Jul 31, 2013

Hidup mengajar aku menjadi seorang manusia. Maaf usrah, tidak jadi datang.

Assalamualaikum.

pertamanya,

kepada adik-adik ku di imtiaz sana, maaf kn kakakmu ini janji nak pergi , tapi tak jadi.
Ya, maaf abang long. maaf kak long, dan Qifa juga.kakngah tak datang bersebab, bukan sengaja. ingin sahaja aku sampaikan kata hati pada mereka, tapi tak berdaya. tak mengapa, mungkin esok lusa, ada rezeki kita bakal juga bersua muka.

kepada abang long, saya kagum dengan anak muda seperti anda.
hakikat usia kita berbeza, tapi pandangan kita lebih serupa.
maknanya, zain sudah tua. haha :)) ok gurau , maknanya abang long sudah matang dan dewasa.
sudah layak untuk mentadbir sekolah kita untuk tahun seterusnya. selamat menjadi ketua yang berwibawa.
sekaligus melatih diri untuk memimpin ummah pada masa yang akan datang.
walau dia yang paling skema, tapi kami mesra.
mesra bersama-sama. kerana aku suka @ sering mengusiknya dengan adik kecilku yang juga disana.
mungkin ada yang tidak tahu, ini sebenarnya adik kandung atau apa?ohh mereka bukan adik kandung, perasan kah kalian aku tidak pernah menyebut tentang keluarga ku di di dalam blog ini? ;)
keluarga satu rahsia yang istimewa, tapi mereka ini juga istimewa. kami saudara ~
abang long, ya. sekali lagi. aku sangat suka apabila mendengar dia menyebut ibu-bapanya sebagai 'abi dan umi'.
nanti sudah berumah tangga aku juga mahu guna kalimah itu.
"umi~ abi." ok, dah perasan . dan abang long macam biasa, kalau di usik oleh aku dan qifa, pasti dia tersenyum malu. control skema agaknya. hahaha~

kaklong. Afaf, ini adik kecil kami. kerana kakaknya juga sudah seperti adikku sendiri. nampak sangat aku kakak yang tua. haha. tapi kenapa dipanggil kak long? pedulikan, ia hanya satu nama. nama tidak penting untuk ditafsirkan. Aku janji nak datang berkongsi cerita dengannya, tapi masih tidak bisa datang. maaf ya kak long. sudah ada abang long yang menjaga di sana. kakngah tidak khuatir lagi.haha~ *Sengal.
ohh mungkin pelik mereka kelihatan seperti suami isteri. rileks, mereka bukan couple, bukan bercinta. cuma aku doakan mereka dijodohkan bersama, kerana mereka memang serasi bersama. :)

kepada Qifa, juga aku turut menjanjikan untuk datang tapi tidak kesampaian.
Haduyaii..
semoga tanganmu sembuh, kalau tidak akan ku pinta makcik biru untuk merawatnya. haha.
abaikan kata-kata dusta daripada manusia yang mencela. hidup itu umpama roda kereta yang berputar. bawak kereta ke mana-mana, ada juga suara manusia yang berbunyi. abaikan. mana mungkin kita hidup dalam dunia yang tiada suara kan? oleh itu, untuk apa kita sibukkan diri memikirkan kritikan destructive mereka. lakukan apa yang terbaik untuk hidupmu. chill, be strong. qifa adikku yang hebat. :)

kakngah tak datang bukan sebab kakngah tak rindu.
rindu semua. rindu usrah, rindu RH, rindu jiran2,rindu juga adik-adik nakal GT6 yg lainnya,
*ceh, macam la diorang rindu aku.*
haha. sedih okay..sedih sebab? rindu.
ya, ini agak mengada-ngada, tapi macam tu laa..
mengalir air mata bila tengok semua video dan gambar aktiviti sepanjang tahun dengan budak-budak form 4 2013 ni..
tapi ada aral melintang,
tak dapat hadir.
nak contact korang, korang yang selalu busy.
kakakmu ini free 24 jam tiada kerja.
bila dah balik nanti, hubungilah saya. orite ? ^^

okay, sebab kenapa tidak bisa hadir ya.
pertamanya semalam kan hujan lebat. so susah nak pergi.
kedua, tak sempat. ==" dah nak pergi masjid masa hujan berhenti.
ketiga, baru seminggu tak pergi.

Kawan kakngah kata,
jangan selalu pergi, nanti bila orang dah tak pedulikan kita, orang dah muak tengok muka kita, kita akan sakit hati.

ya. betul tu.

jangan jadi tempat orang amek kesempatan. bukan maknanya jangan buat baik, tapi cuba tengok apa yang benar. aku sendiri takut. kalau selalu datang, orang jadi muak . orang jadi menyampah. orang dah tak ada nilai hormat dalam diri.

"Alahh akak tu, balik hari ni, esok lusa datang balik."

T.T

okayy-okayy.. cuba tak datang sebulan. lalu kita bakal melihat hasilnya.
jika betul mereka sayang aku, mereka akn contact juga. cewahh. yang uia tu senyap tiada cerita.

tak sayang?


*geleng kepala*

okay faa, sabar. *usap air mata*

abg n kak long serta adik qifa mungkin akan cakap.
"kakngah ni memang mengada-ngada."

"ni over sangat sayang , rindu ni kenapa?"

hamboihh.. dah nama keluarga haruslah rindu. keluarga dekat rumah ni, seinfiniti rindunya.
keluarga dekat kempung pun rindu. kan yobo? syahirah tarmidzi @ PB yobo saya! haha.

keluarga dekat imtiaz tu. mesti la rindu juga.

lagipun nama aku farhana. kegembiraan kami maknanya.
memang aku orang yang suka berkasih sayang. suka gembira.
tapi tak bermakna kasih sayang aku tu murah.
tak bermakna kasih sayang aku takde class.

rasulullah bersabda,

tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.

lihat, aku sayang sangat dekat korang..
bermakna aku amat sayang juga pada diri aku sendiri.

mungkin korang yang tak suka sayang orang lain tu, korang tak sayang diri sendiri ?

okayy, ini perlian sinis. mohon tiada yang terasa.

panjang pulak coretan kali ini..
mengada kau faa.
panjang-panjang siapa nak baca?
biarlahh..aku sendiri nak baca bila aku rindu,
bila aku sudah tua..
bila aku nak imbas kembali segala kenangan kita bersama.
yaaa, aku tak suruh pun kalian baca. ini blog aku kisah aku page aku hidup aku cerita aku kisah hati aku kata hati aku..

usrah, aku rindu. :')

alang-alang kita dah tak jumpa sebelum raya.

kakngah nak ucapkan,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin . :)

insyaALLAH lepas raya kita jumpa.
kalau diizinkan Allah..
mudah-mudahahan..

salam sayang.
faaizmir.

