Feb 23, 2014

Ini kata hati tentang suara hati

Assalamualaikum..

katanya, nilai punya empangan dah hampir kering, doakan moga hujan turun. insya Allah..

ada tika , aku tertanya sendiri.
kosongnya hidup. bukan bermakna kau tak bahagia.
tak , aku bahagia. walaupun secara tipikal orang kata , kita ada Allah. takkan rasa sunyi.
betul , tapi fitrahnya manusia ada rasa sunyi.
dan ya , walaupun ramai kawan . tapi tak boleh nak rely on friends.
tak ada pun kawan yang betul-betul kau boleh lepas 100% kepercayaan.
walaupun yang baik itu ramai. tapi entahlah. mungkin sebab aku jenis susah nak percaya orang. terkadang, macam di post yang sebelum ni. kita selalu mengharapkan akan ada orang yang faham kita. yang akan senantiasa ada di waktu kita suka mahupun duka .

yang bilamana kau gembira , kau ketawa bersama dia.
bilamana kau sedih, dia akan datang dan menepuk bahumu sambil berkata,

"sabarlah wahai sahabat"

lalu memberikan satu pelukan mesra.

teringat dekat rara. :'/

masa dekat uitm, ada sorang sahabat. bila faa sedih , memang kami akan spend masa bersama dekat seksyen dua. walaupun rara bukan orang yang tinggi ilmu agama - dia, free hair, berpakaian biasa tapi punya sense of friendship yang sangat hebat .

for the first time aku rasa dihargai oleh seorang sahabat. bila di hadapan orang ramai , di depan kawan2 lelaki kami yang ikut serta berada di situ, dia peluk aku bila aku kata aku sedih. dan ya, dia tepuk bahu . rasa terharu. setiap kali aku kata aku sedih, atau bila dia lihat mata aku berkaca menahan tangis, rara akan selalu ada. selalu bagi sokongan. dan ya, tabahnya dia, bila dia punya masalah dia  juga akan datang dekat faa dan kami akan kongsi bersama, pastu nangis dan gelak sama-sama.

trust me, susah nak jumpa kawan macam tu sekarang. memang la ramai orang boleh kata,
"sabarlah.."

tapi tak ramai yang mampu bagi sokongan untuk kita betul-betul sabar seperti itu.

so kena tepuk bahu sendiri. kena istighfar sendiri. bila jatuh kena bangun sendiri.

 aku tak tau lah kenapa semenjak dua menjak ni rasa sedih. bahagia je, boleh gelak tawa tapi ada rasa disudut hati kecil tu, rasa gembira yang betul-betul tu , takde. walaupun aku baca quran , buat solat hajat bagai tapi rasa lagi. apa masalah tah hati ni. -_-
mungkin sbb tgk org lain bahagia , rasa jeles sikit. lol. hahah..
takde la.  sunyi yang pelik. Allah rindu aku mungkin? >//< samihni ya Allah..

 
hidup ni, kau tak boleh nak harapkan pada orang. sebab semua orang ada hidup mereka sendiri. semua orang ada masalah sendiri. so sebab tu aku tabahkan diri walau hakikatnya aku pun lembek jugak.

tak nak susahkan mak ayah, family ..
 taknak susahkan vp jugak. dia masih belum bergelar suami. tak perlu nak sibukkan dia dengan masalah aku yang kecik ni. lagipun kesian jgk , dia letih dgn kerjaya dia .
emme dgn el pun sama. masing-masing ada komitmen sendiri.

awkward kan? so aku cuba mulakan hidup baru dengan buat benda yang dapat menggembirakan aku.
cuba dengar kata hati.
contohnya, sayang gila dengan kelab debat. tapi terkadang ada sesetengah orang yang tak boleh aku hadapi , yang buat aku stress. so aku putuskan untuk lepaskan debat dan debate .
suara hati bisik untuk aku terus fokus pada minat dan tanggungjawab. fokus pada cita-cita. walaupun aku tahu aku dah hampakan bayak pihak. tapi aku kena pilih untuk masa depan aku sendiri. kalau bukan aku yang pilih, harus bagaimana lagi kan? :)
walaupun ada risiko kena perli lagi sebab kejap masuk kejap keluar.
tapi ini muktamad insya Allah..

nak berubah jadi baik?
so aku ubah apa yang patut diubah.

practice to be a lawyer , to help people with justice.
insya Allah.
antara minat dengan cita-cita.
aku pilih cita-cita.
terus fokus kejar cita-cita dan cinta.
insya Allah..


n/p : tahniah mas hidayu atas pernikahan beliau . :) mas hidayu dengan muhd hisyam. MH. sweet je , barakallahulakuma. :)



tunggu masanya nanti . sampai turn faa pulak insya Allah. tapi at least 5-6 tahun lagi la kan.
huhu..
nama tak sama la.

