Jan 31, 2013

Sanahelwah CikNas^^

Assalamualaikum~

ketika entri ini ditulis, dah terlewat satu hari :)
birthday CikNas semalam , 30/1/2013~ sebenarnya, status hubungan kami yang complicated membuatkan ana segan nak wish awal-awal. sebabnya, Nissa dah bagitau ana awal-awal lagi , yang  hari rabu ni (Semalam) besday Nas. Ana punya laa excited, fikir nak prank Nas tapi bila teringat yang Nas still marah lagi dekat ana, tu yang tak jadi. segan jugak ana. so, berdiam diri je lah. :(
kebetulan semalam masuk wad, time test tu je yang nampak Nas, tengok dari jauh je la. sumpah rindu, tapi..macam tu laa, segan terlampau. rasa sebak menanggung kerinduan. Haha, k, malu. =,="
ana cakap dekat kawan ana, hari ni besday Nas, nak sangat wish tapi tak boleh. Pastu dia cakap, wish je laa, buat macam biasa. dan sekali lagi, ana segan laa, kalau dia buat tak tau je macam mana ? so ended it up dengan senyap. petang tu , masa pergi Pasar Malam, budak-budak ni pun ada cerita diorang nak makan ramai-ramai dekat gazebo, sambil celebrate besday Nas. ohmaii jelesnya ! teringat besday Anis dulu, kitorang sambut dekat Barra. Dhiah, Ain dengan Fara pun ada ajak ana join, tapi memandangkan tu besday nas, ana takut dia rasa tak selesa pulak kalau ana join, so ana tak join laa, jalan naik bilik. sebak uols. :'(
Haha~ Masuk bilik, roomates bising, yes ! hilang kesebakan. tapi..still laa rasa jelesnyaaaaaaaaaaaaa...nak join jugak. hukhuk..tapi saat tu, hanya mampu doa la, sebab ana fikir, semua ni dah terlambat, dah berakhir ke ea? perlu ke delete semua gambar-gambar kitorang together-gether? 
*macam couple je.haha..maklumlaa, nak kapel lain jantina tu salah, so , cintakan sahabat sendiri kan digalakkan, yang penting niat betul laa, jangan niat less pulak naudzubillah laa~*
dekat Isyak camtu laa, tetiba bella masuk. nas pun ada dekat belakang, ana macam , hmm, cari effa kot diorang ni. so ana buat muka blurr menghadap laptop. Nas datang , letak kek atas meja..
nas :
"makanlah"

 ana : 

*gulp*

"takpelah"

nas :
"ala, makan laa, org dh hantar ni"

ana :
"alaaa nas.. :'D rindunyaaaa!!! happy birthday .. jangan laa marah saya lagi, sorry tau.. dah laa sy segan nak wish dekat awak, tak beli pun lagi hadiah blaaa3x"

haa, ingat ana mampu ke nak tahan berdiam diri selama ni. haha..tau-tau laa, even baru kenal tak sampai setahun, tapi bila dah sayang, memang air dicincang takkan putus. sebak kot , then diorang keluar, ana terus amek phone and call uncle UIA. 

ana : Assalamualaikum, hello..sukanya~ aku dah baik balik dengan bf aku ! haha~ excited terlebih ni ..

uncle UIA : Wslm, oh, dah ok balik dengan nas ea? aku dh cakap dah..ish,,perempuan macam ni laa..

sengal pulak uncle UIA tu..cepat pulak dia tangkap siapa BF ana.. baru bajet nak cakap bf hensem ke apa, mungkin sebab dia tau ana ni memang takde bf, lagipun dia tau yang ana sedih sbb ada masalah dengan bff. haha..tapi tu laa, excited sangat semalam. kesian uncle UIA menahan ngantok laa kena layan orang tengah excited cakap dekat phone. :D tapi sampai sekarang still segan wokk.. huhu..

okayy, tetiba rasa panas, batuk menyerang balik..

jadi dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan,

HAPPY BESDAY TO BESTIE 
semoga panjang umur, dipermudahkan segala urusan, diberkati segala amalan, dirahmati hidup di dunia dan akhirat, segala yang lalu tu biar jadi iktibar, yang pasti semakin meningkat umur, semakin dekat dengan alam barzakh~ semoga nas dapat jadi anak solehah, isteri solehah , ibu solehah ~ semoga dapat suami yang soleh, dan semoga nas dapat apa yang terbaik untuk hidup nas , 
sayang awak <3






salam mahabbah ~
faa Izmir
10.10 pm
uitm salam

Sakit itu penghapus dosa :)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah walhamdulillah..

