Jan 9, 2013

Kematian itu menghampiri setiap detik

assalamualaikum ,

perkuburan baqi' ,Madinah. anak teringin dikuburkan disini.

alhamdulillah 'ala kulli hal. malam ni hati ana diketuk tentang kematian, jari jemari ligat menari di papan kekunci walaupun ana ada banyak assignment untuk disiapkan. sebabnya? salah seorang daripada sahabat ana kehilangan seorang daripada sanak saudaranya. Al-fatihah dan takziah ana ucapkan , semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.Amin..

ana teringat saat kematian seorang ahli keluarga besar ana, masa tu ana baru habis tingkatan tiga. Ana dikejutkan dengan berita tu, daripada Terengganu kami pergi melawat jenazah di Kelantan.tapi, ana tak tengok pun muka jenazah. sebab dah ditutup dan ana tak sampai hati nak bukak.sebagai bakti terakhir, ana hanya mampu habiskan tiga kali bacaan surah yassin, dan berasa agak terkilan sebab tak mampu nak bacakan satu naskhah Al-Quran untuk arwah. beberapa tahun sebelum tu, ada waris di kalangan keluarga ayah ana meninggal dunia sebab sakit. ana sempat melawat arwah di hospital Kubang Kerian.Masa tu , nenek ana ada jugak. arwah merupakan sepupu kepada nenek ana. lepas tu, nenek ana ada cakap dekat arwah yang terbaring tak sedarkan diri dekat wad, nenek ana cakap dia maafkan arwah,dia halalkan segalanya.dia cakap dia redha dan dia harapkan arwah dapat pergi dengan tenang. masa tu ana sebak walaupun ana masih budak kecil . kalian tahu kenapa? sebab arwah yang masa tu tidak sedarkan diri, tiba-tiba mengalirkan air mata. first time ana tengok. dan , MashaAllah sebaknya, terharu, dan perasaan sedih bercampur baur. nenek ana cakap lagi kat arwah yang nenek ana tahu arwah dapat dengar,nenek ana minta kalau arwah maafkan nenek ana, arwah gerakkanlah mata atau jari. subhanallah, subhanallah..bayangkantiba-tiba jari arwah bergerak dan anak mata yang terlindung disebalik kelopak mata yang lemah dan separuh terbuka kelihatan bergerak-gerak.

ana sangat-sangat sebak masa tu ,subhanallah. kagum dengan kuasa Allah. dan ana tengok sendiri ayah ana masa tu nangis..ye lah, sape tak sedih tengok ayah saudara sendiri dalam keadaan macam tu.semua yang ada dalam tu sebak.lepas tu ayah ana amek kain basahan, lap-lap muka arwah. ana hanya mampu berbisik dalam hati, 

"atok, walaupun orang tak baik sangat dengan atok, orang mohon maaf dan mintak halal semuanya. semoga atok dapat pergi dengan aman."

lantas ana menyeka air mata yang dah mula keluar. tak lama lepas tu, arwah meninggal dunia. ana pergi lawat jenazah. subhanallah, sebelum dikapankan, satu-satu anak arwah pergi cium arwah. ana tengok arwah yang pakai kopiah sebelum dikapankan masa tu, ya Allah, muka arwah tenang sangat. memang tak menipu kalau ana cakap muka arwah macam tersenyum. bersih sangat , jernih sangat air muka arwah.sampai ana tenang tengok jenazah arwah, dan ana rasa mungkin arwah dah dapat husnul khatimah. Alhamdulillah.

kematian ni, bila-bila masa akan datang menjemput kita. orang yang betul-betul beriman kepada Allah akan berasa gembira untuk menghadapi kematian kerana mereka dah tak sabar untuk menghadap Allah,cinta hati yang agung, manakala orang yang berdosa akan merasa sedih kerana takutkan azab di atas dosa mereka yang lalu.

sedangkan nabi Muhammad saw pun merasai sakitnya kematian, apatah lagi kita?

sama-samalah berdoa semoga Allah kurniakan husnul khatimah , yakni pengakhiran yang baik ,meninggal dunia dalam keadaan yang baik, diampuni dan diredhai, insyaAllah , amin..

sekian, salam takziah daripada ana kepada semua yang baru kehilangan orang yang tersayang, semoga tabah dalam menghadapi salah satu daripada ujian Allah kepada hambaNya ini.

AL-FATIHAH

-FaaIzmir
9/1/2013
9.17 pm

No comments:

Post a Comment