 爱 - J
haha :D may Allah bless, insya Allah.

salam sayang , 
faaizmir,
8.40pm
23/12/14
si

Feb 21, 2014

Ini kata hati tentang kawen?

Aassalamualaikum..
nikah , kahwin . married.

istilah yang membawa kepada penyatuan dua hati ke alam kehidupan berumah tangga.
bagi faa, ya , persediaan untuk kawen tu perlu. bukan setakat nak kawen tapi tak bersedia mental dan fizikal serta material juga.
semua ni sangat perlu tau.

tambah pulak zaman sekarang ni. nak bergantung pada seorang lelaki , memang susah.

nak dijadikan cerita, kawan faa dekat imtiaz dungun nak menikah hari ni. so terfikir lah, bila aku nak menikah ni. entah bila agaknya.

bonda suruh faa grad dulu.

5 years more to go.
 faa cuba jaga hati untuk bakal suami.yang faa sendiri tak tahu siapa .mungkin dia, moga benar itu dia.
bakal suami yang sah menjadi suami bila lafaz akad selesai disebut.
untuk suami yang sah seperti itu.

Faa taknak taruh harapan tinggi kepada sesiapa.
sebab biarlah suami yang paling berharga. bukan calon-calonnya.

semoga itu dia.

Faa hanya mampu doakan, semoga kami dapat apa yang terbaik untuk kami.

dan faa sentiasa berharap agar dia dapat jadi suami yang soleh . sebab faa tak berapa nak solehah sangat.. hewhew.

dan ya , 5 tahun lagi.


well, insya Allah. :)


p/s : kepada bakal suami yang namanya telah tercatat menjadi jodohku di lauh mahfuz.
walau siapa pun anda. percaya lah aku masih menunggu dirimu di sini . kalau yang telah dikhitbah ini orangnya. semoga kekal sampai syurga.
doakan aku mampu bertahan daripada godaan nafsu dan syaitan yang ingin mencipta persengketaan antara manusia.

Love.
ai.
pom rakk khun.

faaizmir
8.25 am
22/2/14

Feb 20, 2014

Ini Kata Hati - TERIMA KASIH ALLAH

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , walhamdulillah. masih lagi hidup pada hari ini walaupun terasa sakitnya semalam umpama malaikat maut ditepi.
terima kasih Allah..

topik pada hari ini ,
motifnya kembali kepada fitrah.
fitrah kita sebagai seorang hamba.

terkadang faa terfikir , bilamana terlalu mengutamakan kepentingan dunia , terus lalai dan alpa pada Allah. terkadang , kita rasa kita dah buat apa yang disyariatkan Allah , tapi mungkin kita hanya buat ala kadar , dan melebihkan fokus pada sahabat daripada ibadat.

umpama kita dengan kekasih hati. bayangkan perasaan kita jika kekasih hati yang dicintai lebih menghargai , lebih meluangkan masa kepada sahabatnya berbanding dengan kita.. sedih kan?
maka seprti itu jua ha kita dengan Allah. kita alpa dengan dunia , tapi Allah tetap dengan kasih ar-rahimnya menyayangi kita. Walaupun kita makin jauh daripada Allah, kita sibuk dengan hal kita sendiri , tapi Allah sentiasa mendekat, bahkan makin dekat . cuma hati kita yang keras tidak merasa cinta seperti Cinta kita pada Allah.

dah banyak kali sangat Allah beri petunjuk pada Faa. tapi seperti kalian juga, faa masih terus lalai dan mengulangi kelalaian silam.

umumnya , faa jenis yang akan fikir jauh dalam sesuatu perkara. faa jenis yang tak kisah dengan kawan-kawan. memang tak simpan dendam ke apa. dan ya , susah nak betul-betul percaya pada orang lain, sejujurnya.

