Jul 23, 2014

Ini Kata Hati - Gembira & cara untuk gembira ~

bismillah  :)

apa khabar pembaca? (bajet blog dua hala kejap eheh.)
kepada yang sedang membaca , yang tak kenal lagi siapa faa, meh nak taaruf sat. haha.

Farhana Izmira. 20 tahun. asal terengganu .
pelajar - Ijazah Sarjana Muda Syariah dan undang-undang dekat Usim, nismilan.
 belum berkahwin perlu ke cakap ni? dan masih seorang puteri kepada ayah dan bonda yang mood boleh berubah setiap masa.

tapi, standard la, bila waktu belajar, buat kerja persatuan.waktu serius, Faa serious, bila menggila, kita gelak ketawa. Faa jenis yang tegas. Kalau A, A lah. kalau B, B lah. yang penting, Faa Islam, dan Faa seorang muslimah yang cuba nak jadi mukminah yang sejati. *chin up*

Kalau perasan, banyak entri sesedih je dalam blog faa ni. Maaf leii~ sebab Faa ni waktu sedih baru gegedik update blog. waktu tengah bahagia melayang di angkasa, tak teringat pun nak update blog. >_<'' yang pasti, jangan lah fikir hidup faa 24 jam sesedih macam tu je. Tak pun. dalam sehari, ada lah seminit dua je Faa bersedih. selebihnya bahagia, Alhamdulillah.

ok, nak kongsi sikit cara untuk gembira. Sebab sekarang ni tengah gembira kan. so meh lah kita kongsi kegembiraan.(oh ya, Farhana maksudnya kegembiraan kami ! Hoho )

Masalah utama yang menghalang faa untuk gembira adalah :

1-overthinking . yang ni teruk! suka sangat fikir lebih-lebih. lepas tu sedih sorang sorang. mungkin sebab faa ni perempuan kot. memang perempuan selalu fikir over sikit. haha. tapi lelaki pun ada gak kan fikir camni?

2- cepat terasa dengan orang. sensitif ! amatlah sensitif. walaupun boleh puji diri sendiri peramah (HAHAHA) tapi faa sensitif. alahai , orang cakap..orang yang baik-baik ni hati lembut, cepat terasa. mueheh~ kadang-kadang orang gurau dengan faa kasar-kasar pun faa terasa. lagipun, faa jenis yang menjaga adab susila. kalau faa tak ejek awak, tapi awak tetiba je ejek faa, memmang faa geram nak bagi flying kick. -.- tambah sekarang ni cepat benor terasa dekat twitter tu. cuma sejak akhir-akhir ni dah takde terasa bagai dah. Alhamdulilah.

3- panas baran + ego. yang ini sebenarnya dah dapat buang sikit demi sikit, tapi masihlah ada tersisa dalam diri ni. tapi bila ada masalah ke apa ke, faa dah tak baran dah. Faa lebih banyak diam, istighfar dalam hati je la. sebab kalau ikutkan baran, kang ada kena masuk wad nanti. aherher. ego pun, dah kurang kot. kecuali kalau betul-betul faa tak suka sesuatu, memang faa ignore terus. kalau sikit-sikit setakat gaduh dengan asyfa tu, takdenye nak ego.memang faa akan mintak maaf je terus. Malas la nak fikir nak gaduh. Heheh.

so tiga benda ni, kalau boleh kurangkan atau buang, insya Allah kita semua boleh gembira. Lagipun sebenarnya, hidup ni, kita tak boleh nak fikir banyak sangat..kenapa macam tu, kenapa macam ni..sebab kalau fikir teruk deep sangat, nanti stress ! life must go on right? meh la nak list cara nak gembira.

1- ignore je benda-benda yang boleh buat kita sedih. (contoh, kalau kita sedih bila tengok buah durian, so jangan tengok buah durian!)

2-jangan fikir like overthink sangat kena pasrah dan redha (kalau dah tak boleh fikir sebab apa jadi etc2)

3- kena cari benda yang boleh buat kita gembira, macam makan ke, main kucing ke..kena cari sendiri.
4 - kena berdikari ! jangan berharap sangat pada orang lain.

5- jangan berharap pada janji. kalau orang berjanji dengan kita, jangan berharap 100% yang janji tu akan ditunaikan. percaya sikit boleh, tapi janganlah berharap. sebab kalau dia tak tunaikan, even janji nak belanja choki-choki pun, kita akan stress ! betul tak?

6- jangan dengar lagu yang sedih-sedih. nak jiwang sekali sekala takpe, tapi jangan 24 jam dengar lagu sedih, pastu tengok movie sedih, pastu mula la feeling sedih sesorang. dengar sikit-sikit dah la.
(faa ni, tengah dengar lagu papinka-masih mencintainya..separa sedih. haha)

7- yang paaaaaling penting, JANGAN DUDUK SORANG-SORANG. haa, capslock uols.walaupun faa ni duduk dalam bilik sesorang, tapi nak nasihat jugak. sebolehnya kalau sedih tu, jangan duduk sesorang. jangan menangis sorang-sorang. kalau tak gila kang korang menangis manjang. Kalau rasa sedih sikit, terus ajak kawan borak ke, tengok cerita kelakar ke, call kawan ke..jangan lah duduk sorang-sorang ye? faa pun hari tu masa sedih, dila selalu masuk bilik faa, ajak tengok movie sama-sama (tau-tau je dia. haha) pastu kalau faa sedih sangat, nak marah ke apa ke, faa akan call kawan-kawan yang rapat dengan faa. selalunya, zimdut tu, takpun emme, mizah..dan orang-orang yang boleh bagi nasihat secara baik pada faa. lagipun faa takkan call orang yang akan perli kita balik, yang akan nasihat secara kasar. weh orang tengah sedih, dia tambah sakit hati. memang tak laa.

8 - dan yang terakhir, Hati ini milik Allah, bila sedih, perkara yang paling utama sebenarnya, kita kena kembali kepada Allah. banyakkan istighfar, dekatkan diri pada Allah. Faa pernah dengar orang cakap, Allah uji kita , sebab Allah nak tarik kita untuk dekat dengan dia. :) Allah uji tanda Allah sayang. jadi, banyakkan berdoa, semoga hati kita ditenangkan ALLAH, Insya Allah.

kita boleh cipta bahagia kita sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain pun sebenarnya.
yang penting, selain cara yang faa kongsi atas tu, banyakkan berdoa . tiada yang dapat menenangkan hati selain Allah. banyakkan zikir, banyakkan selawat, baca Quran..
 senyum~
credit :owner

insya Allah..
semoga kita semua bahagia~


salam bahagia~ haha..
faaizmir
3.33 pm
23/7 @HSH




No comments:

Post a Comment