Jul 30, 2013

Rindu !

Rindu itu satu perasaan yang menebal dalam jiwa,
membuatkan kau ingin segera menemui jasad atau jiwa yang dirindui.
lantas jika ia dipendam, hati akan mati.. ya, mati merindui.
(faa, 2013)

assalamualaikum ,

selamat berpuasa, sekarang dah fasa terakhir ramadhan. sekejap je masa berlalu kan.
antara sedar atau tidak, selamat memburu lailatul qadr!
dah tua rupanya kita. -.-"

okay, back to the topic. wahai roh-roh sekalian, ini rindu. rindu aku pada mereka yang pernah dikenali.
rindu pada jiwa, rindu pada cinta, rindu pada sanak-saudara, rindu pada pencipta yang Maha agung dan rasulnya.
*bersastera terus.*

Alkisahnya, lepas senyap dengan dia, datang pula satu usrah baru yang menambahkan rindu.
kadang-kadang faa tak suka buat baik dengan orang sebab ni lah, bila tak jumpa, mula rindu.
baru seminggu dua tak jumpa, dah rindu.
walau hakikatnya mereka tak pernah merindui aku.

ya, sudah makin skema aku ini rupanya. T.T

ok, firstly, dah nak raya! ofkoss rindu nak jumpa saudara mara. rindu nak sambut raya bersama di kampung yang indah permai tu.Alhamdulillah, insyaAllah tahun ni kami bakal beraya bersama. :)

keduanya, rindu sahabat-sahabat yang pernah mengenali aku walau di mana sahaja kalian berada. rindu, walaupun sehebat mana aku benci pada seseorang itu, selagi kau bergelar sahabat aku, sumpah aku rindu!

ya, rindu pada sahabat lama,rindu semua guru-guru, lepas raya nanti kita jumpa ya? <3

seterusnya. rindu dia. sahabat aku, kawan sedaerah, kawan sepergaduhan *ada ke ayat ni?*. dulu selalu gaduh bersama sampai cakar-cakar muka, calar balar hati aku dah. dushh. ayat hiperbola kau faa. dia anggap aku adik, aku anggap dia kakak, walau hakikatnya dia lelaki. kami berbasa basi guna bahasa indonesia, kakak tu kan maksudnya abang juga? walaupun aku rasa pada dasarnya aku yg selayaknya dihormati dia kerana perangai aku yang melambangkan aku lebih matang . biarpun dia lahir lebih awal, perangai tak ubah mcm budak kecik. =.="


ini foto kami bertiga, dibelakang itu ada lagi seorang manusia, adik bongsu barangkali, tapi aku selalu buli dia, kerana dia lebih pandai memasak. melayan kerenah kami berdua yang memang dah macam kucing dengan anjing asyik gaduh. kalau dia sentap, aku senyap. turut ikut sentap. lantas yang dibelakang mula bersuara.

"takyahhh nak gaduh sangat laaaa!"

kenangan dulu waktu masih erat ukhuwahnya. sekarang suasana dah tak serupa. kerana dia ego, aku marah. aku sentap, dia ikut jua menyentap. puncanya? perkara kecil , lalainya dia. marahnya aku. lalu kami sudah tidak bertegur sapa sampai sekarang. sampaikan majlis iftar di rumah sahabat kami yg dibelakang itu pun disuruhnya buat pilihan..pilihan sama ada aku atau dia. kalau aku ada dia tidak mahu datang. oh, tegarnya kau, sampai begitu sekali membenci aku, walau hakikatnya aku rindu nak gaduh-gaduh tak matang macam dahulu kala. sampainya hati. kau sikit pun tak rindu aku ea ahmad? sobsss .. *tutup muka guna fan laptop*
pergilah kau menjauh, aku pun nak pergi bawa diri. bawak diri la sangat. pfft. tapi betul ni, tak tipu. aku rindu ukhuwah kita biar slalu gaduh pun. aku rindu persahabatan kita, jangan cemarkan iaa dengan sifat hipokrit manusia yang lainnya. :'( *dah la faa,mustahil la kan, bunga yang digubah kali kedua tidak akan sama dengan gubahan pertama yang indah.



yang ini pula, biarpun dah post sebelum ni. tapi tetap nak mensi, ini usrah baru aku. usrah bersama-sama adik-adik yang hebat. Adik-adik yang aku tinggalkn di imtiaz dan mereka malah membuatkan aku rindu. selain keluarga di rumah, mereka pengubat duka. kami berbeza usia. tiga tahun lagi tua, tapi perangai aku jauh lagi tak matang berbanding mereka. errkk .berbicara soal matured ni, *KIBAR BENDERA PUTIH.
sumpah aku tak matured. bukan apa, kita ikut keadaan. dengan mereka, aku mesra. aku mudah ketawa. dengan orang lain. aku garang macam singa . *kgurau* tapi betul lah, ukhuwah yang terjalin ikhlas kerana Allah itu ikatannya kukuh. buktinya? kami berkenalan atas dasar Quran, atas dasar bersaudara. lantas hati aku jadi makin rindu pada kesemuanya. jangan tak tahu..dalam gambar ini usrah yg terdekat. tapi hakikatnya kesemua mereka di sekolah itu adik-adik aku. bilang saja dari tingkatan berapa. semua aku sayang. semua aku rindu.

rindu yang tersangat, rindu yang teramat.
rindu ingin berjumpa, sebelum diri dimamah usia.
rindu ingin berbicara bersama..
rindu ingin bersua muka.

jaga diri semuanya..
kalian tetap terpatri di hati aku..

salam sayang,
faaizmir.