Lalu apa kaitannya musibah ini dengan tajuk berterima kasih kepada Allah?

pada saat diuji dengan hal seperti itu, Faa duduk terfikir , sampai menangis teresak sendiri, bahkan sampai menangis di dalam solat , baru nak mengadu pada Allah rasa sedihnya bila kita ditinggal oleh sahabat yang kita sayang. diperlakukan seperti itu oleh sahabat sendiri.
satu saat ketika solat isyak, selepas baca surah Al-fatihah,faa monolog dalam hati,

"ya Allah, tak mampu aku nak tanggung semua dugaan ni.."

terus tiba-tiba RASA BAHU DITEPUK dengan kuat DARIPADA BELAKANG,  sampai faa tergerak ke hadapan.
walhal masa tu tengah solat , dan takde orang dalam bilik faa. roommate pergi makan.
 rasa macam ada malaikat dekat tepi yang tepuk bahu dan cakap ,

"sabarlah wahai manusia"

saat tu , masih dalam solat , terus menangis tersedu-sedu.. ,
Allahu Allah, rasa macam segala kesedihan yang faa pendam selama ni , segala duka yang terbuku dalam hati terluah saat menangis dalam solat. rasa jahilnya kita , rasa berdosa pada Allah..rasa dah jauh, dah banyak buat dosa...dan segala rasa menyesal seorang hamba terhadap Tuhannya..

selesai solat dan doa, terus faa tertidur di atas sejadah ..sampai lah roommate faa balik dan kejut faa..
masa tu , rasa lapang hati..rasa macam kesedihan tu semua hilang..

Terima Kasih Allah.. :')

kerana seakan DIBERI TEGURAN DARIPADA ALLAH , bahawa pergantungan di saat sedih atau gembira itu , hanya lah pada Allah. bukan maksud faa , semua kena dengan Allah, tak boleh cerita pada kawan pun..tak,bukan faa maksudkan macam tu..kita boleh bercerita kepada sahabat, kongsi suka duka tapi jadikanlah Allah itu sebagai tempat bergantung. khilaf faa sendiri sebab terlampau bergantung kepada kawan-kawan . sampai lupa Allah. walaupun kita solat , kita baca Quran tapi terkadang kita masih lalai dalam mengingati Allah.

Terkadang kita cakap , bagi nasihat dekat orang ramai, share post islamik dekat facebook, twitter bagai, tapi kita tak buat pun, kita sendiri tak ingat Allah..apa gunanya untuk diri sendiri?

kita makin jauh daripada Allah..
Faa sendiri rasa macam tu. selalu rasa macam lalainya diri ini .
pentingkan dunia, pentingkan pandangan manusia.

tipulah kalau kalian tak pernah rasa macam tu. kita semua pendosa , sering melakukan dosa.

kita , kalau dikhianati rakan , sudah rasa tidak akan percaya lagi . 
tapi Allah, walaupun kita abaikan suruhanNYA, tapi Dia masih tetap setia disisi , tanpa jemu menarik kembali kita untuk kembali ke jalan yang benar. menarik kita untuk kembali ke landasan yang betul..

Terima Kasih Allah..

hakikat diri faa sendiri, faa tak nak jadi terlampau jumud , jumud yang memberatkan hukum Allah walhal terdapat keringanan atau rukhsah yang Allah berikan kepada HambaNya..
sensitif , mungkin? Jangan buat macam orang tu hina sangat , macam tak tau agama .
seakan kita sombong dengan agama yang kita ada.

tapi faa pun taknak jadi orang yang jahil , sekular sehingga meringankan hukum Allah walhal kita dituntut untuk melakukan ibadat , tapi mengabaikan terus dari kehidupan.umpamanya , cakap pasal agama sana sini , berceramah sana sini , tapi tak amal pun. tak buat pun.

Faa , nak hidup secara bersederhana. macam orang biasa. tak perlu cakap banyak, yang penting kita buat. dan kita ajak orang lain untuk sama-sama buat kebaikan dengan tindakan, bukan sekadar berkata-kata.
 hidup sebagai seorang hamba yang mentaati suruhanNya..

kan kita genggam dunia  sambil memburu akhirat.

Faa nak hidup macam orang biasa , yang mampu mencapai bahagia bersama-sama keluarga dan sahabat dalam mengejar redha-Nya..

tanpa dendam , tanpa pendam , tanpa persengketaan. tanpa  menyakitkan hati orang lain..

hidup ,dengan mencontohi ahli keluarga rasulullah.

mulai saat ini ,
kita mulakan hidup baru .

sudikah kalian?

sudikah awak juga, bersama-sama menyertai saya ?

dalam suka duka, dalam sendu tawa .

