Alhamdulillah walhamdulillah..
hanya syukur je yang ana mampu ucapkan....
syukur atas segala nikmat, syukur atas segala hikmah yang diperolehi sepanjang hidup di atas muka bumi ALLAH ni. Lama dah kan ana tak update blog ?
^^
banyak cerita nak berkongsi dengan bloggers sekalian~ pertama sekali ,
Alhamdulillah 24/1/2013, ana ke Ipoh, untuk menghadiri Majlis sambut menantu Kak Ain dengan Abang Helmi. Tahniah kak Ain~ segan pulak nak tegur abg Helmi, apapun, welcome to the family laa~ :)
spent few days jugak dgn syira and family, family ana pun datang jugak. thanx mum for everything <3
Ahad balik Shah Alam semula, and Isnin keluar dengan wafi , for sure dia nak jumpa kakak dia je actually, alang-alang dh datang Shah Alam, bawak je laa beliau keluar lawat pusat bandar shah Alam ni.PKNS,SACC dengan Plaza Alam Sentral.first time main bowling..ana strike awalawal tu, tapi makin lama terus jadi teruk.spoil betul =.="
then makan dekat Barra. tapi rasa macam ana banyak cakap dengan Nissa. kesian pulak kat wafi. Haha~ sorry weh ! ^^
Keluar pukul 12 tengahari, balik pukul 11 malam, tu pun sebab ada hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan.
Mungkin sebab banyak berjalan semalam tu, keesokkan harinya, pergi kuliah dengan tidak bertenaga sama sekali.Balik daripada kuliah, terus rasa hyper tak larat. boleh pulak malam tu, ana rasa macam lemah sangat, pastu terbaca kisah almarhumah sahabiah kita, anak solehah saudari siti hajar yang meninggal dunia akibat sakit. ana terus sebak, sebab dalam cerita tu, ada diceritakan sebagaimana kuatnya allahyarhamah hajar menanggung kesakitan dan menyandarkan segala pergantungan terhadap Allah taala. dengan air mata yang berair ana baca kisah tu sambil terfikir, Hajar sakit teruk tapi dia redha, tak mengeluh langsung, ana ni baru demam sikit dah mengeluh, padahal sakit tu kan penghapus dosa. Kalau Hajar boleh bertahan, kenapa tidak ana. betul tak ? Tak tahu laa kenapa malam tu sebak sangat. tambah pulak , macam-macam perkara yang berlaku dekat ana. tak pernah diceritakan disini yang ana ada salah faham dengan beberapa orang sahabat ana..dan segala perkara yang berlaku menyebabkan ana banyak bersendirian, memang lone ranger tu terserlah sangat. Pastu ana terfikir, mungkin Allah uji sebab Allah rindukan ana.ye laa, siapa laa kita yang sampai Allah nak rindu. ana terfikir macam ni je, mungkin disebabkan ana banyak spend masa dengan kawan, ada masalah apa cerita dekat kawan, sampai masa untuk meluahkan semua perkara dekat Allah tu kurang. Salah seorang sahabat ana bagitau, mungkin hikmah terjadinya semua ni sebab Allah nak ana kembali kepada dia, dalam erti kata kembalikan sepenuhnya pergantungan itu kepada Allah.Allah rindu nak dengar ana merintih kepadanya. ya, Ana dah banyak lalai dalam kehidupan seharian.
Astaghfirullahal azim.. :'(
tu laa, bila dah hidup sorang-sorang, jalan sorang-sorang, belajar pun kekadang sesorang je..baru rasa malu dekat Allah, baru rasa rindu yang teramat. Saat tu memang rasa nak beruzlah, menyendiri, menghabiskan masa bermunajat kepada Allah, tapi still , ana tak mampu lagi, betapa lemahnya iman manusia kan? ana insan daif, moga Allah ampunkan..Malam tu jugak , mak dengan kawan ana nasihat suruh pergi klinik @ pusat kesihatan UITM sebab ana cakap ana tak larat sangat.
Keesokan harinya lagi, 30/1/2013,
dalam pukul 10 pagi macam tu, ana jalan kaki pergi Pusat Kesihatan UITM. dah la tak breakfast apa pun, terus pergi PK sorang-sorang. lagipun pagi tu ada kelas, tapi ana skip sebab tak larat sangat. sampai dekat bilik doktor, check semua, doktor suruh masuk wad, sebab kena drift air, kira masukkan air dalam tube ke badan kita.Pastu ada urine test dengan blood test jugak la. first time kot ana kena masuk wad macam tu, so masa nurse masukkan jarum tu, rasa ngilu yang amat dekat tangan tapi tahan je laa, ana tak tengok. bila dah habis air tu, time nak keluarkan, baru tengok jarum tu. Ya rabbi ! panjang nya~ =,=" dan natijahnya, dapat MC dua hari dan dapat 8 jenis ubat~ hoho.. Balik tu, ada test Malaysian Legal System , balik test terus pergi pasar malam dengan Ain , nissa dan 2,3 orang lain~ dhiah siap cakap, "izmira ni, demam-demam boleh pulak jalan-jalan"
hoho..ana memang suka berjalan sebab ana tak suka tido, kalau tido rasa macam lagi sakit. dek kerana gatal tangan beli minuman berais, so malam tu batuk semakin kuat . tu laa, pandai sangat, terus macam lelah sikit laa. nak tido pun susah. hewhew~ pengajaran buat diri sendiri, lain kali batuk jangan Minum ais !so hari ni, 31/1/2013~ tido sepanjang hari , rest lah kononnya. haha..bangun-bangun terus siap-siap pergi beli makanan semua. demam still ada, batuk apatah lagi. tapi tetap bertahan ~ penyakit ni Allah timpakan untuk hapuskan dosa kita, yang penting, banyakkan bersabar ! ^^
drip air |
ubat~ |
doakan semoga ana cepat sembuh~
salah ukhuwah,
jaga kesihatan anda ^^
faa izmir,
31/1/2013
salam
Sht dh ke? Jge diri molek! Kuat!
ReplyDelete