Jul 22, 2014

ini Kata Hati - Air mata


Bismillah.

perkongsian, coretan zaman tuk kaduk dulu. yang ini katanya disaat roda hidup berputar diruang paling bawah.
perkongsian untuk diri faa sendiri.  

"Hati rasa terhimpit, lalu cuba istighfar.

Allah.. hambaMu ini kuat. Saksikanlah kekuatanku yang aku teguhkan untuk Mu..

Mungkin kali ini sekali lagi aku diuji dengan perkara yang untuk ingat pun aku sendiri tidak sudi.

Sungguh, resah itu menyesakkan dada, menggugah jiwa.



Bukanlah aku ini jenis yang menginginkan kesempurnaan, tapi bagi ku penting juga adab dan hormat itu.

Malah apabila aku marah, apakah ia tidak wajar? Buat mereka yang kurang ajar. Yang kepalang dek ajar.

Maaf jika aku menyimpan dendam , ibarat kesalahan itu ku maafkan tapi lukanya masih ada dengan darah yang masih mengalir di dalam hati. Hidup ini sungguhlah satu penyeksaan dunia.

Moga Tuhan kuatkan hati aku yang benar-benar terluka kerana manusia.

Maafkan aku saudara, kerana ketegasanku dalam putus kata memisahkan kita.

Maafkan aku kawan, sensitiviti demi menjaga hati buat kita makin jauh bersulam benci.

Maafkan aku , wahai manusia yang penuh janjinya didalam hati, yang sekadar tinggal janji , yang tersimpul mati. Kerana tidak ingin terpenjara aku menjauhkan diri.



Hari itu, dalam keletihan kerana merantau seorang diri beratus batu jauhnya, aku terima satu khabar yang sangat memedihkan jiwa. Mana mungkin seorang insan lemah seperti aku yang masih dalam keletihan, menahan diri agar tidak rapuh disaat menerima kecaman hebat daripada kesayangan kesayangan yang bagai menolak aku jatuh ke dalam gaung kesedihan. Hebat rempuhannya, aku menangis dalam sedu. Berhenti seketika, kemudian menangis lagi. Kalau kau kata airmata itu air mata palsu, tanya insan yang dekat denganku, berapa kali aku hubungi mereka dalam tangis, kerana hati tidak kuat menahan seorang diri. Kemudian , reda. Aku cuba untuk cari penjelasan kenapa dan mengapa. Apa yang sebenarnya, disindir sinis. Terluka lagi. Apa yang aku rasa, hanya tuhan tahu betapa sakitnya ia. Terus aku berlari ke foyer fakulti . geram ! bercampur marah bila diperlakukan seperti orang bodoh. Lantas datang seseorang, lalu menyampaikan satu lagi berita yang aku rasa paling menyiksa emosi dan jiwa. Sebenarnya cerita dia begitu dan begini. Hati yang bengkak terasa seperti hancur berkecai, disitu juga. Menangis lagi, kawan yang dekat masih dihujung talian, setia menanti jika tangisan aku sudah reda. Masuk ke dalam satu ruangan, open table kenapa jadi macam ni, apa dan kenapa., ketidakadilan yang aku rasa, bagaikan aku sahaja yang bersalah. Terus terang rasa sakit hati yang teramat. Rasa sesak dada, nafas terkapai-kapai. Tapi aku tahan. Masihlah aku mampu senyum, dan lepas itu, kami shooting. Masihlah, aku bisa tahan dan tersenyum, walau bak kata insan yang dekat, sudah kering tangki air mata aku dek tangisan dari siang tadi. Malamnya baru pulang. Dengan letih, dengan sedih. Balasan dari pihak sana? Diam tanpa kata.

Mungkin dia tak tahu, seksanya hidup aku dengan jiwa yang hancur dengan tubuh yang tersungkur.