Bismillah,

Terima Kasih Allah.

n/p : Opick - Anta  Allah

Engkau Yang Pengasih
Engkau Yang Penyayang
Engkau Yang Memaafkan segala kesalahan

Hanyalah pada-Mu semua kan bermuara
Suka duka dan airmata
Engkaulah Allah Yang Maha Memaafkan
Setiap dosa dan kesalahan

Yang tak pernah menolak satu pertaubatan
Karena Engkau Pemurah, Engaku Maha Penyayang
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Allah, anta Allah
Karena segala yang terjadi
Adalah diri-Mu menjadi saksi
Setiap luka dan perih

Engkaulah Allah yang akan mengobati
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Allah, anta Allah
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi

Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Allah, anta Allah
Allah Allah Allah..
Anta Ya Robbi


*Alhamdulillah..
Faaizmir,
2.26pm
21/2/14
si


Ini kata Hati tentang Moot Workshop dan first week yang sibuk.

Assalamualaikum.
alhamdulillah, masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni.

hari ini , pagi-pagi lagi dah berangkat ke Bar Council dekat KL. ada Workshop for Mooting. naik kereta abang fadhil , along with kak husna, ilyas dengan nadhirah. sampai sana, dah penuh. kami sampai lewat sikit sebab jauh kan perjalanan, sejam camtu.

Masuk tu , terus faa cari tempat kosong. kebetulan ada satu tempat kosong dekat tepi chinese. bila duduk dalam sejam camtu, that girls asked me ,
"u come from?"
"me? usim. what about you?"
"UUM"
"oh, we will be going to UUM next month !" *teruja, walaupun faa tak pergi.

terus, kami berbual mesra walaupun ada penceramah dekat depan. heihh. sejekap je borak. sebab lepas tu faa fokus pada speaker.Beliau cakap pasal arbitration , KLRCA etc2.
lepas tu , ada empat lima slot. daripada pukul 9.30 am sampai la pukul 6.00 pm. sangat lama sampai orang pun dah tersengguk-sengguk. ada sorang akak tu, exco mooting lawsoc.Faa cakap laa faa exco publicity and promotion,

"hebatnyaa you."
"hebat apa,you exco mooting lagi hebat"
*giggles*




balik-balik tu , ada musibah melanda. ada kereta kami yang kena tarik sebab parking tak betul.
kesian pulak. tapi camtu laa, alhamdulillah selamat sampai di kksi. terus, ada akak datang bagi checque yang faa punya elaun sem lepas. Alhamdulillah. di saat kita susah , Allah tolong dalam pelbagai cara kan?

Oh ya! First week ni sibuk dengan meeting Lawsoc, Legal  Glam night, meeting crew multimedia, meeting jaksa. pening ohh. tak lupa, kksi ada nak buat minggu bahasa. Jom lah, kita datang beramai-ramai. :)

Selain tu, faa dapat tahu satu khabaran yang tak diketahui sejauh mana kebenarannya.
rasa terkesima jap. jeles ke apa?dengki? cemburu? haha~ tapi yang lalu biarkan berlalu. kita hidup untuk masa depan. terima seadanya dan jangan memilih. yang penting, kena saling percaya. Buat lah apa yang kita rasa baik untuk kita. jangan harapkan orang. so kena percaya dan yakin yang kita boleh berjaya dalam hidup dan berjaya pada masa depan. No doubt. live a life :)
ingat senang ke nak survive kalau tersalah pilih subject yang susah untuk sem ni jem laa. haha.:] btw, tengah menyusun jadual  tugasan PIC dan krew multimedia untuk malam glam nie. so agak busy. huhu''

btw, ini sahaja untuk hari ini. sangat letih. semoga gembira semuanya dan anda juga. :)
p/s : np - apa khabar mu disana?
salam syg,
faa izmir -11.31 pm.
20/2/2014
si

Feb 17, 2014

ini kata hati dan coretan perasaan


apa erti hidup?
jika malam ini katamu bintang itu seakan mendekat.
hakikatnya ia sering beransur pergi makin jauh.
yang kelihatan dekat sebenarnya jauh.

bismillah. 
hakikat hari ini , sedikit sebanyak rasa menggunung geram dan sedih.
walaupun hari ini sepatutnya bergembira , hari pertama perkuliahan tapi entah kenapa, 
berat sungguh rasa hati. seakan ada sesuatu yang menghimpit lantas membelenggu diri.
ya, aku yang sedar bahawa kekusutan ini puncanya diri aku sendiri.
kejahilan silam , khilaf noda dosa yang seakan karma datang kembali. 
mungkin demi menghapus dosa-dosa silam , lalu hari ini terasa amat kelam.
apakah bisa aku mengerti, ini benar-benar khilaf sendiri.

