Alhamdulillah walhamdulillah. :)
credit : owner |
iftar pertama di rumah hari ni. bermulanya cuti sem , bermulanya fasa baru di rumah. yang pasti, seronok sebab ada family , dan ada makanan free~ apa yang faa nak makan, kebanyakannya semua ada dekat rumah ni. tak perlu risau pasal duit dan sebagainya. hehe.
yang pasti, alhamdulillah .. rasa lega la jugak bila faa jejak masuk dalam rumah. rasa tenang~
Ramadhan di Besut,
Heaven ~
kedua , ketabahan hati .
cakap pasal ketabahan hati ni, Faa nak ucapkan tahniah dekat kak FH diatas pertunangan beliau dengan Mr WMA. tak lama lagi dah nak kahwin. mabrook ~
kak FH ni antara yang tabah , walaupun banyak dugaan onak duri ribut taufan semua, Alhamdulillah bahagia jugak kakak faa yang sorang ni. ^_^ semoga WMA dapat jaga kak FH baik-baik ye.
Ohh faa sendiri pun tak berapa nak tabah lagi ni. selalu terguris terhiris hati. selalunya sebab kesilapan diri sendiri. lagho bagai la. terasa hati sana sini. oh my bad. Faa pernah rasa stress sampai rasa benci diri sendiri , taknak hidup macam ni dan rasa nak lari dari kehidupan ni. (hyper sangat)
mengadu dekat orang ,semua orang diam. hailaa. mungkin mereka nak faa berharap hanya pada Allah. dan Alhamdulillah , faa dapat bangkit sendiri dengan izin Allah. betul,
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah diri mereka sendiri"
walaupun ada conflict bagai last week , gagal dalam relay, gagal dalam friendship lah juga. tapi bagi faa, biarlah Allah yang mengadili setiap sesuatu yang berlaku. Faa taknak cakap banyak. Hati belum cukup kuat lagi. Belum cukup tabah. takut kita terus buat salah, ada baiknya diamkan diri. :) tambah pulak , ketabahan hati tu sukar untuk diperolehi. semoga diri ini diberi ketabahan, amin. Rindu tu, tetap rindu.wallahi, rindu sangat, rindu nak mesra macam dulu. insan-insan ini banyak spend masa bersama , banyak kenangan sekali. tapi nak buat macam mana, atas khilaf faa, semua jadi berbeza . dah tak mesra seperti dulu. hakikat maaf sudah dilafaz, cuma, terima atau tidak, wallahualam. may fate fares us well.
"bunga yang digubah, jika diubah, gubahannya takkan sama dengan gubahan yang asal."
Alhamdulillah juga, semalam sempat luangkan masa dengan ukhti tersayang , Mahirah . cantik aturan Allah, setiap kali start sem atau nak berakhir, mesti faa akan luangkan masa dengan mahie @ Emme ni. kitorang macam family . E's . cuma sorang tak selalu dapat join, El. luqman ni busy sangat , tak dapat nak join kitorang dah sekarang. :3 kalau perasan, dalam blog faa ni faa ada share pasal Emme dengan El. ^^
emme & eiz @ Bandar baru Nilai |
akhir sekali, berbalik kepada topik asal iaitu ketabahan hati , tidaklah faa dapat untuk nafikan, faa sendiri tak tabah, ada kalanya gundah, ada kala kuat, normal lah kan, manusia. Tapi sebenarnya, bila kita doa kepada Allah moga diberi kekuatan, kita kan lebih banyak diuji. Ujian ni, untuk menguatkan kita, agar dapat tabah dan semakin tabah dalam kehidupan yang mendatang. betul tak? :) Semoga kita semua terus kuat dalam mengharungi hidup kerana Allah. Allah uji tanda Allah sayang, maka tabahlah duhai hati. Moga hari yang mendatang akan membawa bersama nur dan kasih sayang dari tuhan buat hamba-hambanya yang sabar dan tabah, yang sentiasa berserah dalam berkah.
Moga Allah memberi yang terbaik untuk kita.
Salam Ramadhan,
faaizmir
8/7/2014
BaitiJannati
No comments:
Post a Comment