hanya syukur je yang ana mampu ucapkan....
syukur atas segala nikmat, syukur atas segala hikmah yang diperolehi sepanjang hidup di atas muka bumi ALLAH ni. Lama dah kan ana tak update blog ?
^^
banyak cerita nak berkongsi dengan bloggers sekalian~ pertama sekali ,
Alhamdulillah 24/1/2013, ana ke Ipoh, untuk menghadiri Majlis  sambut menantu Kak Ain dengan Abang Helmi. Tahniah kak Ain~ segan pulak nak tegur abg Helmi, apapun, welcome to the family laa~ :)
spent few days jugak dgn syira and family, family ana pun datang jugak. thanx mum for everything <3
Ahad balik Shah Alam semula, and Isnin keluar dengan wafi , for sure dia nak jumpa kakak dia je actually, alang-alang dh datang Shah Alam, bawak je laa beliau keluar lawat pusat bandar shah Alam ni.PKNS,SACC dengan Plaza Alam Sentral.first time main bowling..ana strike awalawal tu, tapi makin lama terus jadi teruk.spoil betul =.="
 then makan dekat Barra. tapi rasa macam ana banyak cakap dengan Nissa. kesian pulak kat wafi. Haha~ sorry weh ! ^^
Keluar pukul 12 tengahari, balik pukul 11 malam, tu pun sebab ada hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan.

Mungkin sebab banyak berjalan semalam tu, keesokkan harinya, pergi kuliah dengan tidak bertenaga sama sekali.Balik daripada kuliah, terus rasa hyper tak larat. boleh pulak malam tu, ana rasa macam lemah sangat, pastu terbaca kisah almarhumah sahabiah kita, anak solehah saudari siti hajar yang meninggal dunia akibat sakit. ana terus sebak, sebab dalam cerita tu, ada diceritakan sebagaimana kuatnya allahyarhamah hajar menanggung kesakitan dan menyandarkan segala pergantungan terhadap Allah taala. dengan air mata yang berair ana baca kisah tu sambil terfikir, Hajar sakit teruk tapi dia redha, tak mengeluh langsung, ana ni baru demam sikit dah mengeluh, padahal sakit tu kan penghapus dosa. Kalau Hajar boleh bertahan, kenapa tidak ana. betul tak ? Tak tahu laa kenapa malam tu sebak sangat. tambah pulak , macam-macam perkara yang berlaku dekat ana. tak pernah diceritakan disini yang ana ada salah faham dengan beberapa orang sahabat ana..dan segala perkara yang berlaku menyebabkan ana banyak bersendirian, memang lone ranger tu terserlah sangat. Pastu ana terfikir, mungkin Allah uji sebab Allah rindukan ana.ye laa, siapa laa kita yang sampai Allah nak rindu. ana terfikir macam ni je, mungkin disebabkan ana banyak spend masa dengan kawan, ada masalah apa cerita dekat kawan, sampai masa untuk meluahkan semua perkara dekat Allah tu kurang. Salah seorang sahabat ana bagitau, mungkin hikmah terjadinya semua ni sebab Allah nak ana kembali kepada dia, dalam erti kata kembalikan sepenuhnya pergantungan itu kepada Allah.Allah rindu nak dengar ana merintih kepadanya. ya,  Ana dah banyak lalai dalam kehidupan seharian. 
Astaghfirullahal azim.. :'(
tu laa, bila dah hidup sorang-sorang, jalan sorang-sorang, belajar pun kekadang sesorang je..baru rasa malu dekat Allah, baru rasa rindu yang teramat. Saat tu memang rasa nak beruzlah, menyendiri, menghabiskan masa bermunajat kepada Allah, tapi still , ana tak mampu lagi, betapa lemahnya iman manusia kan? ana insan daif, moga Allah ampunkan..Malam tu jugak , mak dengan kawan ana nasihat suruh pergi klinik @ pusat kesihatan UITM sebab ana cakap ana tak larat sangat.