Jul 27, 2013

apa guna kau hidup sebagai manusia?

assalamualaikum.


hari ini agak beremosi. bukan kerana ribut taufan, bukan jua kerana hujan.
tapi aku tersinggung dengan kerenah insan bernama manusia.
sukar untukku luahkan rasa dendam yang terpendam, tapi hakikatnya kita insan biasa yang hina menanam prasangka.
kau dengan ceritamu dan aku dengan kisah hidupku.
kadang-kadang aku iri dengan mereka yang punya segalanya tapi tak pernah bersyukur dengan segala nikmat didunia, dan masih mempersoalkan apa yang tiada.
sedangkan aku tak punya apa-apa yang bisa membuatkan dunia terpesona.
oh kulawangsa dunia, kumpulan proksa melaung-laungkan kalimat tegar ingin meminta keadilan dimata dunia,
sedangkan kau masih di takuk lama duduk megah tiada guna.

simfoni hatinya pada hari ini berbunyi sayu..
mereka insan kerdil lagi hina tidak berdaya, sedang kau manusia angkuh riak dan sombong berjalan mendabik dada.
sungguh aku benci mengenali insan seperti mu walau darjat kau diangkat oleh manusia tapi kita tetap seteru kerna hakikatnya , aku tetap tidak akan rela tanah ini dirobek oleh jejak kaki angkuh kau wahai manusia durjana.

wahai manusia, ketahuilah bahawa sedihnya hati ini tidak dapat ditandingi walau di kelar dan dirobek berkali-kali kerna ia lebih pedih bahkan lagi pedih daripada itu.. serta bertambah sedih melihat dunia yang merayu minta dibebaskan darpada cengkaman debu dan api bara sengsara.

hari ini aku bertambah sedih,
melihat manusia yang cuba memutuskan tali kukuh satu hubungan saudara...
usah ditanya mengapa hadirnya aku di muka bumi ini ,
kerana aku sendiri yakin dan pasti bahawa dirimu jua mengetahui akan hakikat sebuah realiti..
sungguh aku berpijak di bumi ini terlebih dahulu berbanding kau wahai manusia lantas jangan ditanya mengapa dan mengapa kerana ukhuwah kami tiada dapat kau rasa..tiada dapat kau selami indanhnya melainkan kami sendiri yang mencernanya..

hari ini aku berendam air mata,
kerana punya sahabat sepertimu membuatkan aku lebih dihanyuti tipu daya dunia..
untuk apa aku punyai saudara di depan mata jika fungsinya hanya untuk mencela menghina lantas mengejek serta merobek diri ini yang hanya mampu melihat tanpa berkata-kata..
oh kejamnya kau manusia..
hakikat walau kau kaya harta berjuta-juta tapi hilangnya sopanmu serta perilakumu yang hina itu tambah menghinakan serta baunya lagi hanyir daripada bangkai ikan di tepian pantai. hah, kamu membuatku tertawa dengan kebodohanmu..
apa guna kau kaya raya berkereta mewah segala tapi tidak dapat kau bantu sesama manusia?
Usah hidup di bumi ini jika hak mereka tidak kau tepati. rezeki itu bukan punya kau tapi Dia yang Maha Pemberi..
aku sedih dengan keegoanmu laksana api marak membakar tapi akhirnya kehebatanmu akan terpadam. dan disaat itu, aku akan berdiri sepi berdekatan dengan abu hidupmu,
agar dapat kau tahu tinggi rendahnya langit..

usah kau tanya aku siapa yang bertakhta di hati ini jika kebanyakan daripada manusia itu hidup umpama sang lelaki yang tiada guna.
haruskah aku memilih jika aku melihat lebih banyak kaca daripada intan permata?
wajarkah untuk aku memilih permata sedangkan diri ini tidak berharga sepertinya?
wajarkah aku memilih kaca sedangkan diri ini terasa lebih mulia daripada kilauan durjana yang menyesatkan malah mengaburi mata?
ya, aku tidak punya kuasa untuk menentukan semua itu, lantas bukan tiba masanya lagi untuk aku melaungkan lafaz cinta atau lafaz dusta sepertimu.
kerna hidup itu bukan kerna cinta pada lalainya dunia..
tapi hidup itu berpaksikan fungsi asal tujuan diciptakan diri sebagai abdi yang menghambakan diri sepenuhnya kepadaNya.
hiduplah dikau dalam anganmu..
kelak akan kau tahu mana nilam permata atau manikam..
mana yang haq atau yang batil..
jangan pisahkan aku dengan tetanggaku..
jangan kaburi aku dengan kemewahan mu sedangkan aku tahu walau aku tidak punya kereta mewah seperti mu,
walau aku hanya menaiki kereta buruk milik bapaku..
tapi aku tahu kami punyai apa yang lebih baik dari apa yang kalian ada,
itu membolehkan aku untuk tersenyum sinis,
malang sekali hidupmu wahai manusia..

kepada keluargaku, moga kaliah terus hidup dengan mekar sebagai seorang abid..
kepada usrahku, semoga kalian dapat menyalakan api perjuangan kerna kita pembela ummah,
ya, kita pengubah masyarakat manusia kepada yang gelap menjadi nyala .
semoga kita diberkati dan diredhai oleh nya..


salam sayang,
faaizmir..
beserta linangan air mata.

Jul 21, 2013

Mengarang ! hobi lama yang digilapkan kembali.

Assalamualaikum :)

puasa dah masuk hari yang ke-13.

hobi faa, menulis ~ seorang lawyer yang suka menulis. haha..sekarang ni, menaip lah kan.dah advance. ^^

faa baru je siap cerpen yang kedua. boleh di baca di sini ~

http://kisahsimfonihati.blogspot.com/



btw, diharap semuanya sihat selalu ya. saja je menjengah blog ni. huhu..

selamat berpuasa semuanya. :) semoga dalam keadaan sihat selalu,insyaAllah..

salam sayang.
faaizmir
:)

Jul 17, 2013

GT-6 !