terasa rapuhnya hati, bila kau sedar hidup itu hanya penuh dosa. 
walaupun tidaklah menghina dirimu jika dibandingkan mereka yang lainnya.
tapi tetap aku rasa sedih. 
debu dosa rasa bertepung di muka, tercalit di segenap ruang diri.
aduh hina sekali , apa guna hidup ini wahai diri?

Aku sedar , alpanya aku di masa silam. 
kejamnya aku dalam kehidupan,
angkuh dan alpa dengan nikmat dunia,
berdusta dan bersandiwara tak kira masa. nah, rasakan pembalasannya. 
walau Dia datangkan balasan itu dalam bentuk manusia. lantas bisakah aku memarahi mereka kerana bersikap teruk seperti itu hakikatnya puncanya ialah aku.

sedih? kecewa? marah? geram pada mereka?
apa faedahnya ya? bilamana hati sendiri tak kau jaga.
lihat faa,sedar faa. debu noda dosa yang tertampal itu sebenarnya yang harus kau cuci.
bukan mereka yang perlu kau baiki, tapi diri sendiri.
ya, diri sendiri.
agar nantinya, bila mana tingkah laku mu dan budi pekerti mu baik,
seluruh kulawangsa dunia tidak akan dapat lagi mempersoalkan..
kenapa dan kenapa?
dan pada saat itu, bisa saja kau berjalan tanpa risau.
bergerak tanpa takut.
kerna mulut-mulut mereka sudah tidak berupaya lagi meletuskan gejolak bahaya.


terduduk sendiri aku dalam sendu , 
juga kerana masalah hati. 
lantaran sedih menjengah secara tiba-tiba tanpa amaran walau sedetik.
hakikatnya aku juga manusia biasa. 
juga ingin merasa hidup bahagia.
bilamana kau bebas lakukan apa saja tanpa bimbang orang yang akan mengata.
aku juga manusia biasa,
yang ingin menyayangi dan disayangi manusia apa adanya,
aku juga manusia biasa, 
yang boleh hidup tanpa berpura-pura topeng semata.
hakikat aku juga seorang manusia.
punyai rasa, ingin merasa. dan mudah terasa.


seakannya, 
hidup susah mati pun susah. lalu nak diapakan?
diam saja? 
apa tiada guna kau jadi manusia?
apa?
lalu marilah berubah ke arah yang lebih baik.
yang mesra bila bicara . yang ramah berkata-kata. 
yang menjaga batas budinya.
mudah-mudahan..
segala yang baik itu kan dari tuhan.
yuk doa !

hari ini, meeting lawsoc selepas habis kuliah.
satu keluarga, tapi masih aku rasa kurangnya.
walaupun ada dia dan mereka,
masih aku rasa jauhnya.
entah kenapa.
jauh.

terus, tika waktu pulang,
rasa sebak menjengah. katanya kak indah , mungkin kerna Allah sapa dengan hidayah. kerana aku berbeza dengan orang lain. bukanlah status keturunan yang kaya raya. tidak, aku miskin saja. tapi yang dikata kaya kerna hafazan Al-quran yang ada.  katanya pak ustaz , 

"kamu insan-insan yang terpilih. Allah pilih yang hebat untuk jaga kalamNya.bukan main-main"

hebat apalah sangat aku ini. susah untuk kekalkan semuanya. tapi masih ku coba untuk menjaga semua ayat-ayat cinta dari Allah, moga terus berhasil.
orang lain lagi hebat. ya, bukan mudah nak hafal 30 juzuk. bukan mudah nak maintain hafazan. tambah pula aku ini jenis yang mudah terpengaruh dengan orang. *seriously*
susah , bila rasa marah sikit, kau mula nak marah.
bila rasa sedih sikit, kau mula nak menangis.
tapi harus bagaimana? itu fitrah manusia bersifat lemah.
aku juga manusia. lemah , tak berdaya.
tapi ingin sekali aku mencapai bahagia.
walau sebentar cuma. 