Keesokan harinya lagi, 30/1/2013,
dalam pukul 10 pagi macam tu, ana jalan kaki pergi Pusat Kesihatan UITM. dah la tak breakfast apa pun, terus pergi PK sorang-sorang. lagipun pagi tu ada kelas, tapi ana skip sebab tak larat sangat. sampai dekat bilik doktor, check semua, doktor suruh masuk wad, sebab kena drift air, kira masukkan air dalam tube ke badan kita.Pastu ada urine test dengan blood test jugak la. first time kot ana kena masuk wad macam tu, so masa nurse masukkan jarum tu, rasa ngilu yang amat dekat tangan tapi tahan je laa, ana tak tengok. bila dah habis air tu, time nak keluarkan, baru tengok jarum tu. Ya rabbi ! panjang nya~ =,="  dan natijahnya, dapat  MC dua hari dan dapat 8 jenis ubat~ hoho.. Balik tu, ada test Malaysian Legal System , balik test terus pergi pasar malam dengan Ain , nissa dan 2,3 orang lain~ dhiah siap cakap, "izmira ni, demam-demam boleh pulak jalan-jalan"
hoho..ana memang suka berjalan sebab ana tak suka tido, kalau tido rasa macam lagi sakit. dek kerana gatal tangan beli minuman berais, so malam tu batuk semakin kuat . tu laa, pandai sangat, terus macam lelah sikit laa. nak tido pun susah. hewhew~ pengajaran buat diri sendiri, lain kali batuk jangan Minum ais !
so hari ni, 31/1/2013~ tido sepanjang hari , rest lah kononnya. haha..bangun-bangun terus siap-siap pergi beli makanan semua. demam still ada, batuk apatah lagi. tapi tetap bertahan ~ penyakit ni Allah timpakan untuk hapuskan dosa kita, yang penting, banyakkan bersabar ! ^^
drip air

ubat~

doakan semoga ana cepat sembuh~
salah ukhuwah, 
jaga kesihatan anda ^^
faa izmir,
31/1/2013
salam


Jan 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni kita sambut Maulidur rasul,, sungguh ana rindu pada Rasulullah s.a.w :')




rindu nak berselawat ramai-ramai macam dulu..
Allahu akbar..


Salam sayang ,
Faa Izmir
10.22 am
24/1/13
uitm s.a

Jan 20, 2013

Bus stop seksyen 2,Hentian seksyen 17 dan Dataran Cendekia

Assalamualaikum~

oh yaa, apa kaitan dengan tajuk di atas?sebenarnya pagi tadi, dalam pukul 9 lebih masa buat tugas harian *cewahh* , faa dapat mesej daripada pakcik uia. so, masa balas sms uncle tu..baru teringat nak pergi hentian bas seksyen 17 untuk beli tiket raya cina nanti. mula-mula bajet taknak balik, tapi bila fikir 9 hari cuti...takkan tak balik awokk ehh, lama tu~

koy taknak ler jadi makguard dekat mawar ni. haha. ^^

so pergi la siap-siap, dalam pukul 10 pagi pergi keluarkan duit dekat mesin Atm, dan tunggu bas dekat hentian Mawar ni. sebelum tu, ternampak sekor mak kucing gonggong anak dia, ingatkan nak bawak pergi mana, rupanya nak bawak masuk dalam kotak. comel sangat!! ^^ *cair*

comel sangat, geram betul tengok.. >.<


hentian mawar

okay , itulah dia..so pergilaa dekat seksyen 2, sampai dekat sana, cross jalan tu untuk pergi bus stop depan tu. kawan faa cakap kena naik bas T529. okayy, tunggu punya tunggu, dia tak berhenti! geram betul..pastu kali kedua tu berhenti laa. faa naik dengan 2,3 orang yang lain. dalam perjalanan , faa macam tak tau apa-apa..kuno kan? first time naik bas, selalunya naik teksi je.tapi ingat nak jimat duit,so naik laa bas. bas pergi balik 4 ringgit je.Teksi pergi balik 16 ringgit uols! Mahal kan? so nampak tak reason dia kenapa faa sanggup naik bas. Nak di jadikan cerita, tiba-tiba bas tu stop dekat Stesen KTM Shah Alam. mak aii jakun pulak den..orang lain semua keluar. so faa jadi cuak, aikk, aku sorang je? =='
so Faa pun keluar jugak. Muka blurr habis. last-last decide naik Teksi je lah..teksi masuk hentian bas shah Alam tu.. tambang RM 7. sedih-sedih..padahal bas tu lalu je lepas tu dekat stesen bas. cuma faa jaukun sangat tak tau. Malunyaaaaa~ >.<'' kenapa laa turun. aiseyy~

Pastu, pergi beli tiket untuk raya cina ke Terengganu, faa pilih bas Mahligai..
untuk tiket balik thaipusam yg cuti ni.. Faa naik plusliner sebab nak balik Ipoh jumpa Syira,Kak Nani and family~ wehee! bestnya.. Alhamdulillah :)

Balik dari beli tiket, macam biasa beranikan diri pergi tunggu bas dekat stesen bas depan INTEC tu..dah laa faa sorang perempuan, ramai pulak bangla dekat situ. aduyaii, diorang macam pelik kot tengok faa duduk bawah pokok tu, tak pergi pun depan bus stop. tidak laa cheq nak pii sana. Takut sebab semua laki. nasib baik ada makcik jual ayam golek kat tepi tu. takde laa risau sangat. then naik bas pergi seksyen 2, pastu balik uitm naik bas T603. Alhamdulillah~ selamat sampai bilik. pergi pukul 10, balik 12.45...sangatlah mencabar minda dan emosi.Sampai dekat hentian Mawar, Faa naik Dataran Cendekia dulu, beli makanan.
ni dalam bas, ohmaii senget, malas nak rotate. :)

Muka penat dalam bas. =,='' senget jugak.


