Jul 2, 2014

Ini Kata Hati tentang Ramadhan, LSP , dan random





Alhamdulillah, walhamdulillah.
Seluruh umat Islam sedang menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Laju kan masa berputar? Dah 5 ramadhan dah ni. Faa pun masih di Nilai untuk ELSP dan ALSP.

First time di Nilai, not bad lah. Dua hari pergi baazar Ramadhan dekat sini. Okay laa, tapi tak boleh lawan baazar ramadhan dekat Besut lagi kot. Spesifikkan, dekat kampong raja. Kat sana besar, kat sini kecik je la. Pastu, terawih. Okay laa J

Baiklah, sekadar perkongsian, Masa hari jumaat lepas, 27/6 , Faa teman anis pergi tolong jual shawl etc2 dekat klia, makcik dia punya, kita tolong sikit-sikit je la. Pastu, macam kelakar je sebab yang jual tu penjual, yang beli tu pun penjual . Faham tak? :D Then anis dengan cik ina, kawan makcik anis tu ada la bincang-bincang nak buat online boutique, tak tau la tu macam mana. Kalau betul-betul nak, boleh je faa tolong adjust la mana yang patut. J balik daripada klia tu, keluar makan dengan mak ayah anis. Diorang datang nak ambik anis balik johor. Pastu mak ayah dia ajak Faa pergi rumah anis, segan la pulak. Faa tak pergi pun sebab ada kerja kena settlekan dekat SI. Btw, result interview DPM tak tau lagi.
*krikk3*
Kedua, beberapa hari lepas, ada anak kucing dengan mak dia dekat SI ni, diorang sakit mata. Kesian pulak tapi tak tau nak buat macam mana. Nak bawak pergi jumpa vet pun tidaklah ku mampu. Oh ya, sem depan Faa akan stay di Kolej Kediaman Nilam Court (kknc) untuk semester 3 dan 4. Faa dengan mahi ada apply untuk jadi jaksa kk1, Cuma next sem baru interview so tak tau lah tu macam mana. Doakan semoga Faa dengan  Mahi dapat. Dah kemas barang sikit-sikit untuk bawa balik. Boleh tahan laa banyaknya.

Ketiga, soal hati ni, Faa sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Setakat bagi nasihat dekat orang bolehlah. Dulu selalu jugak bagi nasihat dekat orang untuk move on dan jangan give up apa semua, tapi bila kena sendiri, memang baru tau la langit tu tinggi ke rendah. Teringat pepatah,

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”

Dalam fatrah exam hari tu, faa banyak kali jugak give up. Bukan mudah kos undang-undang ni sebenarnya, sangat mencabar. Rasa give up sangat. Lepas tu bangkit balik, lepas tu rasa macam give up balik tapi selalunya akan bangkit balik. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu faa :D selalu menangis stress demam dan jadi macam mayat hidup pun ada. Nasib baik tak gila je. Allahu..
Terima kasih kepada family faa dan kawan-kawan yang banyak membantu, tc syef yang bagi semangat, Atirah, dan senior KY yang banyak bagi motivasi spiritual melalui ayat-ayat Quran dan hadith. Jazakumullahu khairan kathira semuanya.


“Sesungguhnya jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar- benar tawakkal , Maka Allah akan rezekikan kepada kamu sepertimana yang telah direzekikan kepada burung-burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut kosong tetapi pulang pada waktu petang dengan perut yang kenyang.”
(Hadis riwayat Tirmizi.)


Last sekali, Ada insan yang faa kenali baru broke up. Putus hubungan cinta. Semoga beliau tabah.
Kata beliau, mungkin tiada jodoh antara mereka, sebab bila fikir balik, diorang tak ada masalah apa pun, Cuma makin lama makin hambar. Pastu bila perempuan tu mintak clarification, pihak yang satu lagi tu diam tanpa kata. Faham-faham je lah, bila dalam keadaan tergantung macam tu, memang syaitan akan ambil peluang untuk hasut anak adam ni dengan pelbagai assumptions, dan pelbagai dugaan. Tambah pulak fitrah wanita ni lemah, senang termakan hasutan.