Masa tu, beberapa hari sebelum exam. Bayangkan hidupku, sangatlah dihujani air mata diri sendiri. Sebelum tidur nangis, bangun pun nangis, dalam solat menangis, tengah duduk pun langsung menangis..seakan tangisan tidak dapat berhenti. Seakan aku sendiri tidak mampu menahan diri. Kata kawan , mungkin hati aku teramat luka, mungkin hatiku sakit yang teramat seksa, lalu secara automatiknya air mata mengalir sendiri. Teruk kan? Aku pasang zikir, aku istighfar, semata-mata untuk menguatkan diri sendiri, memujuk diri untuk berhenti daripada tangis yang sia-sia. Kau saja yang tak tahu, betapa seksanya hidup aku di saat itu. Sakit yang seksa. Setelah seminggu dalam keadaan yang sama, muka pun dah macam mayat hidup, dengan tiada selera, dengan wajah cengkung..teringat saat ku hubungi seorang lagi sahabat. Aku cerita apa yang berlaku, dengan perasaan sedih yang tak tertahan, dan dia terus memberi kata nasihat, memberi kata semangat. Tapi, disaat aku mulai putus asa, aku maklumkan kepada dia, dan dia juga ikut diam tiada balasan..mungkin sudah bosan melayan kerenahku. Mungkin dia menyuruh aku meletakkan pengharapan itu kepada Allah. Sungguh, aku sendiri, sendiri merasa seksa dikhianati, seperti orang bodoh yang cuba memahami persoalan yang aku sendiri tidak pasti. Kau bayangkan, waktu exam , aku seperti orang bodoh. Aku ingat lagi, ada tika, aku buka kitab fiqh al-manhaji untuk ulangkaji subjek feqah, dan aku seperti budak kecik yang baru ingin belajar membaca, dengan focus hilang. Walaupun tiga jam aku cuba untuk focus, satu peratus pun tak dapat masuk otak. Maka hujan lagi. Menangis , dengan selemah-lemah diri. Rasa seperti tak berguna, sebab tak mampu nak buat semudah-mudah perkara. Entah mengapa rasa mengalah dengan diri sendiri. Rasa give up! Jiwa melayang entah kemana. Lalu aku hubungi lagi sahabat yang dekat itu, dia membalas, sikit..dan membiarkan aku sendiri lagi. Terkapai-kapai cuba bernafas disebalik tangisan yang menyesakkan jiwa. Kenapa susah sungguh untuk focus ! hari itu, aku menangis sambil memeluk kitab, menangis hingga tertidur dengan tangisan yang tersisa.


Aku masih ingat, sebelum pergi ke dewan peperiksaan, dengan cubaan untuk focus semasa ulangkaji sering gagal, dalam istighfar, aku cuba baca setakat mampu, cuba untuk hafal..walaupun peratus untuk give up itu cukup banyak, tapi aku terfikirkan wajah bonda dan ayah. Aku taknak hampakan mereka..Lalu aku bangkit sendiri, sebelum ke dewan, aku bersiap, aku merias wajah, siap pakai eye liner, untuk gelapkan mata, agar tak nampak kesan tangisan dan bengkak mata kerana terlalu banyak kali menangis. Waktu aku tengah jawab satu kertas exam ni, tiba-tiba hilang focus pada soalan. Fikiran melayang teringatkan peristiwa tersebut. Teringatkan orang yang tidak sepatutnya diingat. Aku cuba lagi untuk kembali focus, tapi tidak mampu. Terus mata berair sebab geram! Geram kenapa disaat ini perasaan itu datang. Disaat sedang berperang di medan peperiksaan, aku juga berperang dengan perasaan sendiri. Sekali lagi insan yang hina ini terpaksa melangkah ke bilik air, menangis semahunya, dan cepat-cepat kembali ke dewan peperiksaan untuk habiskan soalan. Balik ke bilik, dan rebah di atas katil. Sungguhlah aku letih..apakah hidup ini memang benar-benar tersiksa? Walhal sebulan lebih aku dah macam tu. menangis hampir setiap hari. Dari sekuat-kuat Izmir, menjadi selemah-lemah manusia, ratu air mata. Sampaikan ada yang mencela, kononnya air mata ini, air mata dusta, yang aku sengaja mahu berdrama. Dusta! Andai kau rasa apa yang aku rasa, pasti kau akan malu kerana mengeji aku dengan sekeji itu. Aku ini, masih punya maruah yang tak wajar kau keji sesuka hati. Hari-hari kelam, aku lihat kau yang diam, terus gembira dengan hidupmu. Sedangkan aku seorang yang berendam air mata, sampai sakit teruk, sampai tak mampu nak bangun dari katil kerana masalah yang disalahkan atas aku. Jujur, ini tidak adil ! aku tahu kau kata aku penipu tegar tapi aku tak pernah menipu tentang soalnya hati dan perasaan, tapi kau pendusta abadi yang mendustakan setiap kalam yang kau lafaz. disetiap tangisanku yang kalian katakan kepura-puraan, apakah setiap tangisan kalian adalah tangisan durjana? apa kalian tidak menangis?pendusta!
 Saat itu, melihat muka mu saja aku sudah membara benci. Apatah lagi mendekat. Hidup dalam seksa, berbulan lamanya.aku ini, sudah persis mayat hidup, sudah seperti orang gila !