Pintu masuk uitm . Main gate seksyen 2


Hentian Mawar , again.

Gazebo dekat Dataran Cendekia

Ni laa dataran cendekia :)

semua orang nak beli makanan ~ 


tempat kitorang selalu beli nasik dan lauk pauk.
okay, ni favourite, haha xD

senget lagi, tu kedai jual air..nampak tak dia gantung buah-buah, tapi plastik laa..

okay, ni dah dalam bilik.. lappy @ Fritz menunggu dah tu. haha..


So tu lah cerita dia..dua jam yang memberi pengalaman baru. Faa rasa nak gelak pun ada, nak marah pun ada, malu pun ye. entahlaa, macam-macam perasaan.. yang pastinya, kelakar pulak,sebab Faa keluar sorang-sorang tadi.
Uncle UIA dengan sis gojez jadi mangsa kena reply sms faa.
hehe..thanks to Bella sebab dah banyak membantu jawab soalan.nasib tak sesat :))

apa pun, semua tu satu pengalaman untuk kita. betul tak ? :)

Lepas ni boleh dah pergi dengan gembiranya~
      ^_^V

*Alhamdulillah walhamdulillah~

Jan 19, 2013

Its Bunny !

Assalamualaikum~

i would like to share about one of my junior at SMID.
well ya,
at the first time kitorang memang tak rapat, I just knew her as budak baru masuk . yepp dia new intake masa form 4, so i was a year older than her. :)
Sebab beliau sangat senyap, and i was kinda like senyap jugak kot.haha~
*senyap dengan orang yang tak biasa..bila dah biasa~~*
:)
so one day, our teacher chose budal-budak form 4 as new debaters for school's debate team, where i was the ex-member of the team. so i went to that kids, cakap-cakap,borak-borak sikit for the first time..kat situ kenal iz'aan and fahmi. their first meeting was so so funny. and from here i knew her. budak senyap tu..lama-lama we kept talking about debate, from debate, we talked bout other things and also gossips uols. how i miss that time. and day by day, we become close gittew~
sampai ada kawan-kawan semua tanya,
"macam mana awak boleh rapat dengan dia? dia senyap sangat."
i answered that with,
"sebab kami serupa, kami sama, kami sekepala,kami gila-gila~"
macam iklan Digi pulak kan? :p
I still remember the moment where we talked about TL, JK and so on dalam surau before solat. haha~
we always walked together,went outing and so on. I still remember the time where we went outing and bought a cup of ice-cream and eat it together <3
 I do miss the time , Hari Koperasi 2011, where we walked around the school , cakap-cakap pasal semua benda..and now dua-dua dah duduk jauh.
Masa amek result spm, she gave me my birthday present,aww thats so sweet! :) thanks dear~
and my lil sis pun dah habis Spm.
thanx iwani Ardini, you rocks!
thats lil sis dini yg comel dekat kiri, me and fida~ diorg tengok dekat  dini's phone i thought.haha~

dear bunny thank you for everything dear, good luck for the SPM result, semoga dini dapat straight A, dpt further study dekat overseas, dapat apa yang terbaik dalam hidup.dapat jodoh yang soleh~ Aminnn~. ^^


thanks for being a good sis for me. sister for eva my dear <3 ily~

Jan 9, 2013

Kematian itu menghampiri setiap detik

assalamualaikum ,

perkuburan baqi' ,Madinah. anak teringin dikuburkan disini.

alhamdulillah 'ala kulli hal. malam ni hati ana diketuk tentang kematian, jari jemari ligat menari di papan kekunci walaupun ana ada banyak assignment untuk disiapkan. sebabnya? salah seorang daripada sahabat ana kehilangan seorang daripada sanak saudaranya. Al-fatihah dan takziah ana ucapkan , semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.Amin..

