Dec 2, 2012

Asasi Undang-Undang UITM Shah Alam semester 2

Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah , tamat sudah cuti semester ana selama sebulan setengah ,

result untuk FINAL EXAM SEM 1 pun dah dapat, nak kata hebat tak.nak kata gagal pun tak, tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja :) Boleh laa lulus semua subjek.Alhamdulillah tak perlu repeat :)


Sebenarnya , banyak perkara yang telah berlaku sepanjang cuti tapi buat masa ni ana rasa macam tiada masa  tak sempat pula nak update semua cerita . T.T

Jadi dikesempatan ini ana ingin menceritakan perkara yang berlaku hari ini, Aduh  Skema pula ayat ana ni..hehe..



Ni lah kolej mawar. :) ana dapat roomate baru. sorang akak course c.a.t , sorang lagi effa , classmate dari sem satu dan seorang lagi tak sempat ana taaruf tadi. huhu..Sebenarnya esok mula kuliah , tapi entah la sama ada lecturer ada ke tidak. seriously speak, asasi undang-undang memang best ! alhamdulillah walaupun sem 1 sangat blurr dan tak berapa nak faham.. at least kita tahu macam mana rasa kehidupan lawyer ni. seronok.sangat seronok. oh ya, kali ni pejabat yang tentukan roomate kita siapa. ana bilik jauh daripada bilik sem lepas. bilik baru ni agak hujung, umpamanya sem lepas menetap di johor , sem 2 ni pindah ke Perlis pulak. jauh kan? tapi masih di tingkat yang sama, masih di negara Malaysia yang sama.Classmates semester 2 ni dengar katanya masih classmate yang sama.


dan ini lah mereka yang sentiasa menceriakan suasana~

Ya Allah, feelin like homesick juga sekarang ya. :(


 tapi tu lah kan , perjuangan .. Jihad menuntut ilmu..betul tak ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."(Surah al-Baqarah:ayat 216)

huhu~

itu sahaja buat masa sekarang,

jom doa sikit ,

Allahummansur ikhwananal muslimin wal mujahidin fi filastin...fi syria wa fi kulli makan , wa fii kulli zaman.. amin..
Ya Allah bantu lah saudara seIslam kami dan  orang-orang yang berjihad di Palestin , di Syria dan di setiap tempat , di setiap masa. Amin. :')



sekian dahulu daripada ana  :)
salam ukhuwah ^^





No comments:

Post a Comment