Aug 16, 2015

SAHABAT - #KK1bigfamily 2014/2015

Tak boleh move on lagi daripada teringat dekat kawan yang baru kenal 2 semester.

Tujuan post banyak-banyak ni sebelum terlupa. Mungkin satu hari nanti faa akan lupa pasal semua ni, jadinya, bila baca blog ni boleh ingat balik.

Taknak lupa.
Jawatankuasa kebajikan siswa/i Asrama Kolej Kediaman 1 sesi 2014/2015

For you who read this,
Kawan-kawan saya, semuanya kawan yang terbaik. Dan sangat baik. :D

Let me introduce them to you ! ^^
nak background music ?

- Amar > sahabat
-UNIC > Sebuah pertemuan
-UNIC > seiring sehaluan
-UNIC > satu tekad

And here we are !

1- pengerusi, ikram ahmad. Orang kedah. Pastu mula-mula tengok dia dekat meeting first jaksa dengan pengetua, faa ingatkan dia senior. sebab pakai spek, skema je muka pastu dia tak senyum pun, macam senyap sangat. So ingat tahun tiga lah kot. Haha. Apa yang faa describe ikram ni lepas kenal,mula-mula ingatkan dia pendiam. Dia cakap slow je. Pastu ikram tak reti buat ayat.dulu orang selalu tak faham dia cakap apa.haha. tapi lama lepas tu bila dah kenal rupanya ikram ni bising je. Suka gurau jugak. Tapi dia gurau macam budak kecik baru nak bergurau. Gurauan dia tu selalu macam krik3. Haha. Tapi bagus ikram ni sebab dia prihatin. Kalau kitorang sakit ke apa dia akan pm terus tanya khabar. Selain tu, dia aktif jugak dalam persatuan.banyak jugak jawatan dia. Nampak je senyap camtu. Pastu, ramai orang suka dia. Bkn perempuan je, tapi abang-abang dan staff/lecturer ramai laa sayang dia ni.dulu faa rasa mungkin sebab dia hensem pastu comel camtu, sebab tu orang ramai suka dia, kan?

┐( ̄ヮ ̄)┌

Tapi sebenarnya cara dia tu pun buat orang senang. (Tapi perangai annoying dia ada je tiap kali cakap dengan faa. Dengan orang lain baik pulak -_-' dengan faa kemain laa kejam)
Mungkin sebab cara dia cakap yang mcm sopan tu orang suka. Slow je cakap. Haha. Oh ye, ikram ni naqib usrah.  Pastu dia kos Quran sunnah. Ustaz la kan ustaz. Kdg2 kalau tak faham psl agama, selalu faa tnya dia,fazrul atau rasydan. Apa guna ada kwn ustaz2 kalau tak tnya. Ilmu kan~

2- timbalan pengerusi ! Malas lah faa nak describe diri sendiri. Haha.

3- S/u kitorang kak Amirah Hazimah :D kak imah orang pahang, kos kaunseling. Pastu dia ada kembar muka sama study dekat uia. Kak imah selalu cite pasal kembar dia. Kak imah ni perangai lebih kurang faa. Kalau buat apa-apa, kalau tak dapat apa yang dia nak, memang dia rasa nak mengamuk. (Btl tak ni kak imah?) haha. Kak imah ada kedai family dia yg jual mcm2 produk kesihatan. So kalau pergi bilik kak imah dengan nusra, mesti dia cerita pasal produk baru, yang mana baik utk kesihatan. Hee~ pastu dia suka cerita pasal kolej matrikulasi  pahang dia tu. Pastu cerita pasal abang-abang dia. Haha. Kak imah bawak kereta macam kelakar sikit. Pastu dia bawak motor okay je. Walaupun takde lesen, rasanya kak imah berani sangat ! O(≧∇≦)O
Faa tanya dia, camne dia buat sampai pakgad tak pernah saman. Tak kantoi ke takde sticker? Pastu kak imah cakap bila lalu depan pakgad, senyum lama2 biar dia tak sempst tengok sticker. Ok ini lawak. So setiap kali naik motor dengan kak imah, bila lalu dekat gate faa akan senyum dekat pakgad sambil angkat tangan & bagi salam. Haha. Faa describe kak imah sebagai seorang yang sangat matang dalam berfikir, macam kakak. :) pastu kak imah tegas. Hoho. Ada je kitorang kena marah dengan kak imah. Pastu kak imah selalu fikir positif. Setiap kali kitorang ada masalah, memang kak imah akan tanya apa yang kitorang boleh buat untuk atasi semua ni? Memang gaya kaunselor tu ada. ^_^ kak imah pun naqibah spmm. Ustazah jugak ni. :D

