah yang amat menyentuh hati, yang membantu ana bangkit dari keruntuhan emosi, di saat tiada siapa yang mengerti, Allah kurniakan si dia yang sentiasa di sisi.. ya Allah, permudahkanlah..Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allahumma solli 'ala muhammad..ana kongsikan kata-kata nasihat ini kepada antum , moga bermanfaat. :') Allahumma amin..
No comments:
Post a Comment