ana teringat saat kematian seorang ahli keluarga besar ana, masa tu ana baru habis tingkatan tiga. Ana dikejutkan dengan berita tu, daripada Terengganu kami pergi melawat jenazah di Kelantan.tapi, ana tak tengok pun muka jenazah. sebab dah ditutup dan ana tak sampai hati nak bukak.sebagai bakti terakhir, ana hanya mampu habiskan tiga kali bacaan surah yassin, dan berasa agak terkilan sebab tak mampu nak bacakan satu naskhah Al-Quran untuk arwah. beberapa tahun sebelum tu, ada waris di kalangan keluarga ayah ana meninggal dunia sebab sakit. ana sempat melawat arwah di hospital Kubang Kerian.Masa tu , nenek ana ada jugak. arwah merupakan sepupu kepada nenek ana. lepas tu, nenek ana ada cakap dekat arwah yang terbaring tak sedarkan diri dekat wad, nenek ana cakap dia maafkan arwah,dia halalkan segalanya.dia cakap dia redha dan dia harapkan arwah dapat pergi dengan tenang. masa tu ana sebak walaupun ana masih budak kecil . kalian tahu kenapa? sebab arwah yang masa tu tidak sedarkan diri, tiba-tiba mengalirkan air mata. first time ana tengok. dan , MashaAllah sebaknya, terharu, dan perasaan sedih bercampur baur. nenek ana cakap lagi kat arwah yang nenek ana tahu arwah dapat dengar,nenek ana minta kalau arwah maafkan nenek ana, arwah gerakkanlah mata atau jari. subhanallah, subhanallah..bayangkantiba-tiba jari arwah bergerak dan anak mata yang terlindung disebalik kelopak mata yang lemah dan separuh terbuka kelihatan bergerak-gerak.

ana sangat-sangat sebak masa tu ,subhanallah. kagum dengan kuasa Allah. dan ana tengok sendiri ayah ana masa tu nangis..ye lah, sape tak sedih tengok ayah saudara sendiri dalam keadaan macam tu.semua yang ada dalam tu sebak.lepas tu ayah ana amek kain basahan, lap-lap muka arwah. ana hanya mampu berbisik dalam hati, 

"atok, walaupun orang tak baik sangat dengan atok, orang mohon maaf dan mintak halal semuanya. semoga atok dapat pergi dengan aman."

lantas ana menyeka air mata yang dah mula keluar. tak lama lepas tu, arwah meninggal dunia. ana pergi lawat jenazah. subhanallah, sebelum dikapankan, satu-satu anak arwah pergi cium arwah. ana tengok arwah yang pakai kopiah sebelum dikapankan masa tu, ya Allah, muka arwah tenang sangat. memang tak menipu kalau ana cakap muka arwah macam tersenyum. bersih sangat , jernih sangat air muka arwah.sampai ana tenang tengok jenazah arwah, dan ana rasa mungkin arwah dah dapat husnul khatimah. Alhamdulillah.

kematian ni, bila-bila masa akan datang menjemput kita. orang yang betul-betul beriman kepada Allah akan berasa gembira untuk menghadapi kematian kerana mereka dah tak sabar untuk menghadap Allah,cinta hati yang agung, manakala orang yang berdosa akan merasa sedih kerana takutkan azab di atas dosa mereka yang lalu.

sedangkan nabi Muhammad saw pun merasai sakitnya kematian, apatah lagi kita?

sama-samalah berdoa semoga Allah kurniakan husnul khatimah , yakni pengakhiran yang baik ,meninggal dunia dalam keadaan yang baik, diampuni dan diredhai, insyaAllah , amin..

sekian, salam takziah daripada ana kepada semua yang baru kehilangan orang yang tersayang, semoga tabah dalam menghadapi salah satu daripada ujian Allah kepada hambaNya ini.

AL-FATIHAH

-FaaIzmir
9/1/2013
9.17 pm

Jan 7, 2013

Iftar Jamaie di UITM SHAH ALAM

Assalamualaikum ,
:)
alhamdulillah walhamdulillah..

setelah berdukacita sebab dapat muet band 3 je, *alhamdulillah,bersyukur sangat la tu* ana puasa hari ni, sunat hari Isnin. kelas sampai pukul 4, pastu pukul 5 ada perjumpaan dengan pihak pengurusan kolej mawar.
dalam pukul 6.30 petang macam tu habis, faa, mizah dengan zati pergi PI, Pusat Islam uitm yakni Masji Sultan Mizan Uitm Shah Alam.Kami puasa hari ni , dan perginya ke sana untuk IFTAR~ iftar ni, bukak puasa ramai-ramai. untuk pengetahuan korang, faa first time pergi iftar puasa sunat dekat sana,sebelum ni puasa ramadha je bukak puasa dekata sana.huhu.. nak cakapnya betapa jahilnya sebelum ni. =.="