jadi, konklusinya aku ingin mengubah diri sendiri.
yang lepas itu biarlah berlalu.
yang lepas itu sudahlah.
walaupun kita tidak boleh mulakan hidup yang baru,
tapi kita bisa buka buku baru. 
buat diri faa sendiri. mulai esok dan seterusnya, 
coba , coba hidup dalam dunia yang tidak kekal ini, sebaik yang mungkin. coba jadi baik. 
coba untuk tidak menyakiti orang lain.
coba untuk menjaga hati sendiri juga. kalau bukan kau yang jaga hati sendiri. nak harapkan siapa lagi?
merah sudah mata aku menangis fikirkan semua ini. kalau bisa, ingin saja aku berlari pergi daripada dunia sebegini. 
yang gila dengan persengketaan dan kemusnahan alam belum lagi dengan sifat kejamnya dan perangainya manusia.
siapa sanggup hidup begini? tapi apa saja yang kita bisa lakukan? selain meneruskan hidup yang seperti ini. 
mungkin, bisa saja kita hidup dengan kawasan yang sama, tapi cara kita hidup itu perlu diubah. kita jadi baik.
ayuh , cuba untuk jadi baik. kita bersama-sama jadi baik!
insya Allah..

sekadar ini saja coretanku.
moga apa yang telah hilang sirna bakal bergemerlapan semula. 
ya, kau boleh faaa !
kau boleh. 

ya, aku boleh!

p/s : terima kasih buat Allah dan rasulnya,yang selalu ada di hati saat suka duka.
terima kasih family, kerana selalu disisi. terima kasih buat dia , yang sentiasa cuba untuk memahami.terima kasih kawan, kerana kalian aku tidak sunyi lagi.

terima kasih semuanya..
*kesat air mata*

Faa izmir.
11.43pm
17/2/14
si

Feb 16, 2014

Rezeki, Jodoh dan ajal itu ketetapan tuhan.

Assalamualaikum ,




Rezeki
bila mana kita berjaya dalam hidup , atau gagal , atau masih tak berupaya memperoleh kejayaan, berdoalah kepada-NYA, kerana hanya dia yang mampu membantu mu. faa sendiri mengaku yang faa bukan seorang yang bijak pandai berotak geliga. baca terus faham. Tak, faa jenis susah sikit nak faham tambah-tambah subjek arab. kena bac banyak kali. sampai ada satu paper syariah sem lepas, nangis-nangis sambil baca nota, dengan tangan menggigil sebab takut sangat. Alhamdulillah boleh jawab soalan tu dan berjaya lulus. itu yang dinamakan rezeki, bila berjaya itu rezeki. segala kelengkapan itu rezeki.

selalunya kita mesti fikir, kenapa kita tak bijak macam orang lain? betul kan? selalu je camtu. kita selalu sedih sebab tak dapat nak fokus biar pun dah baca banyak kali bagai.walhal sebenarnya kita tak sedar yang kita bijak. cuma mungkin usaha kita kurang. yang pasti, jangan pernah rasa rendah diri. jangan pula meninggi diri atau sombong. berusahalah , dan banyakkan berdoa. setelah itu, bertawakkallah kepada Allah. rezeki itu milik Allah. bila bila dia boleh bagi, bila bila masa juga Dia boleh tarik kembali. bersyukurlah atas nikmat rezeki yang kita peroleh hari ini kerana mungkin esok ia sudah tidak ada. (^_^)

Jodoh

satu ketetapan Allah , yang semua orang nak tahu. betul tak? yang pasti, jodoh ini juga ketentuan tuhan. kalau anda betul-betul suka dekat seseorang, kalau serius, doa kepada Allah , dan minta dengan cara yang baik. bukan couple bagai ni sebab , kalau kita serious nak hidup dengan dia, bagitau keluarga kita dan keluarga dia. :) dan yang pasti, kenal dulu latar belakang orang tu macam mana. baik ke tidak , gila ke waras . yang pasti iman yang menjadi ukuran. kalau hensem bijak tapi tak beriman tak guna jugak kan? :)

kadang-kadang kalau berjiwang tu, kalau faa la, bukan nak sangat ikut macam scene-scene jiwang suami isteri jalan pegang tangan bagai. tapi faa , kalau faa laa, nak tahu siapa la sebenarnya jodoh kita ni. nak tahu sape je. hoho~ even memang la nak kahwin dn hidup dalam dunia keluarga ni, tapi untuk masa sekarang, faa rasa belum sampai masanya lagi. faa dah bersedia dah nak jadi isteri dari sudut agama dan spiritual dan psikologi. ecewahh. tapi dari sudut fizikal tu belum. sebab? nak grad dulu , nak berbakti dulu. kepada mak ayah. at least biarlah diorang merasa kejayaan faa ni. macam kawan faa cakap dekat faa, 

