Feb 17, 2014

ini kata hati dan coretan perasaan


apa erti hidup?
jika malam ini katamu bintang itu seakan mendekat.
hakikatnya ia sering beransur pergi makin jauh.
yang kelihatan dekat sebenarnya jauh.

bismillah. 
hakikat hari ini , sedikit sebanyak rasa menggunung geram dan sedih.
walaupun hari ini sepatutnya bergembira , hari pertama perkuliahan tapi entah kenapa, 
berat sungguh rasa hati. seakan ada sesuatu yang menghimpit lantas membelenggu diri.
ya, aku yang sedar bahawa kekusutan ini puncanya diri aku sendiri.
kejahilan silam , khilaf noda dosa yang seakan karma datang kembali. 
mungkin demi menghapus dosa-dosa silam , lalu hari ini terasa amat kelam.
apakah bisa aku mengerti, ini benar-benar khilaf sendiri.

terasa rapuhnya hati, bila kau sedar hidup itu hanya penuh dosa. 
walaupun tidaklah menghina dirimu jika dibandingkan mereka yang lainnya.
tapi tetap aku rasa sedih. 
debu dosa rasa bertepung di muka, tercalit di segenap ruang diri.
aduh hina sekali , apa guna hidup ini wahai diri?

Aku sedar , alpanya aku di masa silam. 
kejamnya aku dalam kehidupan,
angkuh dan alpa dengan nikmat dunia,
berdusta dan bersandiwara tak kira masa. nah, rasakan pembalasannya. 
walau Dia datangkan balasan itu dalam bentuk manusia. lantas bisakah aku memarahi mereka kerana bersikap teruk seperti itu hakikatnya puncanya ialah aku.

sedih? kecewa? marah? geram pada mereka?
apa faedahnya ya? bilamana hati sendiri tak kau jaga.
lihat faa,sedar faa. debu noda dosa yang tertampal itu sebenarnya yang harus kau cuci.
bukan mereka yang perlu kau baiki, tapi diri sendiri.
ya, diri sendiri.
agar nantinya, bila mana tingkah laku mu dan budi pekerti mu baik,
seluruh kulawangsa dunia tidak akan dapat lagi mempersoalkan..
kenapa dan kenapa?
dan pada saat itu, bisa saja kau berjalan tanpa risau.
bergerak tanpa takut.
kerna mulut-mulut mereka sudah tidak berupaya lagi meletuskan gejolak bahaya.


terduduk sendiri aku dalam sendu , 
juga kerana masalah hati. 
lantaran sedih menjengah secara tiba-tiba tanpa amaran walau sedetik.
hakikatnya aku juga manusia biasa. 
juga ingin merasa hidup bahagia.
bilamana kau bebas lakukan apa saja tanpa bimbang orang yang akan mengata.
aku juga manusia biasa,
yang ingin menyayangi dan disayangi manusia apa adanya,
aku juga manusia biasa, 
yang boleh hidup tanpa berpura-pura topeng semata.
hakikat aku juga seorang manusia.
punyai rasa, ingin merasa. dan mudah terasa.


seakannya, 
hidup susah mati pun susah. lalu nak diapakan?
diam saja? 
apa tiada guna kau jadi manusia?
apa?
lalu marilah berubah ke arah yang lebih baik.
yang mesra bila bicara . yang ramah berkata-kata. 
yang menjaga batas budinya.
mudah-mudahan..
segala yang baik itu kan dari tuhan.
yuk doa !

hari ini, meeting lawsoc selepas habis kuliah.
satu keluarga, tapi masih aku rasa kurangnya.
walaupun ada dia dan mereka,
masih aku rasa jauhnya.
entah kenapa.
jauh.

terus, tika waktu pulang,
rasa sebak menjengah. katanya kak indah , mungkin kerna Allah sapa dengan hidayah. kerana aku berbeza dengan orang lain. bukanlah status keturunan yang kaya raya. tidak, aku miskin saja. tapi yang dikata kaya kerna hafazan Al-quran yang ada.  katanya pak ustaz , 

"kamu insan-insan yang terpilih. Allah pilih yang hebat untuk jaga kalamNya.bukan main-main"

hebat apalah sangat aku ini. susah untuk kekalkan semuanya. tapi masih ku coba untuk menjaga semua ayat-ayat cinta dari Allah, moga terus berhasil.
orang lain lagi hebat. ya, bukan mudah nak hafal 30 juzuk. bukan mudah nak maintain hafazan. tambah pula aku ini jenis yang mudah terpengaruh dengan orang. *seriously*
susah , bila rasa marah sikit, kau mula nak marah.
bila rasa sedih sikit, kau mula nak menangis.
tapi harus bagaimana? itu fitrah manusia bersifat lemah.
aku juga manusia. lemah , tak berdaya.
tapi ingin sekali aku mencapai bahagia.
walau sebentar cuma. 

jadi, konklusinya aku ingin mengubah diri sendiri.
yang lepas itu biarlah berlalu.
yang lepas itu sudahlah.
walaupun kita tidak boleh mulakan hidup yang baru,
tapi kita bisa buka buku baru. 
buat diri faa sendiri. mulai esok dan seterusnya, 
coba , coba hidup dalam dunia yang tidak kekal ini, sebaik yang mungkin. coba jadi baik. 
coba untuk tidak menyakiti orang lain.
coba untuk menjaga hati sendiri juga. kalau bukan kau yang jaga hati sendiri. nak harapkan siapa lagi?
merah sudah mata aku menangis fikirkan semua ini. kalau bisa, ingin saja aku berlari pergi daripada dunia sebegini. 
yang gila dengan persengketaan dan kemusnahan alam belum lagi dengan sifat kejamnya dan perangainya manusia.
siapa sanggup hidup begini? tapi apa saja yang kita bisa lakukan? selain meneruskan hidup yang seperti ini. 
mungkin, bisa saja kita hidup dengan kawasan yang sama, tapi cara kita hidup itu perlu diubah. kita jadi baik.
ayuh , cuba untuk jadi baik. kita bersama-sama jadi baik!
insya Allah..

sekadar ini saja coretanku.
moga apa yang telah hilang sirna bakal bergemerlapan semula. 
ya, kau boleh faaa !
kau boleh. 

ya, aku boleh!

p/s : terima kasih buat Allah dan rasulnya,yang selalu ada di hati saat suka duka.
terima kasih family, kerana selalu disisi. terima kasih buat dia , yang sentiasa cuba untuk memahami.terima kasih kawan, kerana kalian aku tidak sunyi lagi.

terima kasih semuanya..
*kesat air mata*

Faa izmir.
11.43pm
17/2/14
si

No comments:

Post a Comment