4- timbalan s/u - Sharifah Nabila Nusra al yahya. Dah macam scha alyahya gituhh. Haha. Nusra , org kelantan. First time faa kenal masa ALSP 3. Kitorg sekelas, kebetulan faa masuk kelas housemate faa masa tu. Kenal nusra ni. Nak describe nusra ni, faa mula-mula tengok dia, nampak laa hebatnya arab semek nihh. Haha. Nusra tegas jugak. Lebih kurang je dengan kak imah. Dua-dua sebenarnya manja. Banyak kali je tengok nusra ni nangis. Dalam meeting giso pun dia nangis. Haha. (Bajet macam faa tak pernah nangis. Sokmo jugak.) hewhew. Tapi nusra bagus, rajin. Juruh. :) pastu dia kalut sikit. Selalu kena buli dengan kitorang. Kalau faa gurau apa pun dia percaya je. Hoho kesian nusra. Pastu dia kos akidah, aktif jgk la dengan perwadah dia tu. Nusra ni anak perempuan bongsu tak silap. Nampak la manja dia tu. Kalau call mak dia pun pernah je dia nangis. Hewhew. Nusra pun geng-geng spmm skali dengan kak imah semua tu. Tapi dia tak aktif sangat cumanya kalau kitorang gaduh memang dia akan sokong belah sana la. ╮(─▽─)╭
Pastu nusra kan putih camtu, so pengetua dengan encik faiz selalu usik dia dalam group whatsapp. Haha. Nasiblah mek. Nusra kalut sket. Kalau dia plan apa-apa mesti kelakar je jadi kalutnya. Pastu kalau kitorang provoke sket, dia akan buat muka nak marah. Budak-budak ni semua sebenarnya manja tau. Haha. Selalunya faa akan eching jadi mak-mak, panggil diorang makan , buat kerja meeting semua. Haha. Sama macam kak imah, nusra pun suka jugak share pasal produk kesihatan ni. Molek sangatlah tu. Kak imah jual, dia beli. Haha.

5- bendahari - abang azlan yusof, orang sarawak, student fifa. Suka travel. Selalu bagi kitorang cenderamata tak kira ke mana dia travel. Banyak koleksi keychain dapat drpd abg lan.wehee~
Pastu abang lan ni bijak. Sokmo dapat dekan. Dia suka cerita pasal pengalaman dia. Selalunya faa, aisyah dengan asmak akan dengar dengan khusyuk dalam kereta. Haha. Pastu pergi beli barang untuk program, abang lan cakap, amek je nak apa. Kitorang pun amek je sesuka hatiiii macam anak dengan ayah. Hahah.
Abang lan aktif jugak, selain jaksa, abang lan pun pru. Kelakar bila abang lan gaduh dengan kak jannah. Hahaha. Satu hari tu kitorang nak gi kfc. Kak jannah tak tegur abang lan sebab tengah marah. Pastu abang lan cakap., "jannah, kitorg nak gi kfc. Jom la." pastu kak jannah macam taknak. Boleh pulak dia tanya boleh ke dia pergi sebab dia pakai selipar jepun. Masa tu aku dengan mahirah tak silap. Bila kak jannah cakap dia pergi, kitorang bersorak ! Hahaha. Abang lan steady je.  Suka shopping, tak caya tanya dia kasut dia ada berapa. Kihkih. Oh ya, abang lan suka makan telur. Banyak kali dia bagitau dia punya feveret memang telur dan buah-buahan. :D