Beliau ada jugak kena perli terhegeh-hegeh , kuat berangan la ape la, padahal faa yakin, setakat yang faa kenal dia, perempuan ni bukan jenis yang akan buat keputusan tanpa fikir panjang. Kiranya bukan bertepuk sebelah tangan, bukan dia berangan ke apa  yang macam dituduh tu la.then, katanya dia cuba bertahan dalam situasi tu,walupun orang lain nasihatkan dia untuk move on dan putuskan je, tapi dia taknak. Sebab keputusan yang dia buat tu bukan main-main sesuka hati nak putus. tapi sampai satu masa, tiba-tiba dia dapat tau satu hakikat yang sangat mengejutkan, dan dia ambil keputusan untuk undur diri, putus. Sebab? Wallahualam. Entahlah, faa pun tak tau. Yang faa tahu, lelaki tu ada cakap something ,something yang menyebabkan perempuan tu ambil keputusan untuk putus.

 apa yang dia cakap, wallahualam. Tu antara mereka berdua. Cuma, apa yang faa dapat simpulkan disini, kita tak boleh expect sesuatu benda tu baik ke buruk, sama macam manusia. Tak semestinya yang nampak jahat tu, jahat. Tak semestinya yang nampak baik tu, baik. Cuma, dalam kes ni, masing-masing tak boleh jugak salahkan satu sama lain. Benda boleh bincang sebenarnya, tapi mungkin disebabkan ego atau tak bersedia lagi,tak matang lagi untuk fikir bab ni..orang yang faa maksudkan ni pun bukan calang-calang orang, lelaki dengan perempuan tu kiranya ok la, berpendidikan,beriman, baik, beradab, so bila diorang berdua ended up macam tu je. No explanation, no clarification apa pun, faa wonder jugak la why. Tapi tak pelik pun sebenarnya, sebab pasangan yang dah kawen sepuluh tahun hidup bahagia pun, akan bercerai juga kalau Allah kata ‘kunfayakun’. Jadi, maka jadilah..kan?

Mungkin juga Allah nak suruh kalian jaga hati agar tak lalai dengan cinta dunia. Allah nak jaga hati kalian tu untuk orang yang betul-betul jodoh kalian. who knows kan? Lagi pun mereka berdua ni tak pernah pun bergayut dekat telefon ke, dating ke apa ke. see, Allah jaga kalian tau, maka beruntunglah dan bersabarlah. :)

 Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmah. Mungkin Allah dah rancang yang terbaik untuk mereka berdua. Bak kata orang lain, kalau mereka tiada jodoh, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Lagipun ramai lagi manusia lain dekat muka bumi Allah ni. Apa yang penting, kena sabar banyak-banyak. Walaupun orang cakap bila sedih sebab putus ni, rasa sedih, hilang selera makan, selalu sakit-sakit,tapi hidup perlu diteruskan. Kita kena kuatkan diri sendiri dan berhenti berharap pada manusia. Semoga bila tiba masanya nanti, wildan dari syurga akan muncul sekaligus melamar seorang gadis untuk dijadikan isteri yang sah. Eheh, wildan kemain.  Kepada insan-insan tersebut, semoga dilapangkan hati dan dikuatkan iman. Moga Allah memberi yang terbaik buat kalian, tambah-tambah dalam bulan puasa ni, bersabarlah, innallaha ma’ana. kalian insan yang terpilih, yang Allah sayangi dan uji untuk mendekatkan lagi kalian dengan rahmat dan inayahNya,semoga terus qawiyy, insya Allah.

p/s : pesanan daripada penaja :  ayuh bersama tetapkan hati. Paling tidak usaha untuk setia. Walaupun hati berbolak balik, Doa, untuk tetapkan hati. Nah doa, besar faa letak. boleh lah sama-sama hafal dan amal ye? :)

credit : owner

credit : owner


Banyak sebenarnya kes-kes yang berlaku macam tu. mintak jauhlah. Semoga tak berulang kepada sesiapa, hatta faa sendiri. Kalau ada jodoh, tak kemana juga kita, kan encik future husband yang masih rahsia? :D Jauh lagi perjalanan ni, bila dah sedia nak kawen,jemput datang meminang..mahar yang faa letak murah je kot. Tak pun, setakat yang lelaki tu mampu. (:

“wanita yang baik ialah yang murah maharnya”

Eheh ,siapakan calonnya ? ada, tapi biarlah rahsia~ wallahualam.
Lagipun Faa ni, jangankan nak kawen, nak dapat dekan dalam exam pun tak dapat-dapat lagi. Haduyaii. Doakan semoga sem ni Faa dapat dekan ya?
Amin~

Selamat berbuka puasa semua, jangan membazir di bulan ramadhan ni. Maklumlah, baazar ramadhan tu, macam-macam jenis makanan ada. Betul tak?

“Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna.”

Salam Ramadhan,
Faaizmir
3/7/2014
9.31 am @FEM

No comments:

Post a Comment