"ayah aku cakap kawen la bila aku dah jadi doktor setahun dua lepas tu. sebab bila grad , at least ayah aku dapat rasa yang aku berjaya atas nama dia, kerana dia. bukan aku berjaya kerana suami aku. so ayah aku akan rasa yang dia puas hati dan gembira dapat tengok anak-anak dia berjaya dengan usaha dia sendiri."

 hebat kan? so macam tu la, at least bahagiakan dulu mak ayah dengan bagi kejayaan kita. even sebenarnya kahwin muda pun takde masalah, lagi berkat. tapi mak faa nak faa study dulu sampai dapat grad. ibu dia pun macam tu jugak. so chill, nikmati masa muda anda. haha :)) Pada pendapat faa, kalau dua-dua dah serious ni..baik khitbah terus. khitbah maksudnya, bertunang secara Islam. macam mana nak bertunang secara Islam ? tak perlu pun adat berpantun tu. cuma cukup sekadar bincang elok-elok, bagitahu keluarga dan dapatkan persetujuan kedua-dua pihak. kiranya macam kita dah tanda,cop.. bertunang. Lain tau daripada couple. apa yang lain? couple ni, declare kekasih hati, bersayang-sayang, berdating bagai. kalau khitbah, sekadar tanda yang kita nak nikah dengan dia pada waktu sekian-sekian. dan tak perlu contact bagai pun. khitbah ni yang sebenarnya proses perkenalan antara dua pihak. bukannya macam yang orang tua-tua cakap, 

"tak payah laa tunang dulu, kenal dulu laa.."

tu yang jadi macam sekarang ni. berkenal-kenalan @ bercouple bagai. pastu bila dah tunang, buat macam dah kawen pulak . padahal baru tunang. sebab tu Islam anjurkan untuk khitbah (ikat @ tunang) bertunang, ertinya kalian tidak boleh dipinang dan menerima pinangan orang lain. proses untuk kenali hati budi. dan seharusnya dirahsiakan. sebab , kalau tak serasi, boleh batalkan pertunangan tu. tapi sebaiknya, biarlah pertunangan itu kekal ke jinjang pelamin kan? :)

sebab , kalau kita dah pilih orang untuk khitbah tu.kalau faa, faa akan risik habis siapa dia. at least , tanya kawan-kawan beliau. tengok dengan siapa dia bergaul, cara dia cakap dengan orang lain macam mana. dah macam FBI kot selidik satu-satu. haha. tak boleh nak suka pastu istikharah je tanpa tengok latar belakang dia. kan kalau nak nikahi perempuan kena tengok 4 perkara, rupanya, keturunannya, hartanya dan imannya. yang paling baik, lihat lah pada imannya, kerana sesungguhnya rupa itu akan dimamah usia, hartanya akan membuatkannya sombong di dunia dan keturunan bukan jaminan dia baik. tapi kalau pilih yng beragama dan baik akhlaknya, insya Allah kamu akan beruntung.

jadi alhamdulillah , Faa dah pilih seorang insan yang baik, insya Allah. yang rare daripada orang lain. yang tak macam lelaki lain. kerana faa melihat pada agamanya dan akhlak beliau terhadap sahabat, orang tua dan semua orang. malah, orang yang kenal dia, setakat yang faa tanya akak-akak dan abang-abang law yang hebat-hebat, semua kata dia baik. baik yang menitik berat pasal agama, dan beliau tidak hipokrit malah faa tengok dia macam reflect diri faa. kalau refer to previous post pun, faa ada cakap faa nak cari orang yang sama macam faa kan? he's the one. me in male version maybe. haha. dan ya, insya Allah, doakan ya , semoga dia yang terbaik untuk faa. semoga kami dijodohkan bersama. walau siapa pun dia. walaupun kami tak berhubung macam orang lain. tanya khabar pun jarang sekali, tapi faa tak kisah. jika di saat ini dia menjaga thiqahnya, maka itu lebih baik walau tak rapat macam orang lain. Sebab dia ada hidup dia sendiri dan faa pun ada hidup faa. tak pernah cakap sayang, tak pernah cakap cinta ke apa. walaupun kita terpengaruh dengan drama-drama jiwang yang nak berkasih sayang rindu cinta bagai , memang ada. tak dinafikan sebab faa pun normal dan berfitrah manusia normal. tapi mujahadah , sabar kerna itu juga satu jihad. jihad melawan nafsu. kalau kita nak jodoh yang baik, haruslah kita juga berusaha untuk jadi baik kan? (^_^)
tiba masanya bila diijabkabulkan , baru boleh fikir pasal semua hal dan madah dalam marriage life tu. dan ya, ini serius. :) bonda pun bersetuju dengan pilihan faa. towards a better future , for ad-deen. Insya Allah.