6- timbalan bendahari , asma' khalilah.
Asmak org pahang, kampung dekat kedah. Budak fpbu. Asma' ni lambat loading sket. tapi otak bijak, budak dekan sokmo. Tapi entahlah kenapa dia ni lurus sangat. Haha. Nampak je lurus, padahal asma' ni kalau bab lain laju je dia. Suka lipat kain. Apa lagi eh.. Dia jenis okay je. Dulu senyap kemain. Lepas kawan dengan faa agaknya dia jadi bising. Haha. Asmak sokmo ada problem bila dia nak balik sorang-sorang pastu mak dia tak bagi. sampai nangis semek tu. Pernah sekali faa call dia pastu ter-buat loud speaker masa tu faa, abg lan, ikram dgn nusra dalam kereta nak gi beli barang dekat nilai tiga. Pastu call asmak, dia nangis. semua dalam kereta tu terdiam. Hewhew. Kesian asma'. Rasanya sokmo perkara malang berlaku dekat dia. Jatuh motorlah, terhantuk lah..tapi yang malang tu selalunya kelakar. Dia macam nak nangis cerita tapi faa boleh tergelak2. Sebab dia memang kelakar. bestfriend faa jugak ni. Sokmo marah dia, saja je macam marah-marah. Padahal sayang :D

7- biro kesenian > aisyah ali.

Dia niii ! Haha. Faa describe aisyah as perempuan yg lembut tapi berani. Kalau kena marah, mesti dia buat muka sedih dia tu. Pastu faa pun tak jadi nak marah. Aisyah fpbu jugak. Asal perak tp nk dekat dengan kedah.pastu aishah ni slow sket. Macam asmak, orang cakap lain dia paham lain. Haha. Tapi aisyah macam innocent sangat, jujur. :D nampak je slow dia ni, korang kena tengok dia bawak motor macam mana. Sekali rempit uols. Haha. Aisyah buat satu program hari tu. Program dekat DKP3. Seronok program tu. MCSU. Pastu aisyah ni selalu lambat. Dua kali kem, dua kali lah pakcik bas kena tunggu dia sorang. Haha. Kalau aisyah jadi mak orang, rasanya dia ni jenis mak yang penyayang tapi lurus sket. Orang cakap apa pun dia percaya je. Tapi aisyah ni slow-slow pun, confidence level dia tinggi jugak. Ceria je dia ni. :) comel je tengok dia dengan perangai lurus dia tu. Haha. Selalu dengar aisyah on call dengan tok dia. Memang cucu kesayangan tok lah dia ni. :)

8 - biro akademik , Mahirah Pauzi

Mahie org pahang tapi study dekat kelantan, pastu dia budak law jugak. Faa yang ajak dia join jaksa sekali. Dengan harapan senang ada geng nak gi library skali nanti. Tapi kelaut gak jarang duk dekat library.haha. Mahi tegas, garang. Teliti dalam bab-bab details macam filing,report,meeting etc. Dia akan dtg awal. Teringat pulak Hafiz pernah kena marah dengan dia. Haha :D faa banyak share problem dengan mahi.pastu dia dengan kak jannah selalu tunggu faa malam-malam dekat bilik jaksa. Dia sensitif + caring orgnya. :) buat kerja complete. Laju. lebih kurang macam rasydan jugak la. Bagus. :D

9- Biro ekonomi - Jannah Daud

Kak jannah ni antara yang muka innocent, tapi dia la yang banyak melayan faa dalam group whatsapp. Kitorang suka buat bising. Hahah. Kak jannah jenis yang jujur sangat. Tak pandai menipu katanya tapi bab menyakat orang laju jeee. Dah lah laju pastu terus terang tang tangg kauuu dia kenakan faa dalam group. Haha. Bab gosip memang terer kak jannah ni. Lawak pulak fikir. Haha. Kak jannah orang melaka, dia cakap sebab tu dia kadang2 cakap lepas sket. Orang melaka memang camtu. Kalau sape tak biasa memang selalu makan hati. Haha. Faa laa sokmo gaduh dengan kak jannah. Sentap2. Tapi sentap2 kitorang pun , kalau gaduh ramai2. Dia akan jadi camni. Kak jannah + faa Vs adil fazrul nusra kak imah . hahah. Ikram jd pengadil. Abg azlan mahirah dengan ainur selalu tengok je. Aisyah dengan asma' tengah2 taktau nak sokong siapa. Lol. Kak jannah selalu jadi partner stay up dekat bilik jaksa.tauke wafer. Kitorang belaja masak wafer dengan kak jannah la. Baru ku tau cara nak bancuh tepung semua. Haha.
Kak jannah ni senior fifa. Sama batch la dengan abang azlan. Pastu dia ni sebenarnya sensitif jugak. Berapa kali dah tengok kak jannah nangis depan2. Skali dekat kiosk, mungkin sebab stress dengan kitorf datang jaga wafer lambat. Satu lagi dalam bilik. Terkejut faa tengok kak jannah nangis ha. Tapi kak jannah tau je faa ni sokmo nangis. Dia laa yang selalu pujuk faa. Time rasa sedih lonely ke apa, kak jannah la yang bawak gi baazar, belikan makanan dekat acacia, nak print apa-apa pun akak tolong bawak motor pergi. Huu~ kak jannah memang macam kakak. Dalam jaksa faa ada dua kakak. Kak jannah dengan kak imah. <3 nanti try tengok, kak jannah bawak tak lagi botol air besar herbalife dia tu. Haha.

