Assalamualaikum..
Alhamdulillah 'ala kulli hal, masih lagi dapat bernafas di muka
bumi Allah..
seikhlasnya ana merasa diri yang makin jauh dengan Allah. Lihat
sahaja appearance yang masih senpurna tertutup di sebalik jubah dan tudung
labuh,sebenarnya hati ana dah lama tak dibaja dengan kalimah suci , serta sudah
lama tidak ditarbiah dengan segala ajaran Islam. Malah seikhlasnya diri
merasakan makin jauh dari Allah. Buktinya? tak perlu bukti..dah jelas lagi
bersuluh. Harapkan masih punya kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna,
yang lain mungkin ana sama je dengan orang lain.
Allahurabbi, ana rindu pada Allah, ana rindu pada saat melayari
layar hidup di bumi imtiaz, bumi penuh baraqah. Sekarang, no words can describe
it. Makin lama makin jauh. Baiklah ,tu sekadar muqaddimah. :') Ana bukan riak ,
sekadar ingin berkongsi perjalanan hari yang membuatkan ana rasa bahagia
sangat.
Awal-awal pagi , selepas solat subuh, ana sempat baca Surah
al-waqiah, dengan surah Ar-rahman. ana suka surah ar-rahman..teringat pada
arwah ustaz azizi,setiap kali ana baca surah ar-rahman, ana memang akan
teringat arwah ustaz yang paling baik.terharu+sebak..
kuliah start pagi, habis kelas pertama pada jam 10.30 pagi,
tutorial dibatalkan , ana free daripada pukul 10.30 sampai pukul 2.00. lama
kan? kawan-kawan ajak balik mawar..
tapi hati tergerak untuk pergi masjid Sultan Mizan, UITM shah
Alam. agak letih jugak laa naik tangga yang tinggi tu. tapi setiap langkah
menuju kebaikan, Allah catatkan pahala kan? ^^
Sampai dalam masjid, memang masjid renggang, kosong. ana duduk
kejap. duduk termenung, banyak betul masa lampau yang ana bazirkan.Ana tak guna
masa yang lalu untuk mendekati Allah. terus ana pergi amek wudhuk , pastu solat
dhuha dua rakaat.Ana guna masa yang ada untuk sujud lama-lama. Sujud sambil
mengadu pada Allah, sujud sambil memohon ampun,dalam doa, ana ucapkan segala
apa yang terbuku dihati kepada Allah taala,ana mengaku memang ana menangis dan
terus menangis, rasa malu, rasa macam orang bodoh, rasa rugi..rasa rindu nak
berdoa mcm tu dekat Allah,bayangkan dah berapa lama ana tak rasa macam tu. Rasa
cinta pada yang hakiki..rasa nikmatnya bermunajat pada Allah.Subhanallah..lepas
doa ana rasa segala beban dalam hati hilang, ana rasa bahagia, ana rasa damai.
rasa macam nak senyum 24 jam. Alhamdulillah ya ALLAH..
Kemudian ana capai tafsir Quran yang ada, ana murajaah
balik,daripada awal surah Al-Baqarah sambil baca terjemahan ayat Quran tu.
sekali lagi air mata mencurah, ana perhatikan setiap tafsiran ayat, Ya Allah,
memang rasa macam setiap ayat tu ditujukan pada ana. Rasa macam baca surat
cinta, betul kan, Al-Quran ialah surat cinta Allah kepada hambanya, surat cinta
yang ana dah lama tak baca.Allahurabbi, tak dapat nak describe perasaan masa
tu. Pastu ana sempat qailullah dengan muslimah-muslimah lain, sampailah azan
zohor, ana rasa macam tenang sangat hati dengar azan.. rasa macam , Ya Allah,
indahnya ciptaanMu, indahnya syariatMu.. :') Alhamdulillah ana dapat solat
zohor berjemaah. Seriously teringat dekat imtiaz, sekolah ana dulu..Sekali lagi
dalam sujud ana mohon ampun dari Allah yang maha penyayang. rasa aman, rasa
tenang. Kalau itulah hidayah atau halawatul iman, ana berharap hari-hari ana
dapat rasa keindahan dan ketenangan hati macam tu. Ana akui ana ni jahil , tak layak
untuk mendapat rahmat Allah, ana dah banyak buat dosa..Samihni Ya Allah,
Samihni ya Allah..Ampunkanlah hambamu ini.
Pukul 2, masuk kelas dengan mata yang bengkak sambil tersenyum
lebar.
Sebab ?
"izmira, awak kenapa? okay tak ni?"
"err, okay2..demam je. huhu.."
demam ? krikk3~
Rabbi firghli..
sahabat sekalian,
Hari-hari sebelumnya ana banyak buat dosa, ana mensia-siakan
segala masa yang ada..hari yang bakal mendatang insya Allah ana akan
memanfaatkan segalanya untuk Tuhan yang maha agung. Hubungan dengan haiwan dan
makhluk, hubungan dengan manusia, serta hubungan dengan Allah, Itu yang perlu
kita jaga sebaiknya..
Allahurabbi,
Alhamdulillah 'ala kulli nikmah..
:')
Astarghfirullahal azim.. allazi laa ilaha illahu wal haiyyul
qayyum, waatubu ilaik..
subhanallah wabihamdih,,
subhanallahal azim.
sollu alan nabi..
wassalamualaikum..
No comments:
Post a Comment