rindu >.<''
heyhey..rindu sape ?
ni haa, rindu budak-budak imtiaz. junior-junior.
rasa macam dah lama tak pergi sekolah. sape tak rindu kan? terutama sekali usrah tu.
sebab, budak-budak lain dengan faa dah makin hambar. GT6 yang dulu macam sporting sekarang dah hambar.
GUA7@jilul mansyud yang dulu rapat umpama family besar pun sekarang dah hambar.
sekarang, dengan usrah pun makin lama makin hambar. sebab?
semua dah ada senior lain. (T.T)
malahan, kawan yang dulu rapat pun sekarang dah hambar. Apa maksud hambar? Hambar ni, maksud dia, macam dah tawar. ukhuwah tu dah tak serapat dulu. kalau dulu , selalu contact each other, selalu tanya khabar. hari-hari mesej ke apa ke, sekarang dah kurang. bukan setakat kurang, dah tak contact terus. dulu kalau jumpa je excited, sekarang kalau berselisih bahu pun dah buat tak tahu. tiada yang rindu kita, tiada yang ingat. *Sobss :(( * selalunya memang macam ni. takpe, sebab semua busy. takpe, sebab semua sibuk dengan exam. mereka exam, faa pun exam. tak mengapa.
tapi agak terkilan. ya, sekarang cuti seminggu. esok dah nak balik ke usim. tapi tak berkesempatan nak pergi sekolah. tak sempat. tambah pulak rasa malu dah nak pergi sekolah. kalau dulu selalu excited nak pergi sekolah sebab budak-budak pun suruh pergi. sekarang dah rasa macam angin.Malu.. kalau pergi pun takde sape yang peduli. macam tiada tarikan untuk ke sana lagi. betul la apa yang kawan-kawan seangkatan cakap.. tak payah buat baik sangat dekat budak-budak ni. sebab manusia, once diorang dah tak dapat apa-apa benefit daripada kita or once diorang jumpa orang lain, diorang takkan ingat kita dah. betul jugak. tambah pulak faa memang senang nak jeles. jeles ohh dia dapat markah tinggi !
*jeles baik* haha~
tapi hakikatnya macam tu la..even orang selalu lupakan faa. tapi faa selalu ingat mereka. faa selalu rindu walaupun hakikatnya tak perlu rindu dah kot. satu benda yang faa perasan, dari dulu sampai sekarang, kalau faa gaduh ke apa ke,walau seteruk mana pun, faa tetap akan contact balik orang tu.Faa akan kawan macam biasa, mesra macam biasa walaupun diorang dah pecahkan hati faa *instead of perkataan hancur* . Faa memang macam tu. kalau faa sakit hati sangat, contoh kalau orang baling batu dekat faa, faa tak suka baling batu balik. faa akan diamkan je a akan rendam hati ni sampai sejuk sendiri. dah selalu jugak kena . tapi chill je la. memang selalunya, orang yang stop contact faa. kinda like, faa orang yang mudah dilupakan.
haha :')
tapi, sikit pun tak menyesal. at least mereka sudi jugak singgah sekejap dalam hidup faa. tu pun dah cukup baik. lagipun, memang hidup ni macam tu. atau mungkinkah kisah hidup faa yang macam tu? that is the colour of life lah kan.. macam entry2 faa sebelum ni, faa dah cakap yang faa sayang sangat dekat kawan-kawan faa.
even kita pernah bergaduh dulu. thanks for being my friends. thanks for all the sweet memories. selalunya yang menyedihkan tu faa taknak ingat.
oh ya..minggu ni rindu sangat dekat usrah..
qifa ada contact faa hari tu. tapi macam biasa la, faa tak boleh text dengan qifa. sebab cara dia cakap tak sama dengan cara dia text. pastu ada conflict sikit qifa ni. dia buat status psl apa tah.pstu kawan-kawan dia perli dia. faa backup la qifa kan, tapi secara berdalih sebab faa taknak nanti kawan dia perli dia sebab faa backup dia. mungkin dia terasa dengan faa kot sbb tak backup terang-terang. sorry dik..-.-
abg long pulak..i know he is too busy. few days ago dia mesej faa. dalam hati rasa mcm , "ingat jugak dia kat aku.."
pastu rupanya dia nak mintak tolong faa send notes dekat kak long.
okay, ni spoil. baru rasa gembira sebab ingatkan mereka ingat dekat kita. rupanya mesej semata-mata nak cakap tu je.kaklong pulak? entahla. :( semua busy . sabarlah faa.. ^^V
urm..
*menangis dalam blanket*
nak kata tersangat rindu, sampai terbawa dalam mimpi. yup, malam tadi faa mimpi mereka. mimpi usrah. lol. nak tergelak pun ada. it's like this.diorang minta faa datang ke sekolah pukul dua petang. faa sampai sana pukul 1 petang. sejam lebih awal. tunggu punya tunggu, pukul 6 pun diorang tak turun-turun jumpa faa lagi. pastu, faa tunggu lagi, sampai pukul 8 malam. diorang datang jumpa, suruh faa ajar diorang cara nak jawab exam.maybe sebab hari ni realitinya mereka exam. pastu, faa ajar . dalam setengah jam, lepas habis ajar tu. diorag pergi camtu je. abglong dengan kaklong. tak ucap terima kasih apa pun. cum qifa je ucap erima kasih and senyum. at least, tercalar hati kakyong. lol. it was just a dream. tak perlu sensitif sangat kot. tapi sedar daripada mimpi tu, terus terdiam. yupp, sedih.
menanggung rindu pada orang-orang yang kita percaya lebih perit daripada bergaduh dengan seorang musuh. Mungkin kalau dibelasah pun tak akan sesakit ini? mungkin..
tak apa, kalau mereka ingat, lambat laun, mereka akan hubungi kita jua.
dan aku, akan setia menunggu hingga saat itu.
N/P : thousand years by Christina Perry.
faaizmir
12.02 pm/ 6.11.13
homesweethome
GT6 tu ape??grup kt imitaz besut ke?
ReplyDeleteoh aah. batch form 4 tahun ni awk..bukan nama org tau. huhu
ReplyDelete