10 - biro kebajikan - Ainur Farzana.

Ainur, org selangor ni je. Budak fst. Dia ni aktif jangan cakap. Faa tengok pun letih. Dengan palapes lagi, dengan sekrefast, jaksa lagi. Macam -macam la jawatan dia. Dah macam robot dah ainur tapi. Haha. Dia ni rajin pergi program, aktif jugak la. Pastu dah pandai dah bahan orang. Dia buat lawak hambar kadang-kadang rasa nak sekeh je annoying tu. Haha. Ainur lebih kepada logic & literal. Maksud faa, dia tak faham kalau orang cakap berlapik. orang perli dia pun dia tak faham. Nampak la macam innocent sangat dia ni. Macam budak kecik. Haha. Pastu suka alih topik. Faham sangat dah, kalau dok cakap pasal donut, tetiba je dia cakap pasal durian. Haha . sengal lah ainur. Ainur ni macam mahirah. Teliti buat kerja. Kalau meeting pun dia akan datang walaupun sibuk mana pun. :)

11- biro pembangunan insan , Adil Mustafa. Orang kedah jgk. Kos dakwah.
Dia tak banyak cakap, tapi sekali cakap boleh tahan gurau dia.
Dalam banyak-banyak, dia la yang macam ustaz sket. Tak banyak gurau. Tsiqah adil ni. Hoho. Rasanya adil pun naqib usrah, busy orangnya sebab dia pun aktif dengan persatuan luar.
Selama ni dia yang uruskan segala hal ehwal surau. Memang mantap ah ustaz adil ni. Kalau ingat balik sokmo berbeza pendapat dengan dia.
Pastu kalau faa sound random dalam group, dia antara yang akan pm mintak maaf. Bagus adil ni. Ore klate oyak gak, juruh la dio nih. :)

12- biro perhubungan dan antarabangsa,
Fazrul akmal.
Fazrul ni orang selangor .Tak silap faa org klang. Orang jawa, budak QM, pastu dia ada band dia sendiri. Dia ni wasatiy. Agama ok, akademik okay, music pun ok. Boleh masuk dengan semua orang.  Suara sedap, takde la sedap sangat tapi boleh laaaa. Boleh laa menyanyi. Mengaji pun ok, pandai main gitar. pastu dia ni kalau faa cakap sket dia suruh senyap haih annoying betul. Rasa nak sekeh je budak ni sorang. Haha. Dia pengarah giso. Boleh kira berapa kali faa sentap dengan dia masa giso. Baru kalut dia nak mintak maaf. Haha. Tapi pada faa , fazrul ni bagus, leadership tu hebat gak la. Berapa banyak jawatan dia ni. Sekrempp lagi, naqib lagi. Meeting pun jarang tinggal walaupun dia busy. Sangat boleh diharap la jugak. Rasanya dia pandai masak kot sebab hari tu dia yang rajin goreng2. Haha. Dulu faa ingatkan dia junior sebab macam budak-budak je muka. Sekali sama baya.kitorang masuk sesi interview skali masa apply jadi jaksa KK1 dulu. Agak kelakar jugak la bila ingat balik.
Yang bagus pasal fazrul ni, dia responsible. Kalau dia tak blh buat sesuatu hal tu, dia akan tnye, "ada apa2 benda lain ana blh tlg ke?" memang dia akan tolong jugak walaupun sikit. :) dan dia sangat positif. Senyum je sokmo. Haha.rasanya faa tak pernah tengok muka dia marah, kot. Ke pernah eh? Lupa. Tapi selalunya dia memang dalam group tu asyik komen "nice,good,terbaik.."  haha.