Assalamualaikum ~
Salam ramadhan Almubarak semuanya ya. ^^ Alhamdulillah walhamdulillah, dah dekat seminggu kita semua berada dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Hari ni jgk genap 4 hari faa berada dekat imtiaz. Asalnya, faa tak bercadang pun nak datang. Tapi disebabkan permintaan dan rasa rindu dekat budak-budak dekat sana, so faa datang jugak. J
Kalau nak cerita satu-satu pasal setiap orang, memang sangat lah panjang ceritanya. Faa pulak jenis yang memang mudah mesra dengans emua batch~ boleh masuk geng laa kan.Tapi yang paling rapat dengan faa untuk sekarang ni, batch form 4. Tapi hakikatnya faa x pernah lupakan batch gua7 yang rapat dengan faa tahun lepas. Cuma, maybe diorang busy dengan pmr. So tak berapa nak berpeluang untuk beramah mesra bersama. Macam yb uols.haha..
Okay, bercerita pasal batch form 4 ni, faa rasa diorang yang paling happening, paling gila-gila, paling sempoi dan paling masuk la dengan kepala faa yang memang gila-gila jugak ni.walaupun faa takdela rapat dengan semua orang dalam batch dia, tapi boleh laa..camne nak cakap ea? Ala, boleh laa minum-minum kopi sesame tu..*tetiba* Kalau perempuan, faa rasa faa rapat dengan semua budak batch GT-6 ni .seriously! tapi yang selalu teman faa tido dalam bilik warden tu, yang paling setia, nik dengan yati. Aina dengan epa pun selalu join. Kadang-kadang raja. Okay~ sorang-sorang la ea..firstly nik. Memang daripada tahun lepas lagi baik dengan dia coz nik sporting maa~ manyak baik. Sama la dengan yati. Aina dengan epa pulak dengan sikap bolok dia tu. baca novel yang faa buat sampai jerit-jerit terharu.aisyehh..mardhiah, raja, chaa,dayah,amniyyah,ila,ain,keon,mimi pun semua sporting. :’) sukaa~ ecewah.dan Afaf, antara orang yang rapat dengan faa. Kalau tak rapat takde la faa buat dia jadi watak utama novel faa tu. :D
Okay, kalau lelaki. Faa okay je dengan diorang, macam meynue, kimie,suhail,amir, lamin,lakim , aflah, ampol, shed dan lain2. Pastu faa anggap raja macam adik sendiri sejak kitorang involved dalam debat BM. Ayie pun~ ayie ni macam budak-budak. Faa memang tak tau bila dia nak matured, dengan gaya mulut ikan yang femes dia tu.faa nak tergelak bila ada orang cakap ayie comel, sia p ada budak sekolah luar yang amek gambar dengan dia. Ohmaii..memang patut la, perangai pun macam budak-budak.patut laa comel. Haha.
Then, yang terapat dan  paling rapat, tengku Afif. Tengku Qifa dan Zain Afif . :D Yang ni memang faa sayang macam adik. Kitorang kira dah macam family, dah macam bestfriend laa. Sebab faa banyak involved dengan tengku dan zainul, especially debat BM and forum, so makin lama makin rapat, makin kacip la ore klate oyak. Sebab tu kalau faa datang sekolah, dua orang ni memang akan datang jumpa faa. Sekali dengan ayie . :) terharu laa jugak ada orang nak datang jumpa kita. *tacing sket..sobsss :’)* Tengku jenis yang caring, dia soft hearted, pastu memang baik. Faa kelakar bila dia panggil faa “kak” bila dia bengang. Ada lenggok yang tersendiri kot.haha..Zainul Afif pulak, well, ni sorang lagi watak utama dalam novel. Memang yang ni faa paling rapat sebenarnya.sebab dia macam ada sebahagian criteria yang sama dengan faa. Kitorang memang jenis kuat sastera, ha, pemikiran sama ! afif memang jenis matured. Memang best untuk berdiskusi pasal apa-apa ke, memang faa selesa cakap dengan dia.dia matured, yang pasti faa suka sakat dia dengan afaf. :D banyak benda yang kitorang bualkan bersama-sama. Memang faa rasa yang paling akrab dengan faa setakat ni, kalau perempuan, afaf, yati, nik , aina dengan epa. Kalau laki, Tengku afif Ayie. Mereka~ <3 yang pasti, faa sayang mereka. Memang sayang la kalau belum faa masuk U faa dah plan nak datang tahun depan.haha. Yup, tahun depan diorang dah nak spm. So, gudluck wahai adik-adikku, semoga kejayaan sentiasa di tangan anda. Belajar elok2. ^^ sape2 yang nak sambung usim tu, jumpa anda disana~


Salam sayang,
Faaizmir,
3.30 pm.
17/7/13

2-9 smib

Jul 11, 2013

Jalan menuju ke puncak ! terima kasih ya Allah .

Assalamualaikum~

alhamdulillah walhamdulillah..
selamat berpuasa semuanya yaa .^^

hari ni , faa dapat result UPU setelah dua bulan menunggu.
check skali, blank..sistem busy..
risau jugak..
check punya check,,
dan ini natijahnya~



sebenarnya faa tak berharap, tak jangka langsung dapat usim sebab sebulan yang lalu, memang pasrah taknak sambung law sebab result dapat rendah je. pastu targetnya dapat ukm sebab nak fokus pada linguistik, memartabatkan bahasa melayu~ cewahh. last-last dapat ni, nampaknya kena setting balik niat untuk belajar, takleh malas-malas dah laa~

pagi tadi, pukul 12. 30 tengahari faa check guna sms mulanya, dapat usim. QL04-syariah.pastu check dekat website pulak, dapat yang sama. pasti, usim! amatlah terkejut uols. huhu.terharu pun ada. alhamdulillah. yang pasti, 5 tahun degree sebab kos ni undang-undang syariah dengan sivil sekaligus.
of course bunny sukaaaa faa dpt usim, dekatlah dengan dia, kan sis? huhu~

apapun, alhamdulillah, rezeki berganda di bulan ramadhan.

salam sayang ,
faaizmir~
4.55 pm
homesweethome.

cerita tentang kita ~


Jodoh itu sudah ada, cuma kita tak tau siapa dan bila dia akan hadir dalam hidup kita. Kadang kadang, kita sendiri tak sedar yang dia ada di sekeliling kita. Yang pasti , manusia selalu  tercari-cari sesuatu yang entah bila akan datang.” 

aku merenung kembali setiap bait yang ditulis sebentar tadi di atas sehelai kertas. Sukar untuk difahami sebenarnya, tapi itu hakikat sebenar, dan ayat itu entah mengapa timbul dari benakku. Aku melipat kembali helaian kertas itu lantas menyelitkan kertas itu ke dalam sebuah buku yang dibaca. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. Sudah tiba masanya untuk seorang guru muda yang berusia 19 tahun ini pergi ke dewan makan bagi menikmati makan malam yang disediakan.

 aku melihat skrin telefon nokia c3 yang menjadi peneman setia sejak tiga tahun yang lalu. “takde mesej ke? “ monologku sendirian lantas berjalan menuju ke dewan makan.

