Nov 17, 2013

Rasa Bahagia dalam duka. Jiwang sekali dua kala~ Untuk awak..

Assalamualaikum.

Baru tukaq lagu untuk blog. malam ni malam jiwang sedunia. hahahaha. kalau rasa ada penyakit loya nak muntah mohon uols jangan la teruskan membaca. haihh.
faa tak tau pasal apa laaa semua orang duk habaq pasal nikah malam ni.
wolf ke, orang tua ke, miya, wani, semua laaa. normal kot. haha. malam ni rasa tenang. mungkin efek berjalan jauh luas pemandangan. ayat terbelit. abaikan. lol. :p

mohon tahu, disaat ini faa tidak punya calon untuk bernikah.
eh lupa, sudah punya, tapi tak tahu siapa.
boleh jadi dia, boleh jadi kamu, boleh jadi siapa-siapa. kerna jodoh itu dah ada. lalu untuk apa dikhuatirkan lagi?
sabar saja aku.
buat awak,dia, she, he, mereka semua dah jumpa la cinta mereka. dah ada suka siapa-siapa. dah dapat feedback daripada orang yang mereka suka. ada diantaranya sudah berjanji untuk saling hidup semati walau belum dikhitbah. ada mereka yang sudah saling mengenali bahkan sudah punya niat untuk menyatukan hidup yang dua.
tapi saya belum jumpa awak.
awak, siapa pun tak tau laaa. haihh. "hang sapa? awat maii lambat sangat datang jumpa cheq? "

maka jawab si jejaka : " saya pergi cari bekalan dunia dan akhirat untuk tanggung awak sampai syurga"

*cair, pengsan sesaat*

faa : 'kenapa lama sangat cari ? datang la awal2, kita boleh cari sama-sama kan?"

dia : mana boleh, awak kan bidadari saya. saya nak bagi yang terbaik untuk awak.

faa : "awak.. :') "



lol, ni skrip drama dalam novel faa. hahaha. mohon jangan gelak. buat awak, whoever u are, i will wait, until thousand years, no matter how long, no matter how far we are apart..trust me, i do ....
jiwang faa?
lantak pi la. blog faa. hahaha. bukan faa jiwang dengan pakwe pun kay? ni future husband.
senang, lepas kawen nnti faa bagi dia link blog je.

"abang baca je lah blog sy tu, sy nak tido." hahahaha. jiwang ke camni? luls. sorry FH (future husband)

kenapa faa kasar sangat?
haihh, biarlah. biar kasar dengan semua.
sebab lembut aku hanya di depan dia.
manja aku hanya bila bersama dia.
kerana yang istimewa itu semua untuk dia.
saya simpan semua untuk awak.
harap tiada yang kurang.


faa bukan la baik sangat.
faa tak kisah kalau dapat husband sama perangai macam faa. lagi gila-gila lagi bagus. kita boleh buat banyak benda bersama. kita boleh kongsi semua cerita tanpa bosan hingga tua.
kita boleh saling bergelak tawa tanpa duka.
boleh gaduh mesra tak kira masa.
sweet-sweet saya, hanya dengan abang :))
jahat kejam saya, saya buli orang lain. haha~
berbaloi juga faa jaga hati semata-mata untuk awak.
walaupun faa mudah suka orang, tapi faa tak layan perasaan tu. sebab faa nak bagi awak cinta high class. lol.
mohon terima saya seadanya. kalau rupa dan harta yang awak cari? awak bukan jodoh saya maybe. 
sebab saya tak lawa, saya tiada harta berjuta.
tapi, kalau awak sanggup terima saya seadanya, saya akan pastikan awak tak akan pernah berdoa untuk mendapatkan bidadari syurga selain saya.
dan saya akan pastikan awak tak akan rasa menyesal kerana punyai saya. dan saya akan pastikan awak akan selalu bahagia.
okay, ni ayat cliche.
hewhew :3 ala. Enchik Suami, awak siapa? :'(

Faa tak kisah kalau awak ada ramai kawan perempuan. sebab faa pun ada kawan lelaki. tapi faa akan pastikan semua kawan lelaki faa tahu yang hanya awak satu-satunya lelaki yang faa cintai dari dulu kini dan sampai syurga.. dan faa amat suka kalau awak buat benda yang serupa. haha :p
kata orang , kita akan dapat jodoh yang contra untuk saling melengkapi. dan kita akan ada banyak persamaan juga.
harapnya, apa yang baik itu lah ya awak?


awkward juga ya bila dah jiwang sorang-sorang ni.
FH nya tidak tahu siapa.
okay, rilek dulu ye awak. saya nak cari ilmu banyak-banyak.
mohon izinkan saya untuk berbakti pada keluarga dahulu,
kerna saya akan menghabiskan baki masa itu dengan awak. :D
wah gituu~

Faa sendiri tak faham apa yang faa cuba nak cakap ni. lagu ni kena dengan mood faa sekarang kot.
senyum sampai ke telinga bila fikir pasal FH. walaupun tak tahu siapa gerangannya, faa dah dapat bayangkan kebahagiaan yang bakal menjadi milik kita. <3

satu tugas berat awak nanti, even awak bukan hafizul Quran, saya nak awak guide saya untuk maintain kan hafazan saya. nanti boleh la kita masuk syurga sama-sama kan abang?

baiklah abang Unknown.

semoga bahagia di sebelah sana.

semoga akan tiba jua masanya. cepat atau lambat, tawakkal ilallah.
saya suka dia, FH saya.
walau saya tak lagi kenal, tapi dah terbit rasa sayang. dan saya akan terus menunggu.
dramatik seyh ayat. tapi betul. saya maksudkan. haha~

 ku Titipkan rindu pada angin, 
Moga Allah akan menyampaikannya tepat ke dalam hati insan yang bernama kekasih. walau siapapun dia, mohon Di jaga ya Allah.
Mohon dipermudahkan urusannya, mohon dikuatkan imannya.mohon bahagiakan dirinya. mohon dia dapat apa yang terbaik dalam hidupnya. :) mohon beri yang terbaik buat kami.mohon dapat dijaga dia dari fitnah-fitnah dunia.


ok dah, cukuplah sampai disini.
makin lama, makin berdebar rasa hati. mengapakah?
berdebar sangat. blushing.

kak bie : bakpo meroh muko farhana?
faa : ntah , panas kot bilikni kak bie.,hewhew.

dah la. cukup lah . nanti cair kat sini, camnaa nak uruskan hal LPQB esok.

tapi betul , rasa berdebar.

sebab cakap pasal soal hati, rasa seperti dia juga menyapa dengan angin rindu.

Allah , aku Cinta.

Kenangan Terindah. <3

faa pernah cakap dekat kawan faa,

" nanti lepas akad nikah, aku nak cubit pipi husband aku"

              "eh kenapa?"

"sebab dia datang lambat sangat. kenapa you dtaang lambat sangat ni? dah lama i tunggu tau !"

                         "haha kejam faa."

:haha~ gurau je lah. :p

video siyahi - KL tour 17/11/13




eh eh , rasa hati makin berdegup kencang.
Allahumma zawwijni zaujan solehan..Amin.
faaizmir,
18/11/13
1.15 am



No comments:

Post a Comment