Jul 27, 2013

apa guna kau hidup sebagai manusia?

assalamualaikum.


hari ini agak beremosi. bukan kerana ribut taufan, bukan jua kerana hujan.
tapi aku tersinggung dengan kerenah insan bernama manusia.
sukar untukku luahkan rasa dendam yang terpendam, tapi hakikatnya kita insan biasa yang hina menanam prasangka.
kau dengan ceritamu dan aku dengan kisah hidupku.
kadang-kadang aku iri dengan mereka yang punya segalanya tapi tak pernah bersyukur dengan segala nikmat didunia, dan masih mempersoalkan apa yang tiada.
sedangkan aku tak punya apa-apa yang bisa membuatkan dunia terpesona.
oh kulawangsa dunia, kumpulan proksa melaung-laungkan kalimat tegar ingin meminta keadilan dimata dunia,
sedangkan kau masih di takuk lama duduk megah tiada guna.

simfoni hatinya pada hari ini berbunyi sayu..
mereka insan kerdil lagi hina tidak berdaya, sedang kau manusia angkuh riak dan sombong berjalan mendabik dada.
sungguh aku benci mengenali insan seperti mu walau darjat kau diangkat oleh manusia tapi kita tetap seteru kerna hakikatnya , aku tetap tidak akan rela tanah ini dirobek oleh jejak kaki angkuh kau wahai manusia durjana.

wahai manusia, ketahuilah bahawa sedihnya hati ini tidak dapat ditandingi walau di kelar dan dirobek berkali-kali kerna ia lebih pedih bahkan lagi pedih daripada itu.. serta bertambah sedih melihat dunia yang merayu minta dibebaskan darpada cengkaman debu dan api bara sengsara.

hari ini aku bertambah sedih,
melihat manusia yang cuba memutuskan tali kukuh satu hubungan saudara...
usah ditanya mengapa hadirnya aku di muka bumi ini ,
kerana aku sendiri yakin dan pasti bahawa dirimu jua mengetahui akan hakikat sebuah realiti..
sungguh aku berpijak di bumi ini terlebih dahulu berbanding kau wahai manusia lantas jangan ditanya mengapa dan mengapa kerana ukhuwah kami tiada dapat kau rasa..tiada dapat kau selami indanhnya melainkan kami sendiri yang mencernanya..

hari ini aku berendam air mata,
kerana punya sahabat sepertimu membuatkan aku lebih dihanyuti tipu daya dunia..
untuk apa aku punyai saudara di depan mata jika fungsinya hanya untuk mencela menghina lantas mengejek serta merobek diri ini yang hanya mampu melihat tanpa berkata-kata..
oh kejamnya kau manusia..
hakikat walau kau kaya harta berjuta-juta tapi hilangnya sopanmu serta perilakumu yang hina itu tambah menghinakan serta baunya lagi hanyir daripada bangkai ikan di tepian pantai. hah, kamu membuatku tertawa dengan kebodohanmu..
apa guna kau kaya raya berkereta mewah segala tapi tidak dapat kau bantu sesama manusia?
Usah hidup di bumi ini jika hak mereka tidak kau tepati. rezeki itu bukan punya kau tapi Dia yang Maha Pemberi..
aku sedih dengan keegoanmu laksana api marak membakar tapi akhirnya kehebatanmu akan terpadam. dan disaat itu, aku akan berdiri sepi berdekatan dengan abu hidupmu,
agar dapat kau tahu tinggi rendahnya langit..

usah kau tanya aku siapa yang bertakhta di hati ini jika kebanyakan daripada manusia itu hidup umpama sang lelaki yang tiada guna.
haruskah aku memilih jika aku melihat lebih banyak kaca daripada intan permata?
wajarkah untuk aku memilih permata sedangkan diri ini tidak berharga sepertinya?
wajarkah aku memilih kaca sedangkan diri ini terasa lebih mulia daripada kilauan durjana yang menyesatkan malah mengaburi mata?
ya, aku tidak punya kuasa untuk menentukan semua itu, lantas bukan tiba masanya lagi untuk aku melaungkan lafaz cinta atau lafaz dusta sepertimu.
kerna hidup itu bukan kerna cinta pada lalainya dunia..
tapi hidup itu berpaksikan fungsi asal tujuan diciptakan diri sebagai abdi yang menghambakan diri sepenuhnya kepadaNya.
hiduplah dikau dalam anganmu..
kelak akan kau tahu mana nilam permata atau manikam..
mana yang haq atau yang batil..
jangan pisahkan aku dengan tetanggaku..
jangan kaburi aku dengan kemewahan mu sedangkan aku tahu walau aku tidak punya kereta mewah seperti mu,
walau aku hanya menaiki kereta buruk milik bapaku..
tapi aku tahu kami punyai apa yang lebih baik dari apa yang kalian ada,
itu membolehkan aku untuk tersenyum sinis,
malang sekali hidupmu wahai manusia..

kepada keluargaku, moga kaliah terus hidup dengan mekar sebagai seorang abid..
kepada usrahku, semoga kalian dapat menyalakan api perjuangan kerna kita pembela ummah,
ya, kita pengubah masyarakat manusia kepada yang gelap menjadi nyala .
semoga kita diberkati dan diredhai oleh nya..


salam sayang,
faaizmir..
beserta linangan air mata.

No comments:

Post a Comment