Setibanya disana, rasa macam sejuk mata memandang uols, akak-akak muslimah semua kat sana, abang-abang muslim pun ada. suasana dia, sebijik dengan suasana iftar dekat sekolah ana dulu. majoriti tudung labuh, memang tenang je rasa. lagipun ana sendiri bertudung labuh..rasa macam balik semula ke imtiaz~ kitorang makan dalam talam , satu talam 5 orang. alhamdulillah malam ni , kenyang rohani , kenyang jasmani. Alhamdulillah, ana rasa bahagia sangat. ^^ betul lah apa yang ALLAH janjikan, Dia akan datangkan kebahagiaan setelah kesedihan.yang penting , kita kena sabar ! setiap yang berlaku ada hikmahnya~

makan dalam talam~



muslimah~

nasi yang dah dicampur, macam pandangan dari mata seekor semut la pulak. :D

alhamdulillah, sejuk mata memandang uols.

faa dengan mizah :)

ni hari tu, kebetulan jumpa kereta warna purple ! *excited~

so thats all,
salam ukhuwah,
memburu halawatul iman~
faaIzmir
7/1/2013
9.58pm

Jan 5, 2013

MUET FREAK!

hai assalamualaikum~

hari ni faa tak larat nak cakap, as early in the morning dah membebel depan camera, so watch my video, hari ni post version , dalam format video. haha~
so thats all from faa,
have a nice day you guys~
salam sayang :)
faaizmir.
1.47 pm

Happy birthday !

Assalamualaikum ~


Hai~ hello commo esta?

alhamdulillah, hari ni dah maghrib dah. :3

*mamak, nasi goreng ayam special barra satu!*

eh tetiba..kgurau~ haha..So 5th januari 2013, kali ni faa ucapkan happy birthday to one of my bestie, best-friend kawan se-sekolah dulu, happy birthday wafi. aku doakan semoga panjang umur, murah rezeki, diampunkan segala dosa, diberkati hidup, dikurniakan jodoh yang solehah, pastu dapat jadi engineer yang success cemerlang gemilang terbilang gittew, dapat syahid, dapat masuk syurga, dapat anak pun soleh solehah, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa, dapat jadi kawan aku yang baik , dapat maintain tak gaduh dengan aku. *haha ni dah over ni* dan pelbagai lagi wish. senang criter, aku doakan kau dapat apa yang terbaik untuk hidup kau. haaa~ gittew.. ^^
So wafi , sila lahh ingat aku yang baik hati ni sampai bila-bila even kau dah kawen dengan ratu cantik negara euthopia dan menetap di afrika sekalipun~ jangan pernah lupakan aku tau tau? HAHAHA~ kgurau. *peace! ^^V*
cerita dia camni, semalam, faa and roomates semua ada dalam bilik, siap-siap nak solat semua. pastu roomates faa dgn kawan-kawan kitorang nak bukak puasa laaa kan. faa nak wish dekat pakcik wafi ni, ingat nak tunggu pukul 12 malam , tapi macam dah biasa orang buat . so, rasa macam nak buat bende yang pelik sikit, dia duduk jauh pulak..*faa ada dekat shah alam sekarang,wafi dekat terengganu* so oleh kerana nak bagi la kawan faa yang sorang ni surprise biar dia ingat besday dia yang ke 19th ni sampai bila-bila, faa pun bajet buat islamik gituuu~ sebab, dalam Islam , kan hari baru bermula lepas maghrib kan kan? macam korang baca doa akhir tahun, lepas maghrib ke lepas pukul 12 am? haaa~ so untuk diberkati, lepas amek wudhuk semua, faa bukak laa laptop and whatsapp wafi tanya besut dah azan ke belum and he was like, tak tahu dah azan ke belum. aihh sabar je laa. so faa call adik faa kat besut , dia cakap dah azan. then faa call wafi, dalam hati time tu, "aku nak cakap mcm mana ni lahaii, buat senyap je la".. pastu tetiba wafi angkat call and faa just pasang je muzik untuk besday tu.and let him dengar sampai habis. I dont know kenapa rasa nak gelak je.sambil wish sambil gelak.Hehe..Pastu, end call dan tengok roomate sengih-sengih..malu siaaa! >.<" faa cakap cepat2..
''besday kawan aku, kat terengganu'' and diorg like, "takpe..kitorang faham..apa salahnya kalau husband pun kan?''
aiseyy, budak ni fikir over the box laa istilah aku yang merepek
so faa cepat-cepat makan and solat. lepas tu, had a conversation with wafi. okay laa..okay laaa kan kan? *thumbs up!