13 - Biro bahasa , rasydan !

Rasydan , katanya asal kedah, tp stay selangor ke mana tah. Haha. Budak fifa. Tua setahun drpd faa. Dia ni macam abang , rajin mengemas. Haha. Cerewet macam perempuan jugak. Suka membebel. Kalau bilik jaksa bersepah memang dia akan membebel. Pernah sekali faa yang membebel sambil kemas bilik tu. Dia gelak. I dont know why la mungkin faa jarang membebel panjang2. Boleh pulak dia cakap "tak payah membebel laa, tak jadi kau membebel." ohmaii. Apadiaa. Haha. Pastu dia pun boleh diharap. Selalu tolong kak jannah meniaga waffle,pastu faa rasa faa banyak mengadu dekat dia kalau ada masalah apa2. Memang dia la sokmo jadi mangsa faa kalau faa geram ke apa. Dia akan jadi tempat faa luah semua tak puas hati. Tak pasal2 dia pulak kena marah. Hahah. Buat kerja laju jugak laa siap file dia tu. Program mantap sampai tiga. Bagus jugak dia ni. Kalau dia serious dalam meeting tu kalah ustaz tapi kalau kitorang tengah buat kerja, dia stress ke apa sampai dia jerit2. ┐( ̄ヮ ̄)┌
Dia jerit ke, bagi tazkirah ke..faa akan tanya pastu,
"Ha dah habis dah? Jerit lah lagi."
Pastu dia gelak. Haha.Sampai sekarang rasanya memang kalau faa ada soalan nak tanya tak faham pasal agama ke, pasal akademik ke, pasal relationship (sempat lg) memang faa akan tanya dia. Haha. Siap cakap lagi, kalau ada lelaki nak kacau faa ke nak usha ke apa, faa akan bagi nombor rasydan. "Kalau berani contact la abang aku ni." haha. Dia ni pun antara budak bijak macam abang azlan. Pastu dalam bilik jaksa selalu main game. Dah la main candy crush, main game comel2 dkt fb. Haha. Skrg dia dah pandai main game macam dota, coc. Haduii lawak. Haha. Sem depan insya Allah akan buat kerja sama-sama lagi kot. Tudia. Banyak dah describe budak kelab debat ni. Pengarah debat asean 2015 uols. Haha.

14- biro sukan, hafiz jalil.

Hafiz , orang melaka pastu duta jauhar. Kos kaunseling, tua setahun daripada faa. Dia buat bisnes. Macam banyak je bisnes. Pastu atlet bola tampar usim. Anak sulung tapi manja nau dengan mak. Selalu balik rumah siap boleh cakap dekat faa dengan nusra yang jarang balik ni . "weh aku balik rumah ni.." haha. Nasib kitorang boleh kawal homesick kalau tak nangiss.
Hafiz ni secara luarannya nampak kasar, time baru kenal muka berparut macam samseng baru lepas gaduh. Dia selalu la mengaku dia hensem. Mungkin sebab muka macam korea (padahal mata sepet) choi. Haha. Pastu meeting jarang masuk sebab busy dengan training dia. Tapi dia akan masuk jugak walaupun lambat. Pastu kalau dia nak buat sesuatu, memang dia akan pastikan dia dapat benda tu . tak kiralah kita nak usahakan macam mana pun dia tak kisah asalkan dia dapat. Program dia pun not bad la. Pandai tarik duit. KK1 menang sukol lagi tahun ni, sebab dia pandai tarik budak kot. Ala, atlet usim, ofkos la kabel bnyak kenal geng2 atlet. Haha.
Sejujurnya pada faa dia ni pun macam abang. Dia nampak je macam jahat gila takde hati perut tapi boleh puji dia ni baik. Walaupun dia penakut. Haha. Faa baik gak dengan hafiz ni masa sem 4 ni. Sem 3 dulu tak kenal sangat sebab jarang buat kerja sekali. Bila sem 4 selalu bertapa dalam bilik jaksa sampai pagi sebab nak siapkan kerja, so macam baik la dengan hafiz & rasydan. Dua2 kan umur tua setahun daripada faa, dua2 macam abang yang baik. Dalam jaksa ada tiga abang! Dua org ni pastu abang lan~
Apa yang faa boleh puji hafiz ni, dia walaupun jenis cakap lepas, dan faa pun jadi sukahati je nak cakap apa, tapi dia ambik berat pasal jaksa. Baik faa, nusra, asma, kak jannah dan semua laa. Kalau kitorang ada masalah ke apa, dia akan tolong. Kalau faa lapar ke kan, memang faa akan contact hafiz dlu. Satu, sebab dia macam selalu je lepak dengan member dia dekat kedai makan. Haha. Satu lagi sebab dia senang kalau nak mintak tlg tapau ke apa. Memang dia akan belikan dan hantar ke bilik jaksa. :D gituh baik kan. Pastu boleh puji hafiz ni sebab dia ada skill leadership tu. Dia.boleh communicate dengan orang dewasa. Nampak la konfiden diaaa. Selalunya yang jadi penunggu bilik jaksa, faa, kak jannah, hafiz dan rasydan. Yg lain kadang2 ada jugak. Tapi kami berempat memang kekadang sampai pukul dua pagi stayup. Selalunya hafiz akan bahan faa, dan faa akan baling botol dekat pakcik tu. Pastu rasydan akan gelak. Pastu faa marah rasydan.sokmo gitu. Kak jannah selalu  geleng kepala tengok kitorang. Haha.
Hafiz kalau ada rasydan memang masuk la diorg berdua ni. Otak gila-gila selalu buat lawak je. Haha. Asma' , aisyah dengan nusra pun dah boleh masuk dengan budak berdua ni. Haha. Takleh lupa, dia masak nasik goreng, habis kitorang sakit perut ! Haha.