“Assalamualaikum kak hana.” Sapa beberapa orang pelajar tingkatan satu sambil tersenyum. Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan dari jauh sudah melambai-lambai. “waalaikummussalam, kenyang makan ?” aku membalas,cuba untuk bermesra. 

“dah, kak hana makan sorang-sorang ke?” bulat mata iman sambil bertanya soalan.
”ye laa, dah ustazah yana dengan ustazah atiya dah takde, nak makan dengan sape lagi kan?” aku membalas sambil ketawa.
“habis tu, kak hana tak makan dengan ustaz syahmi dengan ustaz idin ke?” Tanya iman sambil tersengeh. Dia dengan fakhira memang tak habis-habis menyakat orang.

“banyak laa awak, ustaz dua orang tu pun kan dah keluar. Perli laa tu. Cubit kang baru tau. Ok la, kak hana pergi dulu tau.” Ujar ku sambil kembali mengatur langkah ke dewan makan. 

Setibanya di dalam dewan, kelihatan ramai pelajar sedang menikmati hidangan makan malam mereka. Seperti biasa aku mengangkat penutup saji untuk melihat hidangan apa yang ada. Nasi ayam , menarik juga. Tapi jadi tak berselera sebab makan sorang-sorang. “ makan faa, kalau tak makan kau jugak yang lapar nanti.” Pujuk hati. Perasaanku? Nak menangis pun ada. Tapi dah biasa berseorangan , jadi perasaan itu tak sampai seminit dah hilang.

Selang lima minit kemudian, Cikgu Hanif dengan Cikgu ako datang di meja sebelah, sekadar berbalas senyum melihat mereka. Aku segera menghabiskan makananku. Dari jauh Nik dan beberapa orang pelajar perempuan tingkatan empat sudah mula senyum penuh makna. Ada je tu nak gossip. Entah kenapa, mereka sering cuba memadankan aku dengan cikgu praktikal tu, dan setiap kali juga aku guna ayat aku yang biasa, “kak farhana nak kawen dengan Chinese muslim je la!” Maklumlah, malas nak melayan adik-adik yang nakal tu.

 Selepas menelan tegukan yang terakhir, aku cepat-cepat mengorak langkah untuk pulang ke bilik. Bilikku, tingkat tiga, paling atas dan paling hujung. Tambahan pula, semua dorm dekat tingkat tiga tu kosong. Cuma aku je penghuni tingkat tiga. Sering mereka bertanya, “tak takut ke duduk sorang-sorang atas tu?” Aku hanya mampu senyum. Amir, tengku, Afif dan budak –budak debat yang lain selalu juga ambil kesempatan menyakat aku apabila kami selesai latihan debat pada pukul 3 pagi. Nenek laa, makcik biru la, tapi aku buat tak tau je. Lantak korang lah ye.kak hana letih. Haha.

usai solat isyak , aku mencapai laptop lalu melayari laman muka buku. Kononnya  bosan, tak sampai lima minit dah mengantuk. Lantas laptop comel ditutup dan aku segera naik ke atas katil.
“good night faa.” Monolog hati.

“Aku telah berjanji menyayangimu , lahir dan batinku..
Aku telah berjanji mendampingimu , lahir dan batinku “

Tangan mencapai telefon lalu dicampak ke bawah katil. Alarm lagu wali band yang aku pasang malam tadi memang membingitkan telinga, nak jiwang pun jangan sampai kacau orang tidur. Eh, bukan aku ke yang set lagu tu. Konon muzik kuat , senang sikit nak bangun.

Aku cuba membuka mata. Nampak macam bilik dekat rumah. Bukan bilik dekat imtiaz ni. Oh ya, lupa pulak yang sekarang ni tengah cuti dua minggu. Baru semalam balik daripada kampung nenek. Dah janji nak whatsapp syira,tapi lupa pulak.  Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aku segera bersiap lantas menunaikan solat subuh. Usai solat, aku kembali duduk di birai katil. Teringat tentang interview IPG yang tak dapat pergi sebab sijil spm tak dapat. Sampai sekarang jugak laa raja haris dengan amir muzakkir tu perli aku. Padahal dia tak sedar yang aku tak pergi interview tu sebab nak ajar diorang debat jugak. “hey budak-budak, you owe me ! “ aku menjerit dalam hati. Sekarang ni orang ramai tengah busy dengan UPU fasa dua, tapi aku masih tak tahu nak ambik course apa. Aku nak mohon law dengan English. Tu je kot.karang mintak yang pelik-pelik, dapat yang pelik-pelik tu tak ke naya je aku nanti. “Tawakkal, istikharah faa! “

Malas nak fikir panjang, buku ‘Chicken soup for teenage soul’ segera dicapai. Aku menyambung bacaanku.

24 jun 2013,  setiap yang berlaku ada hikmah , pastinya hikmah itu satu petunjuk daripada Allah untuk menyedarkan kita. Pendrive hilang, Alhamdulillah dah jumpa.”

Usai latihan forum malam tadi , aku dan adik-adik forum bergerak ke dewan makan untuk minum malam. Aku melihat ayie dari jauh, lantas memanggilnya kemari.

“ ada apa kak hana?” soal ayie.
“mintak tolong panggil raja boleh? Pintaku sambil tersenyum.
 Ayie segera berlari keluar daripada dewan makan manakala aku melangkah ke belakang dewan,menuju ke cafe sekolah untuk membeli air.
“ayu, ambik la air ni, kak hana belanja.share dengan humaira’.hehe”
“betul ke kak hana?terima kasih.” Ayu tersenyum sambil memilih ice blended yang diingininya. Aku mengambil dua gelas air lalu membayar kepada pekcik yang menjual. Lantas aku menuju kembali ke meja makan.
“Afaf, kunci bilik kak hana mana?” soal aku sambil meneguk air.