so hari ni, senyap sikit laa, bagi peluang dekat kawan-kawan dia yang lain, dekat gf-gf dia yang ramai di luar sana. "sorry beb,faa xnak kacau bf korang ni,tak kacau tak kacau." :D
hahaha~
spend the day buat vid, discussion, assignments, fb ,twitter dan semuanya~

so macam mana besday kau wafi? best hari ni?^^
nahh,budak sengal nyaaaa,*buang h*  sila klik di sini

that's all from me,
assalamualaikum~
have a nice day readers!
salam sayang,
_faaIzmir_
7.33 pm
uitm sa
mawar~

Jan 3, 2013

Hai , i'm faa

hai assalamualaikum wbt to all of you, my dear bloggers, readers and whoever you are.



:')

heyy , nothing much to share actually , just a few things.

firstly , all of us now, i mean foundation students tengah risau nak tau result MUET . sebab siap hantar result ke rumah lagi. ohh risaunya.. =.="
Sebab unexpected kan, ada yang dapat band 2, ada yang dapat band 3 , dua markah lagi nak dapat band 4. faa target band 5, tapi tak tahu laa kan, sangat-sangat risau Allahurabbi..
Just now I call my sister , tanya ada ke tak surat result tu and she said takde lagi, can be consider yang area terengganu , pos tak bekerja hari ni , soooo bertunang faa! ehh silap dah, bertenang. *fuuuu~
Kawan faa cakap, semalam 3th jan, so ramai yang dapat semalam , dapat band 3. hari ni 4th jan, so ramai dpt band 4. ana harap dapat esok laa hendaknya, so dapat band 5. aminnn ya rabbal alamin. :)

secondly , yaa, esok 5th , birthday of one of my bestfriend. so gonna celebrate in in virtual. haha~
banyak plan sebenarnya, tapi disebabkan duduk jauh, so have to cancel whole plan lahh, bagus jugak, jimat duit.HAHAHA~ *gurau2, chill laa..btw, i planned to do something yg dia boleh ingat sampai bila-bila. haa gittuww~ semoga bahagia! aku nak buat cara Islam, bukan cara mat saleh dan mek saleh. so terima je lah okay okayyyy ? ^^ friend rocks!

akhir sekali, assignments dan presentation semakin datang mencurah-curah lagi~

ni yang nak nyanyi...

*hujan yang turun bagaikan mutiara~*

haha.. oh ya! dinner asasi 22 hb ni, tak tahu nak pakai apa, tema duchess uols!
ingat nak pakai purple, or pink , or green~ :)


so thats all, cuak lagi dengan MUET. Allahu yusahhilna aminn..

salam sayang ~
faaizmir
3.26pm

Crazy enough

hai assalamualaikum~

nothing much to share,
hari ni kelas psycho habis lewat so agak laa,letih to the max.
well, a few of vids yang baru fresh amek dr kilang tadi.
i wore a pashmina , as i myself tak selesa sangat, haha..
sebenarnya pashmina pun ohsemm~
can cover ur aurah well.
cumaaa i myself yg tak selesa.
so annoyed by myself aih..
well , tomorrow's tomorrow is my friend's birthday..so i have a plan to do kinda like prank gittew lhaa.muehehe *evilLaugh*
 but yet , secret cannot be share even to the wall aite? :D
walla~ thats all.
muka baik :D
pening ngadap lappy,mayb :p

gudnite buddies :)


and this one. 


with smiles,
faaizmir
1.50 am


Jan 2, 2013

Sakit-sakit bila nak sembuh?

Assalamualaikum,


entri hari ni, pasal sakit.
*uhukk uhukk.* cough.
*migrain*
*Sakit belakang*

dan pelbagai lagi penyakit yang menghantui faa and da geng. Orang kata , sakit ni penghapus dosa. ye laa kan, betul dah tu. ^^ macam ana, kurang zat dan vitamin. hewhew~
kawan ana, qifa dengan fikri pun selalu sakit macam tak sembuh-sembuh.
yang palik selalu makan ubat , qifa laa, kesian pulak tengok. tapi at least okay laa kan, takde la kronik sangat, qifa my best partner, iz doakan semoga kitak sihat ! =]

faa sebenarnya nak cakap cakap sikit laaa pasal tiga penyakit yang biasa menyerang remaja zaman sekarang.firstly batuk, memang biasa laa tu, habuk sikit batuk. kalau migrain, maybe sebab stress, cuaca panas dan lain-lain. kadang-kadang faa sampai depressive disorder gituu, doktor kata, biasa laa tu.. lagipun, ciknas, nissa dan ramai lagi kawan ana, ada migrain ! *penyakit paling sehati sejiwa ke apa?*

