Feb 16, 2014

Rezeki, Jodoh dan ajal itu ketetapan tuhan.

Assalamualaikum ,




Rezeki
bila mana kita berjaya dalam hidup , atau gagal , atau masih tak berupaya memperoleh kejayaan, berdoalah kepada-NYA, kerana hanya dia yang mampu membantu mu. faa sendiri mengaku yang faa bukan seorang yang bijak pandai berotak geliga. baca terus faham. Tak, faa jenis susah sikit nak faham tambah-tambah subjek arab. kena bac banyak kali. sampai ada satu paper syariah sem lepas, nangis-nangis sambil baca nota, dengan tangan menggigil sebab takut sangat. Alhamdulillah boleh jawab soalan tu dan berjaya lulus. itu yang dinamakan rezeki, bila berjaya itu rezeki. segala kelengkapan itu rezeki.

selalunya kita mesti fikir, kenapa kita tak bijak macam orang lain? betul kan? selalu je camtu. kita selalu sedih sebab tak dapat nak fokus biar pun dah baca banyak kali bagai.walhal sebenarnya kita tak sedar yang kita bijak. cuma mungkin usaha kita kurang. yang pasti, jangan pernah rasa rendah diri. jangan pula meninggi diri atau sombong. berusahalah , dan banyakkan berdoa. setelah itu, bertawakkallah kepada Allah. rezeki itu milik Allah. bila bila dia boleh bagi, bila bila masa juga Dia boleh tarik kembali. bersyukurlah atas nikmat rezeki yang kita peroleh hari ini kerana mungkin esok ia sudah tidak ada. (^_^)

Jodoh

satu ketetapan Allah , yang semua orang nak tahu. betul tak? yang pasti, jodoh ini juga ketentuan tuhan. kalau anda betul-betul suka dekat seseorang, kalau serius, doa kepada Allah , dan minta dengan cara yang baik. bukan couple bagai ni sebab , kalau kita serious nak hidup dengan dia, bagitau keluarga kita dan keluarga dia. :) dan yang pasti, kenal dulu latar belakang orang tu macam mana. baik ke tidak , gila ke waras . yang pasti iman yang menjadi ukuran. kalau hensem bijak tapi tak beriman tak guna jugak kan? :)

kadang-kadang kalau berjiwang tu, kalau faa la, bukan nak sangat ikut macam scene-scene jiwang suami isteri jalan pegang tangan bagai. tapi faa , kalau faa laa, nak tahu siapa la sebenarnya jodoh kita ni. nak tahu sape je. hoho~ even memang la nak kahwin dn hidup dalam dunia keluarga ni, tapi untuk masa sekarang, faa rasa belum sampai masanya lagi. faa dah bersedia dah nak jadi isteri dari sudut agama dan spiritual dan psikologi. ecewahh. tapi dari sudut fizikal tu belum. sebab? nak grad dulu , nak berbakti dulu. kepada mak ayah. at least biarlah diorang merasa kejayaan faa ni. macam kawan faa cakap dekat faa, 

"ayah aku cakap kawen la bila aku dah jadi doktor setahun dua lepas tu. sebab bila grad , at least ayah aku dapat rasa yang aku berjaya atas nama dia, kerana dia. bukan aku berjaya kerana suami aku. so ayah aku akan rasa yang dia puas hati dan gembira dapat tengok anak-anak dia berjaya dengan usaha dia sendiri."

 hebat kan? so macam tu la, at least bahagiakan dulu mak ayah dengan bagi kejayaan kita. even sebenarnya kahwin muda pun takde masalah, lagi berkat. tapi mak faa nak faa study dulu sampai dapat grad. ibu dia pun macam tu jugak. so chill, nikmati masa muda anda. haha :)) Pada pendapat faa, kalau dua-dua dah serious ni..baik khitbah terus. khitbah maksudnya, bertunang secara Islam. macam mana nak bertunang secara Islam ? tak perlu pun adat berpantun tu. cuma cukup sekadar bincang elok-elok, bagitahu keluarga dan dapatkan persetujuan kedua-dua pihak. kiranya macam kita dah tanda,cop.. bertunang. Lain tau daripada couple. apa yang lain? couple ni, declare kekasih hati, bersayang-sayang, berdating bagai. kalau khitbah, sekadar tanda yang kita nak nikah dengan dia pada waktu sekian-sekian. dan tak perlu contact bagai pun. khitbah ni yang sebenarnya proses perkenalan antara dua pihak. bukannya macam yang orang tua-tua cakap, 

"tak payah laa tunang dulu, kenal dulu laa.."