Hinggalah saat hampir dengan ramadhan, aku rasa aku taknak hidup dalam keadaan yang sedemikian. Yang gelap dengan air mata. Lalu aku tekad pada diri, dalam setiap sujud, aku mohon Allah bantu aku untuk cantum kembali hati yang telah berkecai. Moga Allah kuatkan aku, dan datangkan orang yang akan menyokong aku untuk bangkit kembali. Ya, Allah makbulkan doa tu. Allah datangkan seorang gadis yang baik untuk aku, yang 24 jam bersama dengan aku. Kami sebilik dan aku rasa, telah terlalu lama aku bazirkan masa untuk perkara yang sia-sia. Terlalu banyak airmata yang aku bazirkan untuk orang-orang yang tidak sewajarnya dan yang pasti, masa depan aku masih lagi bisa cerah. Lalu aku pandang cermin, dan cuba senyum seikhlas yang mungkin, sneyum untuk diri, senyum dan katakan pada diri, “aku kuat !” 
aku cuba bunag segala benci, aku cuba lupakan segala yang terjadi, Alhamdulillah, dengan izinnya, ana qawiy..dapat bangkit berdiri, dapat berjalan dengan senyum, walau hati masih terasa cebisan sakitnya, sisa saki baki derita itu masih ada. Cuma, aku makin kuat, dan makin tabah dalam menghadapi ranjau dunia yang siksa. Aku cuba cipta bahagia dengan pergantungan kepadaNya.. dan aku berjaya ketawa. Allah, sumber kekuatan yang begitu meyakinkan aku untuk bangkit. Alhamdulillah, hari ini, daripada tersungkur jatuh, aku bisa merangkak sendiri dan bangkit berdiri. Semoga Allah membalas segala usaha, ketidakadilan, atau kebaikan yang telah kita lakukan..pastinya, walau sebenci mana aku pada mereka, jauh di sudut hati, sayang itu masih ada. mana bisa aku lupa segala kenangan indah kita, kalian pernah dekat denganku...walau mulut kata benci, hakikat hati sentiasa merindui, rindu pada segenap yang hilang,rindu pada orang yang tak pernah merindui aku kembali. cuma mungkin, kanvas hidup kita tak seiring bersama, moga Allah memberi bahagia untuk kita..ketahuilah, doaku tidak pernah putus untuk kalian.."

Buat semua, jangan cepat putus asa, abaikan saja anasir yang mengganggu kebahagiaan kita.
Tak kiralah kawan atau apa saja yang kita sayang , baik setara mana,cuba, bahagiakan diri sendiri , jangan sia-siakan waktu untuk apa yang sia-sia.
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. 
Dan hari ini, moga bisa buktikan pada semua,
kita kuat ~

Salam sayang,
faaaizmir,
 1.36 am
23/7/2014
homesweethome

No comments:

Post a Comment