Ajal


Sejak akhir - akhir ni , selalu dengar pasal berita kematian . tak kira dalam apa jua bentuk kematian sama ada sebab accident ke , sebab kena bunuh ke, sebab sakit ke apa ke. Kata orang, dah sampai ajal, manusia akan pergi jua.  betul , ajal itu atas kehendak tuhan semuanya. kita sendiri tak tahu bila ajal kita. esok ke, lusa ke, seminit lagi ke. Takut kan nak mati? sebab amalan rasa macam tak cukup je. sebab tu, kita kena selalu muhasabah kembali. zaman sekarang ni , manusia kena pandai amal dan praktik daripada sekadar bercakap kosong. sebelum judge orang , lihat kembali kita ni dah cukup bagus ke belum . cukup ke belum amalan tu. :) sebab tu terkadang faa sendiri lebih selesa hidup secara sederhana. hidup dalam keadaan kita buat sesuatu dan kita tahu limitation , batas-batas kita dalam setiap perkara. takutnya nanti kalau sibuk judge orang, tapi diri sendiri tunggang langgang. takutnya nanti terlebih bersosial sampai terbalik terhumban dalam dosa. jadi hiduplah secara sederhana. :) tak terlalu jumud dan tak terlalu sosial. itu yang terbaik. kerana bila tibanya ajal, maka sedetik pun tak bisa diputar kembali , tak bisa diundur lagi. maka , berdoalah, semoga tibanya ajal dengan pengakhiran yang baik. bagus sebenarnya ingat mati ni. jadi doakan,semoga kematian kita nanti secara baik dan tenang, mudah-mudahan. :)

akhir kalam , segala kejayaan, jodoh dan ajal ini semua kuasa Allah. hanya Dia yang tahu dan sesungguhnya Dia yang maha mengetahui. banyakkan berdoa ya ! :)

setakat ini dulu dari faa, salam sayang, semoga baik-baik semuanya.
Faaizmir
16/2/14 @11.30pm
sutera indah


Feb 8, 2014

Cuti Sem 1 - 1st year . :]

assalamualaikum ,

bismillah ,
cuti semester satu.
dah satu semester rupanya faa bergelar seorang pelajar syariah dan undang-undang.
sem satu yang super busy.
dengan kelas , dengan latihan debat, lawsoc dan semua perkara yang berlaku. sampai the end of semester, sampai masa ALSP2 pun banyak perkara berlaku.:)

cuti sem selama tiga minggu ni ,
Minggu pertama pergi rumah kak nani and family , thanks for everything. :)
minggu kedua stay rumah nenek with makteh and paksu. best ohh, belajar melukis dengan makteh. dah banyak potrait dilukis : syira, me , kak wani , alif , kak anis , abg khairi, luqman, dekjah, muka sendiri,mior, mahirah, AJ,syazana dan bnyk lg oh ! dah habis dah satu sketch pad tu. :D makteh bagi markah 85% oh lukisan kak anis. haha ~
minggu ketiga baru jejak rumah . minggu akhir ni spend masa dengan family, home sweet home ! ^^

sepanjang minggu, buat poster, buat video. kerja ada je walaupun cuti. hoho~
baru sampai rumah pun terus upload teaser , contact zaim sebagai boss untuk dapatkan kelulusan. hewhew~

next week dapat result,
cuak sangat sampai dah tak mampu nak fikir pasal result dah.
next week jugak daftar course.
next week la jugak nak balik nilai. :) ohsemm ~

May Allah bless , have a blast ! assalamualaikum~

p/s sambungan 14/2: alhamdulillah, dah dapat result pada 12/2. dpt atas sikit daripada 3.0,
ok la..alhamdulillah :)) semua lulus. dah daftar subjek. next sem, semoga segalanya berlangsung dengan baik.

May Allah bless , have a blast ! assalamualaikum~