tu yang jadi macam sekarang ni. berkenal-kenalan @ bercouple bagai. pastu bila dah tunang, buat macam dah kawen pulak . padahal baru tunang. sebab tu Islam anjurkan untuk khitbah (ikat @ tunang) bertunang, ertinya kalian tidak boleh dipinang dan menerima pinangan orang lain. proses untuk kenali hati budi. dan seharusnya dirahsiakan. sebab , kalau tak serasi, boleh batalkan pertunangan tu. tapi sebaiknya, biarlah pertunangan itu kekal ke jinjang pelamin kan? :)

sebab , kalau kita dah pilih orang untuk khitbah tu.kalau faa, faa akan risik habis siapa dia. at least , tanya kawan-kawan beliau. tengok dengan siapa dia bergaul, cara dia cakap dengan orang lain macam mana. dah macam FBI kot selidik satu-satu. haha. tak boleh nak suka pastu istikharah je tanpa tengok latar belakang dia. kan kalau nak nikahi perempuan kena tengok 4 perkara, rupanya, keturunannya, hartanya dan imannya. yang paling baik, lihat lah pada imannya, kerana sesungguhnya rupa itu akan dimamah usia, hartanya akan membuatkannya sombong di dunia dan keturunan bukan jaminan dia baik. tapi kalau pilih yng beragama dan baik akhlaknya, insya Allah kamu akan beruntung.

jadi alhamdulillah , Faa dah pilih seorang insan yang baik, insya Allah. yang rare daripada orang lain. yang tak macam lelaki lain. kerana faa melihat pada agamanya dan akhlak beliau terhadap sahabat, orang tua dan semua orang. malah, orang yang kenal dia, setakat yang faa tanya akak-akak dan abang-abang law yang hebat-hebat, semua kata dia baik. baik yang menitik berat pasal agama, dan beliau tidak hipokrit malah faa tengok dia macam reflect diri faa. kalau refer to previous post pun, faa ada cakap faa nak cari orang yang sama macam faa kan? he's the one. me in male version maybe. haha. dan ya, insya Allah, doakan ya , semoga dia yang terbaik untuk faa. semoga kami dijodohkan bersama. walau siapa pun dia. walaupun kami tak berhubung macam orang lain. tanya khabar pun jarang sekali, tapi faa tak kisah. jika di saat ini dia menjaga thiqahnya, maka itu lebih baik walau tak rapat macam orang lain. Sebab dia ada hidup dia sendiri dan faa pun ada hidup faa. tak pernah cakap sayang, tak pernah cakap cinta ke apa. walaupun kita terpengaruh dengan drama-drama jiwang yang nak berkasih sayang rindu cinta bagai , memang ada. tak dinafikan sebab faa pun normal dan berfitrah manusia normal. tapi mujahadah , sabar kerna itu juga satu jihad. jihad melawan nafsu. kalau kita nak jodoh yang baik, haruslah kita juga berusaha untuk jadi baik kan? (^_^)
tiba masanya bila diijabkabulkan , baru boleh fikir pasal semua hal dan madah dalam marriage life tu. dan ya, ini serius. :) bonda pun bersetuju dengan pilihan faa. towards a better future , for ad-deen. Insya Allah.




Ajal


Sejak akhir - akhir ni , selalu dengar pasal berita kematian . tak kira dalam apa jua bentuk kematian sama ada sebab accident ke , sebab kena bunuh ke, sebab sakit ke apa ke. Kata orang, dah sampai ajal, manusia akan pergi jua.  betul , ajal itu atas kehendak tuhan semuanya. kita sendiri tak tahu bila ajal kita. esok ke, lusa ke, seminit lagi ke. Takut kan nak mati? sebab amalan rasa macam tak cukup je. sebab tu, kita kena selalu muhasabah kembali. zaman sekarang ni , manusia kena pandai amal dan praktik daripada sekadar bercakap kosong. sebelum judge orang , lihat kembali kita ni dah cukup bagus ke belum . cukup ke belum amalan tu. :) sebab tu terkadang faa sendiri lebih selesa hidup secara sederhana. hidup dalam keadaan kita buat sesuatu dan kita tahu limitation , batas-batas kita dalam setiap perkara. takutnya nanti kalau sibuk judge orang, tapi diri sendiri tunggang langgang. takutnya nanti terlebih bersosial sampai terbalik terhumban dalam dosa. jadi hiduplah secara sederhana. :) tak terlalu jumud dan tak terlalu sosial. itu yang terbaik. kerana bila tibanya ajal, maka sedetik pun tak bisa diputar kembali , tak bisa diundur lagi. maka , berdoalah, semoga tibanya ajal dengan pengakhiran yang baik. bagus sebenarnya ingat mati ni. jadi doakan,semoga kematian kita nanti secara baik dan tenang, mudah-mudahan. :)

akhir kalam , segala kejayaan, jodoh dan ajal ini semua kuasa Allah. hanya Dia yang tahu dan sesungguhnya Dia yang maha mengetahui. banyakkan berdoa ya ! :)

setakat ini dulu dari faa, salam sayang, semoga baik-baik semuanya.
Faaizmir
16/2/14 @11.30pm
sutera indah


No comments:

Post a Comment