“Ada, dekat poket beg kak hana tu” izzah menjawab bagi pihak Afaf.

Cari punya cari, sampai petang esok pun masih tak jumpa dengan pendrive aku tu. Bukan apa, pendrive cikgu aini. takut jugak kalau hilang. 

Sampai la waktu makan malam, aku, afaf dengan izzah duduk dekat meja makan di dewan makan. Kitorang panggil Afif,kononnya nak mintak tolong dia buat pengumuman.mana lah tau ada budak lelaki yang jumpa ke.
“kenapa kak hana?” soal afif sejurus tiba.

“ni , afaf nak cakap.” Jawabku ringkas sambil melihat kearah afaf.
“boleh tak mintak tolong buat pengumuman ,sape jumpa pendrive kak hana, bagi ke izzah.” Afaf menjelaskan kepada Afif tentang situasi kami.

“laa,pendrive merah?jangan risau la,ada dengan saya.syatibi jumpa malam tadi.”
“Apa?kenapa tak bagitau awal-awal?” soalku terkejut. Punya laa kami cari merata, patut la tak jumpa, sebab ada dengan dia.
“zainul afif!!!!!!” laung ku.

“rilek laa kak hana.” Jawab Afif, sambil tersengih menggaru kepala.
“awak tau tak afif, afaf nangis tadi sebab cari pendrive tu.” Aku berkata sambil membuat muka serius.

“ye ke? Rasa bersalah pulak saya. Dah tu macam mana ni kak hana?” Afif mula kelihatan gelisah.dia memandang kearah afaf. Afaf melihat kearahku lalu aku mengenyitkan mata.
“afaf, psyko done! Haha~


Antara kita tiada rahsia ..susah dan senang tetap bersama, terpatri namamu..kau takkan ku lupa..

Tadi ada latihan forum, macam biasa, yang bercakap sudah tentu panel-panel. Sedang aku dalam masa yang sama turut membantu melatih adik-adik tingkatan satu membuat persembahan choral speaking di hadapan bilik kaunselor. Dengan gelagat budak-budak kecik yang comel dan nakal tu, hatiku jadi senang. Rasa kelakar je tengok diorang. Comel je semuanya. Lepas choral speaking, aku melangkah menuju ke tempat peserta forum berlatih.
“camne, semua okay dah?” soalku.
“okay je. Cuma nak baiki sikit je dah ni.” Afaf menjawab.
“kak hana, jom snap gambar!” tengku mengajakku sambil membuka webcam yang terdapat dalam laptop.
“orite~”
Aku, tengku dan ayie kebetulan memang suka bergambar, kami membuat pelbagai gaya yang mendatangkan tawaku.memang budak-budak ni kelakar.sungguh, aku rasakan ini keluarga keduaku yang bahagia. Usrah saidah,J dan sudah pasti, aku merindui keluarga ku di rumah. Usai bergambar dengan ayie dan tengku, aku mengajak afif, afaf,izzah dan yang lain-lain untuk turut bergambar.sayangnya, Raja haris tiada bersama-sama kami. Sungguh, aku bahagia.terima kasih ya Allah. 

 Jerebu begitu teruk melanda Malaysia.ustaz wahab mengingatkan kami untuk memakai topeng muka bagi mengelakkan penyakit. Pakai purdah pun boleh. Purdah? Macam menarik je.

“epa , ayie , meh sini jap !” aku menahan tawa.
“apa kak hana?” soal ayie sambil mengemas buku-bukunya.
“sebelum balik, meh la ambik gambar dengan kak hana,bila lagi kan?”
“oh okay.” Epa segera mendekatiku.
 Terasa seperti berdiri di tengah-tengah sepasang kembar. Epa dengan ayie memang mempunyai muka yang seiras dengan perangai yang agak keanak-anakan.
“so sweet!” ujar nik sambil ketawa.
  Aku menyusun langkah menuju ke bilik bilik guru untuk mengambil fail yang tertinggal di sana. Tambah pula, ingin melihat latihan adik-adik choral speaking sebelum mereka bertolak ke Dungun bagi program penutup ulul albab. Di hadapan bilik kaunseling, aku terserempak dengan Raja Haris.
“raja, sombong ah skarang”
“mana ada, kak yang busy sangat sekarang ni.”
“eh, kak hana pulak yang salah,awak tu yang senyap je.”
“ala, rilek la Raja Farhana.”

 Raja farhana? Aku tersenyum. Teringat kembali  saat ketika aku melatih raja untuk debat bahasa melayu. Ketika itu, aku, raja, afif, tengku, amir dan syarhan sedang berlatih sehingga lewat pagi di bilik mesyuarat. Raja bertanya kepadaku sama ada aku ingin menjadi kakaknya atau tidak sebab dia tidak mempunyai kakak, lantas aku bersetuju. Begitu juga dengan tengku. Oleh kerana aku tidak mempunyai kakak, lalu aku menyuruh tengku menjadi kakakku. Nasib baik dia tak jadi lembut. Yang pasti, afif jadi abi.Sejak itu bermulanya kisah kami sebagai satu keluarga. Raja tengku farhana. Tak pasal-pasal dapat gelaran diraja. Haha~
“Raja, kak hana nak berhenti dah ni.”
“kenapa? akak ni, cepat putus asa la.”
“mana ada putus asa la, akak nak duduk rumah dengan family la pulak.”
“dah tu, takpe la.nanti bila-bila free kita gi rumah kak , dekat je. Boleh la gi dengan suhail, amir semua.”
“lai-lai~ jemput datang, haha”
“sungguh ni nak berhenti?”
“ya, mintak maaf banyak deh?”
“takde apa laa.”


ku biar kalam berbicara, menghurai maksudnya dijiwa,agar mudah ku mengerti segala yang terjadi, sudah suratan ilahi..ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala, keresahan di jiwa tak pernah ku ingini...4 julai 2013

“ Awak nak berforum ke nak berlakon? pergi balik la kalau nak main-main.” Aku berasa amat marah. Apa masalah budak-budak ni? orang nak berforum dia pergi berlakon. Ni bukan teater.
“kak sibuk ni kenapa? serabut je la akak ni!” tiba-tiba afif membidasku.
“eh zainul, jangan nak kurang ajar sangat la!” balasku geram.
“ suka hati aku la.” Ujarnya lalu segera berlari keluar. Menambahkan bara kemarahan di hatiku. Terasa sedikit hampa bila adikku yang dahulunya seorang yang baik bertukar menjadi biadab macam tu. Selang beberapa minit, dia masuk semula ke kelas bersama-sama beberapa orang lelaki lain yang nakal. Mereka cuba mendekatiku lalu memukul aku menggunakan sebatang besi.

