Aug 15, 2015

Report

Pada 9 dan 10 haribulan ogos yang lalu,
Pihak Sekolah menengah Imtiaz Besut telah mengadakan satu program iaitu Sireh Pulang ke Gagang, dimana program ini melibatkan 16 orang alumni imtiaz besut dan pelajar - pelajar Sekolah Menengah imtiaz besut. Program selama dua hari itu terbahagi kepada dua sesi. Sesi yang pertama, perkongsian alumni bersama pelajar tingkatan 1,2 dan 3 manakala sesi kedua ialah perkongsian jurusan yang diambil di universiti masing-masing bersama para pelajar tingkatan 4 dan 5.

Untuk sesi yang pertama, pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan dipegang oleh seorang alumni.
Setiap ahli kumpulan akan berkongsi tentang pengalaman berada di imtiaz dan bertanya soalan kepada alumni kumpulan masing-masing. Setiap alumni menjawab segala soalan yang diajukan dalam bentuk perkongsian dari hati ke hati, sama ada mengenai pengalaman belajar di imtiaz dan sebagainya. Sesi tersebut bermula jam 9 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Untuk sesi yang kedua, bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Sesi perkongsian bersama pelajar tingjatan 4 dan 5 tersebut melibatkan perbentangan para alumni mengenai suasana belajar di universiti dan kos yang diambil oleh mereka. Perkongsian tersebut melibatkan para alumni yang sedang belajar di luar negara seperti Korea, Jordan, Mesir, India, dan US . Manakala alumni yang berada di luar negara adalah daripada UITM, Unikl, USIM, UIA, UTHM dan UM.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan barisan alumni kepada para belajar disamping mengeratkan ukhuwah diantara para alumni bersama pelajar i-best. Selain itu, perkongsian dari hati ke hati ialah bertujuan untuk memberi semangat kepada para pelajar imtiaz untuk terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran, sekaligus menjadikan alumni sebagai 'role-model' kepada mereka untuk berjaya.

Program berakhir dengan sesi penyerahan cenderamata yang disampakan oleh kaunselor Sekolah Menengah imtiaz besut. Program ini dilihat telah mencapai target dan objektif yang ditetapkan dimana semua pelajar memberikan respon yang positif dan meminta untuk diadakan lagi program sebegini pada masa akan datang.

Program Sireh Pulang ke Gagang diwakili oleh Saudari Noor Farhana Izmira, juga selaku wakil ahli MAIT.

Program ini dilihat sebagai satu titik permulaan dalam mengetengahkan penglibatan alumni untuk bersama turun padang dan beramah mesra dengan adik-adik junior. Diharapkan segala usaha ini akan diteruskan dan sentiasa dipupuk demi melahirkan generasi Ulul Albab yang akan mencipta Zaman.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(NOOR FARHANA IZMIRA BT CHE JOHAN)
wakil Persatuan Alumni Imtiaz-Terengganu (MAIT)
Imtias besut

No comments:

Post a Comment