15 - aman jamaluddin.
Aman bukan jaksa, tapi dia banyak tolong kitorang dan aman akan ikut sekali pergi giso nanti. :D aman ada kembar, amin. Faa first kenal amin dulu sebab amin sekretariat pusat islam, sekali. Pastu lepas jadi jaksa, first time kenal aman sebab dia datang kiosk cakap dekat kak jannah, ada ore nk belajar buat waffle. Dah la pakai jubah berserban siap. Masa tu minggu konvo. Nampak laa bagusnya aman ni. Pastu nampak dia rapat dengan kak jannah. Selalu panggil kak jannah disebalik dinding. Kelakar pulak. Faa suka pergi menyibuk ikut kak jannah jumpa aman. Haha. Baru tau dia rupanya pengerusi sekrefem. Bagus sangat aman ni. Aman banyak tolong kitorang buat poster. Sebab faa memang selalu tak sempat nak buat, aman la banyak tolong. Terima kasih banyak-banyak aman. :)
Pastu aman rapat dengan ikram. Mula² tak perasan pun. Tapi lepas cuti midsem baru nampak. Masa faa sakit pun dia selalu datang dengan ikram. Dah macam kembar dan ikram dengan aman. Aman tua setahun drpd faa, tapi rasa dia macam sebaya je. Cumanya aman memang berfikiran matang walaupun dia cakap perlahan macam ikram.haha Sama ja dua orang tu. Macam budak2. Diorang kalau gurau berdua memang faa dengan asmak duk geleng kepala. Macam budak tadika yang kecik2 tu. Haha.Tapi aman matang sket daripada ikram kot. Faa selesa cakap dengan aman. Pendapat dia pun selakunya ok la. Pernah sekali tu sakit hatinya sebab stress dengan  beberapa orang. Pastu kebetulan ada aman. Cerita dekat dia sampai berair mata. Tahan nangis ja, nasib baik tak nangis terus. Haha. (Padahal dah nangis jugak kalau kira.) aman dengar je dengan penuh sabar. Hoho. Memang macam abang. Masa ikram jatuh motor hari tu pun, aman tunggu sampai ikram balik. Rasa nak nangis pun ada. Satu, sebab terharu tengok dia punya caring tu, satu lagi, sebab dia punya risau bila ikram kena macam tu. Lepas tu rasanya dia selalu ada dengan ikram, selalu bagi ubat. :) tapi takde lah jeles pun. Haha. sebab kalau ikram ada aman, faa ada kak jannah, kak imah dan semua jaksa kk1.  Haha. Tapi serious boleh puji aman sebab rajin sangat. Walaupun dia bukan jaksa, tapi dia rajin tolong. Senang bekerja dengan aman. ^^