Aku cuba menahan diri daripada terkena pukulan itu. Terasa tangan ku pedih. Aku melihat kea rah tangan kananku, kelihatan garis luka panjang yang membuatkan darah membasahi tanganku.
“zainul afif !” jeritku geram bercampur sedih. Tengku dan yati datang menghampiriku. Tiada makna untuk aku terus melatih mereka. Bagiku, tak guna aku terus berada di sini jika mereka sendiri sudah tidak mengakui kehadiranku.dunia sekeliling kelihatan mula bertukar ,enjadi gelap. Aku pasrah,tidak mahu membuka mata. seakan-akan ini pengakhiran bagi sebuah cerita.

“assalamualaikum, kak hana..”
Kedengaran ketukan di pintu. Aku membuka mata lalu menuju ke pintu. Daun pintu dikuakkan sedikit.
“eh, Afaf..” rupanya aku masih lagi hidup di dunia nyata.
“Kak Hana, dah pukul 7 pagi ni, kitorang nak berlatih forum, tunggu kak hana la ni.”
“eh, sorry afaf..pergi la berlatih dulu, nanti kak hana turun secepat mungkin deh?”
 Afaf tersenyum ke arahku. Lalu dia meminta izin untuk pergi. Aku segera beristighfar. Mimpi rupanya. Nasib baik mimpi. Lega aku melihat afaf di dunia yang nyata. 

Terbukti bahawa Afif masih lagi Afif yang dulu. Aku ketawa kecil. Nasib baik tak peluk afaf tadi. Ni la akibatnya kalau tidur lepas subuh. “fuh, lega.” Monologku sendirian.
 Kaki ku melangkah memasuki dewan makan dengan muka yang tidak beremosi.

“nampak sangat muka baru bangun.” Ujar tengku sambil tersengeh ke arahku, diikuti ayie yang sedang berforum di hadapan.
Aku segera mengeluarkan handphone c3 lalu memainkan suara cengkerik.
“krik-krikk”
“tak lawak la kak.”ujar tengku sambil membetulkan kacamatanya.
“krikk-kriikkk”
“elok sangat la pasang benda tu?” soal tengku, mula bengang.
“krikk-krikkkkkk” aku selamba memainkan suara cengkerik itu berulang kali sambil menahan tawa.
“kak !!!” jerit tengku sabil membulatkan matanya ke arahku.
“gurau je laaa! “ ujarku sambil ketawa. Semua yang ada di situ turut ketawa melihat telatah kami.

Aku memandang kearah Afif yang berada di barisan hadapan.
“Afif , mengantuk lagi ke?” soalku melihatkan pada wajahnya yang agak lesu. Dia mengangkat kening.
“biasa dah,pagi-pagi takde semangat lagi, nak panaskan enjin baru ni.” Ujarnya lalu tersenyum.

“tengok afaf, bersemangat je pagi-pagi macam ni kan?” aku mengusik Afif. Sebut saja nama afaf, mesti dia akan tersenyum. Maklumlah, bila hati mula berbunga.
Hari ini pertandingan forum peringkat akhir. Sebelum kami mempersembahkan forum, aku menemani tengku ke surau SMK Bukit Payong untuk solat dhuha. Semasa berjalan menuju ke surau, kedengaran seorang pelajar lelaki disitu menjerit.

 “hensemnya!”

Aku menahan tawa. Sudah pasti budak itu maksudkan tengku. Ye la, takkan aku pulak yang hensem. Setibanya kami di dewan utama, aku memberitahu ayie akan perkara tersebut. Ayie ketawa mendengarnya. Tengku memasamkan muka tanda tidak puas hati. Seronok pula menyakat tengku.

Ayie, afaf, Afif dan mimi membuat persembahan selama dua puluh minit. Usai berforum, mereka kembali semula ke tempat duduk. Jika pada awalnya ayie yang duduk di sebelahku, kali ini Afif mengambil alih tempat ayie. Ayie kelihatan tidak bersemangat kerana ketika berforum tadi, dia terlupa skripnya.

“ayie, berdebar ke tadi?” soalku cuba mengubah suasana mendung.
Ayie hanya mendiamkan diri. Aku melihat kearah zainul yang tersenyum.
“hebatlah afif, tak bergerak pun kerusi tu.” Usikku.
“saya tahan tadi, taknak bagi berpusing”
“haha, baguslaa.” Ujarku tertawa.

“shhh..” teacher syafinaz menegurku. Aku dan Afif tersenyum. Mungkin suara kami terlalu kuat. Sekarang sekolah Tengku Mahmud sedang membuat persembahan. Aku tersengih.
“kak hana nak berhenti betul-betul ke?” Afif bersuara perlahan, sekadar berbisik memandangku.

