Jan 20, 2013

Bus stop seksyen 2,Hentian seksyen 17 dan Dataran Cendekia

Assalamualaikum~

oh yaa, apa kaitan dengan tajuk di atas?sebenarnya pagi tadi, dalam pukul 9 lebih masa buat tugas harian *cewahh* , faa dapat mesej daripada pakcik uia. so, masa balas sms uncle tu..baru teringat nak pergi hentian bas seksyen 17 untuk beli tiket raya cina nanti. mula-mula bajet taknak balik, tapi bila fikir 9 hari cuti...takkan tak balik awokk ehh, lama tu~

koy taknak ler jadi makguard dekat mawar ni. haha. ^^

so pergi la siap-siap, dalam pukul 10 pagi pergi keluarkan duit dekat mesin Atm, dan tunggu bas dekat hentian Mawar ni. sebelum tu, ternampak sekor mak kucing gonggong anak dia, ingatkan nak bawak pergi mana, rupanya nak bawak masuk dalam kotak. comel sangat!! ^^ *cair*

comel sangat, geram betul tengok.. >.<


hentian mawar

okay , itulah dia..so pergilaa dekat seksyen 2, sampai dekat sana, cross jalan tu untuk pergi bus stop depan tu. kawan faa cakap kena naik bas T529. okayy, tunggu punya tunggu, dia tak berhenti! geram betul..pastu kali kedua tu berhenti laa. faa naik dengan 2,3 orang yang lain. dalam perjalanan , faa macam tak tau apa-apa..kuno kan? first time naik bas, selalunya naik teksi je.tapi ingat nak jimat duit,so naik laa bas. bas pergi balik 4 ringgit je.Teksi pergi balik 16 ringgit uols! Mahal kan? so nampak tak reason dia kenapa faa sanggup naik bas. Nak di jadikan cerita, tiba-tiba bas tu stop dekat Stesen KTM Shah Alam. mak aii jakun pulak den..orang lain semua keluar. so faa jadi cuak, aikk, aku sorang je? =='
so Faa pun keluar jugak. Muka blurr habis. last-last decide naik Teksi je lah..teksi masuk hentian bas shah Alam tu.. tambang RM 7. sedih-sedih..padahal bas tu lalu je lepas tu dekat stesen bas. cuma faa jaukun sangat tak tau. Malunyaaaaa~ >.<'' kenapa laa turun. aiseyy~

Pastu, pergi beli tiket untuk raya cina ke Terengganu, faa pilih bas Mahligai..
untuk tiket balik thaipusam yg cuti ni.. Faa naik plusliner sebab nak balik Ipoh jumpa Syira,Kak Nani and family~ wehee! bestnya.. Alhamdulillah :)

Balik dari beli tiket, macam biasa beranikan diri pergi tunggu bas dekat stesen bas depan INTEC tu..dah laa faa sorang perempuan, ramai pulak bangla dekat situ. aduyaii, diorang macam pelik kot tengok faa duduk bawah pokok tu, tak pergi pun depan bus stop. tidak laa cheq nak pii sana. Takut sebab semua laki. nasib baik ada makcik jual ayam golek kat tepi tu. takde laa risau sangat. then naik bas pergi seksyen 2, pastu balik uitm naik bas T603. Alhamdulillah~ selamat sampai bilik. pergi pukul 10, balik 12.45...sangatlah mencabar minda dan emosi.Sampai dekat hentian Mawar, Faa naik Dataran Cendekia dulu, beli makanan.
ni dalam bas, ohmaii senget, malas nak rotate. :)

Muka penat dalam bas. =,='' senget jugak.


Pintu masuk uitm . Main gate seksyen 2


Hentian Mawar , again.

Gazebo dekat Dataran Cendekia

Ni laa dataran cendekia :)

semua orang nak beli makanan ~ 


tempat kitorang selalu beli nasik dan lauk pauk.
okay, ni favourite, haha xD

senget lagi, tu kedai jual air..nampak tak dia gantung buah-buah, tapi plastik laa..

okay, ni dah dalam bilik.. lappy @ Fritz menunggu dah tu. haha..


So tu lah cerita dia..dua jam yang memberi pengalaman baru. Faa rasa nak gelak pun ada, nak marah pun ada, malu pun ye. entahlaa, macam-macam perasaan.. yang pastinya, kelakar pulak,sebab Faa keluar sorang-sorang tadi.
Uncle UIA dengan sis gojez jadi mangsa kena reply sms faa.
hehe..thanks to Bella sebab dah banyak membantu jawab soalan.nasib tak sesat :))

apa pun, semua tu satu pengalaman untuk kita. betul tak ? :)

Lepas ni boleh dah pergi dengan gembiranya~
      ^_^V

*Alhamdulillah walhamdulillah~

No comments:

Post a Comment