16- ayahnda pengetua, dr neezam. :)

First time jumpa dr masa interview. Takut pada mulanya. Sebelum ni pernah dengar nama je. Tu pun sebab kawan pernah ada konflik dengan beliau. Pastu masa interview tu nampak ramah je dr.
Tak lama lepas tu dapat tau yg terpilih jadi jaksa dan diberikan jawatan sebagai satu-satunya timbalan pengerusi. Nampak macam dr yakin je pilih faa. Padahal dr tak kenal kita siapa. Masa ada konflik pasal jawatan timbalan  pengerusi tu, faa dah nangis2 dah. rasa nak tarik diri drpd jadi jaksa. Baik taknak jadi kalau org macam tak suka kita jadi tinbalan. Pastu faa terus pergi jumpa dr dekat bilik dr. Dr bagi semangat suruh teruskan dan jangan putus asa walau apa pun orang kata dekat kita. Terharu. Dr siap cerita lagi pasal student dia yang cemerlang. Masa tu dr suruh buktikan yang faa pun boleh cemerlang. Malangnya, result exam sem tiga agak kecundang. Malu sngt dekat dr. Masa tu mesti dr ingat saya hebat padahal sy biasa je. T_T saya selalu malu nak jumpa dr. Terima kasih sebab percayakan saya.
Sejujurnya dr neezam ni dr yang paling sempoi. Steady je. Dr dlm kuliah ke dkt kolej ke, perwatakan dia sama je. Itulah dr neezam, pengetua yang memang paling steady dengan perangai gila-gila dia. Tak skema. Kalau nak buat program apa pun senang, dia luluskan semua. Sangat baik. Kalau meeting pun selalu positif. :)

17 - barisan felo , kak syu, encik faiz, encik hafiz, encik zaini, puan shida dan puan DJ.

Encik faiz banyak tolong dalam kertas kerja. En hafiz kalau ada urgent apa2 budak sakit ke memang dia la selalu tolong. Encik zaini mcm dr, jenis semangat. Haha. Puan shida dgn ustazah lembut je. Mcm ibu2 sangat. :D ustazah selali tanya khabar.ramah je walaupun baru kenal. kak syu memang konfiden level diaaa. Ex-Student cemerlang kan. Kak syu memang macam kakak kitorang. Kalau gurau pun memang diorang layan je kitorang. Selalunya hafiz dengan faa selalu gurau dengan kak syu. Felo baik-baik. Suka. :) lepas habis MGW dlu pun tidur dekat rumah puan shida sebab teman dia dengan kak imah, nusra & asmak. Best sangat ^^, terima kasih semua felo2. :)

Okay. Cukup dah semua. Panjang kan?

Tau. Panjang. Letih nak baca. Ni taip ni letih jugak. Ingat tak letih?

Sejujur-jujurnyaaaaa. Faa sayang sangat semua. Haha. Rasanya diorang semua ni sangat hebat. Segan pulak bila faa paling tak hebat antara diorang. Walaupun banyak kali gaduh, banyak kali sentap..mungkin tu lah pengerat ukhuwahh antara kitorang. Ukhuwah ti terasa sangat. Takdir pertemuan yang indah. Sebab? Banyak sangat bingkasan  memori. Walaupun dua sem je bekerja sekali, tapi rasa macam akrab sangat. Macam adik beradik. Mungkin sebab kitorang tinggal sebagai satu family besar dekat kk1 tu kn.

#KK1bigfamily

Mintak halal segalanya. Maaf salah silap. Terima kasih banyak2 atas segala perkongsian.

Insya Allah, satu hari nanti faa akan cerita dekat anak² faa,

Mereka ni lah semua yang pernah hadir dalam hidup faa, walaupun sekejap, tapi ukhuwah tu kekal insya Allah.

Antara orang-orang penting dalam hidup. Semoga diberkati Allah ! (^▽^)

All the best in our dunya wal akhirah.

Once a family, always a family.

Alhamdulillah.

"Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Ingin ku ulangi kisah manis agar terus bersemadi..

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.."

P/s : awak semua akan selalu ingat saya dalam doa tak? :D

Faaizmir
16082015
11.44pm
Homesweethome

No comments:

Post a Comment