“ada ke orang berhenti main-main?”
“jangan la berhenti kak, kak takde nanti sunyi kita.”
“tapi adik kak hana dah tunggu kak hana dekat rumah tu.”
“kak balik, pastu datang balik lepas lepas tu..boleh?”
“tak janji laa afif,rilek laa.” Aku membalas sambil tersenyum.
“setara kita sedih kak nak berhenti, tak tau la kalau afaf tu, nangis kot.”
“ye ke sedih?”
“kak, kalau boleh nangis, kita nangis. Mujur takleh nangis je ni.”
“Alaa,rilek laa.” Aku ketawa, cuba untuk menahan sebak. Diikutkan hati rasa macam nak nangis dekat situ je. Tapi aku cuba untuk mengubah topic. Malu kot nangis depan anak murid.
“Afif, tengok depan tu, ada banyak bunga. Kalau awak , awak nak amek bunga yang mana satu?”
“bunga mana satu kak? Yang atas ke kat tepi tu?”
“mana-mana laa, pilih laa satu, mana tau nak bagi afaf ke?”
“takpe la kak, kita nak pilih bunga yang ada dekat bawah ni je, taknak dah yang lain.” Ujarnya sambil memandang kearah afaf.
“ehem, sweet laa pulak.haha.” aku ketawa sambil memandang afaf yang khusyuk menonton peserta yang sedang berforum di atas pentas. Nasib baik dia tak dengar, kalau tak ada muka yang merah nanti.
“Afif. Cuba tengok afaf tu, kalau dia suka awak, dia akan pandang sini.” Aku cuba mempengaruhinya. Dia begitu bersemangat memandang kearah afaf.
“ dia tak suka awak pun. Sabar ea?” aku cuba menyakatnya setelah beberapa ketika, afaf tidak berpaling.
“kak. Dia tengah khusyuk tengok orang bercakap atas tu.cuba kalau saya pegang microfon dekat sini, mesti dia pandang saya jugak” Afif cuba membela dirinya. Aku menahan tawa.
“okay, kita cuba sekali lagi..kaau afaf suka awak, dia akan tengok sini. Bismillah..” bisikku sambil memandang kearah afaf.
Tak sampai dua minit, afaf memandang ke arah kami. Aku tersengih melihat Afaf dan afif yang saling berpandangan. Mungkin kerana malu dilihat olehku, afaf memalingkan semula muka ke depan sambil tersenyum.
“ehem , Afif, kan dah cakap.”
“ala, tu akak yang sengeh tengok dia dulu, dia tengok sini sebab akak tengok dia.”
“alaa Afif, takyah nak cover malu sangat laa.”
Aku ketawa lalu memanggil ayie.
“ayie, orang kat tepi kita ni, hatinya sedang berbunga-bunga!”
Afif tertunduk malu.

 Usai solat maghrib, aku mengajak nik dan mimi ke bilikku. Sambil berbual , aku mengemas semua pakaian yang berada di almari.
“kak hana memang nak balik taknak datang dah ke?” soal nik melihatkan keadaan almariku yang kosong.
“Ye la kot.dah nak puasa ni, puasa dekat rumah la pulak.dah 5 tahun puasa dekat imtiaz.” Ujarku berseloroh.
“tapi tu lain, tu sebagai student, tahun ni sebagai guru.”
“ala, nanti bila-bila kak hana datang laa dua tiga hari kat sini.”
“betul ni kak hana?” ujar mimi sambil melihat ke arahku.
“betul laaaa! insyaAllah.” Aku tersengih melihat gelagat dua orang gadis yang comel itu.
 Selepas makan malam di kantin. Aku naik ke tingkat satu lalu menuju ke bilik nik. Kebetulan yati, raja, mardhiah , dan beberapa orang lagi pelajar tingkatan 4 sedang berbual. Aku turut tumpang sekaki.
“ada sorang ni kan, dia suka perempuan ni, tapi tak pernah bagitau pun. Tapi ayat dia memang sweet laa.” Ujarku membuka bicara.
“dia cakap macam mana kak hana?” Tanya epal dengan penuh minat.
“kak hana suruh dia pilih bunga yang ada dekat taman, tapi dia taknak, dia cakap dia nak bunga yang satu tu je.”
“sape?” yati membulatkan mata.
“cuba teka?” balasku sambil tersenyum nakal.
“selalunya zainul yang suka buat ayat sastera macam tu” raja mencelah.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
“Kak Hana! Sweetnyaaa! “ ujar Epal.
“rilek laa epal, jangan pengsan pulak.”
“sweetnyaaa! Saya nak jugak gitu.” Ujar epal sambil tersengeh..
“nak jugak? Meh kak hana Tanya ayie nanti ea?
“eh jangan kak hana ! gurau je la.”
 Aku ketawa geli hati melihat gelagat mereka. Tapi hakikatnya memang ayat-ayat zainul sering membuatkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya berbunga. Tengok la sape cikgu dia. Monologku sendirian.


 “Riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan bercerita..walau sesekali pandangan kita berbeza, angannya tetap serupa..ada kalanya kita jugak saing terluka..namun di akhirnya, kita tetap bersama..”- 5 july 2013

Usai solat zohor, aku segera mengangkat barang-barang yang telah dikemas pada malam sebelumnya ke tingkat bawah.
“beratnya beg ni.haduyaii..” monolog ku sendirian.
Setibanya dibawah, kelihatan pelajar-pelajar perempuan berjalan menuju ke asrama daripada surau.
“kak hana nak balik dah?’’ mereka menyapaku sambil bersalaman.
“ye la, ni kan hujung minggu, wajiblah balik.dah rindu rumah ni. Hehe.” Jawabku ringkas sambil tersenyum.
Aku tidak memberitahu mereka secara umum bahawa aku ingin berhenti dn pulang ke rumah untuk tempoh waktu yang agak lama. Jika diberitahu pun, mereka tidak akan pernah faham akan hakikat sebenar perasaan seorang anak muda belia seperti aku. Mungkin mereka menganggap aku seorang yang tidak berperasaan. Sebenarnya, aku pun letih berada di sana bersendirian.
“okay,cukuplah berdramatik sendirian.” Monolog sang hati.
Afaf datang menghampiriku. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam lantas aku menyambut hulurannya dengan mesra.
“kak hana nak balik dah ke?”
“aah. Tunggu ayah datang ambik je ni.”
“lepas ni datang balik kan?”
“insyaALLAH.”
“sedihlaa kak hana takde.”
“rilek laa..zaza kan ada.”
Aku ketawa sambil melihat muka afaf yang merona merah. Malu la tu kena usik. Dari jauh kelihatan bapaku sudah tiba. Aku mengangkat bagasi ke dalam bonet kereta, dibantu oleh afaf, mimi dan epal. Kami bersalaman, lalu aku melangkah masuk ke dalam kereta. Roda pacuan itu mula bergerak meninggalkan imtiaz. Aku melambaikan tangan seraya tersenyum ke arah mereka.

“selamat tinggal.....”  

cc :