haha~

lastly, sakit belakang. yang ni memang laa ramai orang kena. abang faa pun kena , faa sendiri tengah sakit belakang ni, takleh duduk lama-lama. mula laa sakitnya. doktor suggest minum susu anlene. so semalam pergi dengan bella dekat speed mart seksyen 7 , beli susu anlene yang paket sederhana, faa amek perisa coklat sebab taknak bagi muak minum susu biasa. harga dia ? RM 20 lebih. agak laaa mahal kan kan ? *ehh b,nyah asal kau sihat je ? jeles aku tahu!*  :p

Mahal-mahal pun, baik untuk tulang, so takpe laa~

jadi blogger sekalian, jagalah kesihatan anda, makan makanan yang berkhasiat gittew tahu ?

okayyy ?

oraittt~
ni waktu tengah sakit, tengok mata pun dah lebam, tapi still menggila . muka pucat sikit . T.T

so thats all ,
salam friendship~
faaizmir ;)
uitms.a
9.49pm

Jan 1, 2013

2013 aku datang~

Assalamualaikum ,


hai hai ^^
gatal muka nak buat video , tapi malas pulakk campur malu dekat roomate gittew~ almaklumlahh malu ahh, nnti dikatanya faa nak meniru retiss kita mat luthfi :)) Mat Luthfi  ohsemmm ! so faa ended it up dengan klikk klikk kletang kletuuk menaip di papan keyboard untuk blog ni. haha. =]

Alhamdulillah dah tahun baru . azam tahun baru ? mesti lah berjaya dalam segalanya, dunia, akhirat. family, suami, anak, cinta dan sebagainya. ehh eheh, faa apa  ni faa? haha, serious ckp laa blogger sekalian, mesti laa kita nak yang terbaik kan kan? yang specialnya tahun ni, start tahun baru sebagai seorang mahasiswi, sebelum ni daripada tadika lagi start tahun baru sebagai budak sekolah. haha. :p so semoga tahun baru ni memberi seribu satu makna, kerahmatan dan keberkatan gittew.aminn~
"jauhi maksiat dan kelalaian, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan ~ ^^

Malam tadi pergi I-city dengan bella dan anis kononnya nak celebrate new year, tapi orang ramai bersesak-tolak so kitorang decided untuk balik seawal mungkin. balik bilik, faa continue buat assignment je, pukul 12 tepat keluar bilik sebab budak-budak ni semua jerit tengok bunga api dekat i-city tu. korang celebrate dekat mana new year ? aihh sedih pulak sebab faa ingat nak pergi solat hajat dengan ceramah ustaz azhar, tapi tak dapat pergi sebab pengangkutan takde. takde org nak temankan. T.T so, spent time dgn my syg2 cik anis n bella dekat i-city. tu pun jalan kaki. <3 korang.

oh yaa, sebelum tu, nak share sikit pasal video yang havoc faa rasa, hari tu main petik2 tali gitar secara rambang sebab tak pandai main sangat . nak practice tapi macam malas je. haha. so ni video daripada laptop tapi record balik guna hp. havoc kan? menakutkan je. dedicated to hang, ni yang faa nk tunjuk tapi tak sempat rituu..
menakutkan tengok muka tu. =.=" btw gitar tu warna biru, mcm x nampak sgt kan?

so alhamdulillah kelas berjalan macam biasa, assignment datang melimpah ruah macam coklat ! wehhee seronoknya~ yang paling excited faa nak belajar , citu @ fundamental of shariah~ eh ehh btw , mesti ada yang konfius kejap bahasakan diri aku, ana, faa pulak. hewhew.. aku tu, biasa laaa kn, ana means saya in arabic, boleh jugak maksudkan ana sebagai nama coz nama saya farhana ~ then , faa is my nick majoriti kawan dekat mlife, twitter and sn guna and ana sendiri selesa guna faa, as it is my commercial name gittew, haha~ *poyo sebentar. apa pun, atas keselesaan kita lah kan, tapi ingat , dalam islam, tak elok panggil orang dengan nama yang dia tak suka, sebab rasulullah larang tu.so jangan nak ejek kawan-kawan ke apa ke ya?
jadi sekadar ini untuk entri hari ni, selamat tahun baru semuaaaaa~




:)

salam sayang,
faaizmir,
uitm shah alam,
1 januari 2012,
10.43 malam